Facebook Twitter
    Trending
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    • Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik
    • Cara kekalkan awet muda
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025
    • Pendidikan

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa itu hipertiroid, simptom dan faktor risiko

    Apa itu hipertiroid, simptom dan faktor risiko

    By January 13, 2023Updated:February 8, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KELENJAR tiroid terletak di bahagian leher dan berfungsi menghasilkan hormon tiroid yang mengawal banyak aktiviti dalam badan kita seperti kadar kalsium dalam darah, metabolisme, merangsang aktiviti jantung, sistem saraf dan mengawal suhu badan.

    Jika anda mempunyai tahap tiroid yang tinggi, ini bermakna kelenjar tiroid anda terlalu aktif dan menghasilkan lebih banyak hormon tiroid daripada keperluan badan sehingga menyebabkan hipertiroid.

    Menurut Mayo Clinic, hipertiroid boleh disebabkan oleh beberapa keadaan perubatan yang menjejaskan kelenjar tiroid.

    “Tiroid ialah kelenjar kecil berbentuk rama-rama di pangkal leher. Ia memainkan peranan yang sangat besar kepada badan kita.

    “Kelenjar tiroid menghasilkan dua hormon utama iaitu tiroksin (T- 4) dan triiodothyronine (T-3). Hormon ini mempengaruhi setiap sel dalam badan dan menyokong kadar penggunaan lemak serta karbohidrat dalam badan.

    “Selain itu, hormon tersebut juga membantu mengawal jumlah protein yang dihasilkan oleh badan,” jelas Mayo Clinic.

    Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid meletakkan terlalu banyak hormon tiroid tersebut ke dalam aliran darah. Keadaan yang boleh membawa kepada hipertiroid termasuklah seperti berikut:

    1. Penyakit graves

    Penyakit graves adalah gangguan autoimun yang menyebabkan sistem imun menyerang kelenjar tiroid. Oleh itu, ia mendorong tiroid untuk membuat terlalu banyak hormon tiroid. Penyakit ini adalah penyebab paling biasa hipertiroid.

    2. Nodul tiroid yang terlalu aktif

    Keadaan ini juga ini juga dikenali sebagai adenoma toksik, goiter multinodular toksik dan penyakit plummer. Hipertiroid terjadi apabila adenoma tiroid menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid.

    Adenoma adalah sebahagian daripada kelenjar yang berdinding. Ia membentuk ketulan bukan kanser yang boleh menjadikan tiroid lebih besar daripada biasa.

    3.Tiroiditis

    Keadaan ini berlaku apabila kelenjar tiroid meradang. Dalam sesetengah kes, ia disebabkan oleh gangguan autoimun. Keradangan boleh menyebabkan hormon tiroid tambahan yang disimpan dalam kelenjar tiroid bocor ke dalam aliran darah dan menyebabkan gejala hipertiroid.

     

    KELETIHAN merupakan salah satu simptom hipertiroid. GAMBAR HIASAN/VLADISLAV MUSLAKOV/UNSPLASH

     Simptom

    Hipertiroid kadangkala kelihatan seperti masalah kesihatan yang lain sehingga menyukarkan untuk didiagnosis. Antara simptom-simptomnya adalah berikut:

    • Penurunan berat badan
    • Degupan jantung laju
    • Rasa lapar yang mendadak
    • Kegelisahan, kembimbangan melampau (anxiety) dan kerengsaan
    • Kerap berpeluh
    • Perubahan kitaran haid
    • Sensitif kepada panas (haba)
    • Pergerakan usus yang kerap atau cirit-birit
    • Kelenjar tiroid yang membesar dikenali sebagai goiter, kebiasaannya kelihatan bengkak di pangkal leher
    • Kepenatan
    • Kelemahan otot
    • Masalah tidur

    Faktor risiko

    Sementara itu, faktor risiko hipertiroid termasuklah seperti berikut:

    • Sejarah keluarga penyakit tiroid, terutamanya penyakit Graves
    • Sejarah peribadi penyakit kronik tertentu termasuk anemia pernisiosa dan kekurangan adrenal primer
    • Wanita hamil  juga berisiko mendapat tiroiditis yang menjadi punca kepada hipertiroid

     Komplikasi

    Hipertiroid boleh membawa kepada komplikasi berikut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.

    HIPERTIROID menyebabkan komplikasi masalah jantung.- GAMBAR HIASAN/TOWFIQU BARBHUIYA/UNSPLASH

    1. Masalah jantung

    Beberapa komplikasi hipertiroid yang paling serius melibatkan jantung, termasuklah:

    • Gangguan irama jantung yang dipanggil fibrilasi atrium yang meningkatkan risiko strok
    • Kegagalan jantung kongestif iaitu keadaan yang mana jantung tidak dapat menyalurkan darah mencukupi untuk memenuhi keperluan badan

    2. Tulang rapuh

    Hipertiroid yang tidak dirawat boleh menyebabkan tulang yang lemah dan rapuh. Keadaan ini dipanggil osteoporosis. Kekuatan tulang bergantung kepada jumlah kalsium dan mineral lain di dalamnya. Terlalu banyak hormon tiroid menyebabkan badan sukar untuk mendapatkan kalsium ke dalam tulang.

    3. Masalah penglihatan

    Segelintir orang dengan hipertiroid mengalami masalah yang dipanggil penyakit mata tiroid. Ia lebih biasa terjadi kepada orang yang merokok. Gangguan ini menjejaskan otot dan tisu lain di sekeliling mata.

    4. Kulit berubah warna dan bengkak

    Dalam kes yang jarang berlaku, penghidap penyakit graves mengalami dermopati graves. Ini menyebabkan kulit berubah warna dan membengkak, selalunya pada tulang kering dan kaki.

    5. Krisis tirotoksik

    Keadaan yang jarang berlaku ini dipanggil ribut tiroid. Hipertiroid meningkatkan risiko krisis tirotoksik. Ia menyebabkan gejala yang teruk, kadangkala mengancam nyawa.

    – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026

    Rahsia bebas tekanan kewangan

    January 5, 2026
    Artikel Terkini

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.