Facebook Twitter
    Trending
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    • Rasa diri ketinggalan di belakang?
    • Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan
    • Jangan cas telefon sebelah bantal!
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026
    • Kewangan

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026
    • Pendidikan

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

    Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

    By Zubaidah IbrahimJanuary 24, 2023Updated:January 24, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DIKURNIAKAN IQ tahap tinggi merupakan anugerah yang perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk memberi manfaat kepada diri dan masyarakat.- GAMBAR HIASAN/RAWPIXEL.COM/ FREEPIK

    SETIAP orang mempunyai kepintaran yang berbeza-beza, malah ada yang dikurniakan kecerdasan otak (IQ) tahap tinggi dan perkara tersebut dikenal pasti menerusi kebolehan mereka mempelajari atau menguasai sesuatu ilmu sejak di usia kanak-kanak.

    Baru-baru ini seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Britain menjadi antara ahli termuda sebuah pertubuhan untuk golongan yang mempunyai IQ tahap tinggi, Mensa.

    Ketika baru berusia satu tahun dan enam bulan, Teddy Hobbs sudah boleh membaca buku dengan lancar di hadapan ibu bapanya, Beth dan Will.

    Selain itu, Teddy turut belajar mengira sehingga angka 100 dalam enam bahasa termasuk Mandarin, Wales, Perancis, Sepanyol dan Jerman.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak pintar sepanjang zaman – Relevan

    Pertubuhan Mensa mungkin kedengaran agak baharu bagi sesetengah orang. Oleh itu, Relevan kongsikan maklumat berkaitannya termasuklah sejarah penubuhan, aktiviti dan tujuan.

    Sejarah Mensa

    Mensa telah diasaskan di England pada tahun 1946 oleh seorang peguam bernama Roland Berrill dan Dr. Lance Ware iaitu seorang saintis serta peguam.

    Matlamat asal Mensa yang dipegang sehingga ke hari ini ialah untuk mewujudkan masyarakat yang tidak berpolitik dan bebas daripada semua perbezaan kaum atau agama.

    Mensa bermaksud ‘meja’ dalam bahasa Latin dan organisasi itu dinamakan sedemikian kerana Mensa ialah masyarakat meja bulat yang mana etnik, warna kulit, kepercayaan, asal usul negara, umur, politik, latar belakang pendidikan dan sosial semuanya tidak ada kaitan sama sekali.

    Malah, satu-satunya kelayakan yang relevan untuk menjadi ahli Mensa ialah pemarkahan 2% ke atas pada ujian kecerdasan yang diluluskan.

    Kini terdapat kira-kira 145,000 orang ahli Mensa di 90 negara seluruh dunia. Terdapat organisasi Mensa yang aktif di setiap benua kecuali Antartika.

    Tujuan penubuhan

    Tiga tujuan penubuhan Mensa ialah seperti berikut:

    • Bagi mengenal pasti dan memupuk kecerdasan manusia untuk faedah manusia
    • Untuk menggalakkan penyelidikan tentang sifat, perwatakan dan penggunaan kecerdasan
    • Untuk menyediakan persekitaran intelek dan sosial yang merangsangkan ahli-ahlinya

    Perlembagaan Mensa

    Tiga tujuan utama yang disenaraikan di atas dinyatakan pada halaman pertama Perlembagaan Mensa yang juga menetapkan infrastruktur organisasi tersebut.

    Setiap negara mempunyai perlembagaan Mensa masing-masing yang berdasarkan Keperluan Perlembagaan Minimum Mensa dan dokumen yang membentangkan keperluan asas untuk semua ahlinya di seluruh negara, tetapi keperluan undang-undang negara diutamakan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Dari ruang ke alam, bahasa atau muzik; ini 8 jenis kepintaran manusia – Relevan

    Perlembagaan Mensa ialah dokumen yang mengawal semua kumpulan Mensa kebangsaan.

    Apa yang dilakukan oleh Mensa dan ahli-ahlinya?

    Pertubuhan itu mengalu-alukan semua orang dari segenap lapisan masyarakat dengan objektif untuk bergaul antara satu sama lain dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sosial, budaya dan intelektual. Ini termasuklah seperti berikut:

    • Pertukaran idea melalui syarahan, perbincangan, jurnal, kumpulan berkepentingan khas dan perhimpunan tempatan, serantau, kebangsaan serta antarabangsa
    • Mengkaji pendapat dan sikap ahli
    • Memberi bantuan kepada penyelidik di dalam dan di luar Mensa bagi projek yang berkaitan dengan bidang kepintaran atau Mensa.

    Mensa juga menyediakan perkhidmatan yang tidak formal. Ahlinya bertindak sebagai khalayak yang kritis tetapi bijak untuk menyampaikan idea-idea baharu. Umur ahli Mensa seawal usia dua tahun hingga 60 tahun ke atas.

    Dalam pendidikan, ahlinya terdiri daripada kanak-kanak prasekolah hingga sekolah menengah dan mereka yang mempunyai pelbagai ijazah kedoktoran.

    Seperti manusia lain, ahli Mensa juga menceburi pelbagai pekerjaan seperti pegawai polis, profesor, anggota tentera, doktor, petani, saintis, penyanyi dan pegawai kerajaan.

    Mesti anda tertanya-tanya siapa individu popular yang merupakan ahli Mensa? Nantikan sambungan di bahagian 2. – RELEVAN

    Previous ArticleMengapa muzium di Britain tidak lagi guna pakai istilah ‘mumia’?
    Next Article 101 kes baharu Covid-19, tiada kematian dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026

    Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

    February 4, 2026

    Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

    February 3, 2026

    Rasa diri ketinggalan di belakang?

    February 3, 2026

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026
    Artikel Terkini

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026

    Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

    February 4, 2026

    Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

    February 3, 2026

    Rasa diri ketinggalan di belakang?

    February 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.