JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 809 kes semalam berbanding 867 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,011,443 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,552 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,956,702 kes.
Enam kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,769 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,833 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 17,972 kes dengan 16,772 kes atau 93.3 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,128 kes atau 6.3% pesakit dirawat di hospital, 23 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 49 kes atau 0.3% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN