ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 3,267 kes semalam berbanding 3,781 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,937,020 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 4,026 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,865,677 kes.
10 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,514 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,772 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 34,829 kes dengan 33,103 kes atau 95 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,635 kes atau 4.7% pesakit dirawat di hospital, 28 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 63 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN