Facebook Twitter
    Trending
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Diet keto bukan untuk jangka panjang, pakar kongsi 5 kesan sampingan

    Diet keto bukan untuk jangka panjang, pakar kongsi 5 kesan sampingan

    By October 26, 2022Updated:October 26, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DIET keto mengambil lemak yang tinggi dan pengurangan karbohidrat sehingga 50 gram sehari di samping protein mencukupi.- FOTO OLEH MASTER1305/FREEPIK

    TERDAPAT pelbagai jenis diet diperkenalkan untuk membantu menurunkan berat badan dan salah satu diet yang cukup popular ialah ketogenik atau keto.

    Pengamal diet ini akan mengambil lemak yang tinggi dan pengurangan karbohidrat sehingga 50 gram sehari di samping protein mencukupi.

    Diet keto bertujuan untuk mendorong ketosis untuk membakar lebih banyak lemak.

    Ketosis adalah proses metabolik yang berlaku apabila tubuh mula membakar lemak untuk tenaga kerana ia tidak mempunyai karbohidrat yang cukup untuk dibakar.

    ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sebenarnya yang perlu mengambil vitamin? – Relevan

    Semasa proses ini, hati menghasilkan bahan kimia yang dipanggil keton.

    Walaupun ia mempunyai banyak manfaat kesihatan dan membantu menurunkan berat badan, tetapi segelintir pakar memberi amaran kesan sampingan diet tersebut.

    Berikut lima kesan sampingan diet keto yang dikongsikan oleh Health sebagai panduan.

    1. Selesema Keto

    “Sesetengah orang melaporkan bahawa apabila berlaku proses ketosis, mereka hanya berasa sakit.

    “Ada juga yang muntah, gangguan gastrousus, keletihan dan kelesuan.

    “Keadaan ini dipanggil selesema keto,” kata Pakar Diet di SportsTec Clinic di Kingston, Australia, Kristen Kizer.

    Sementara itu, seorang doktor perubatan, Josh Axe, menganggarkan bahawa kira-kira 25 peratus orang yang mencuba diet keto mengalami gejala ini dengan keletihan adalah gejala paling biasa.

    “Perkara itu terjadi kerana badan anda kehabisan gula untuk dibakar bagi menghasilkan tenaga dan ia perlu mula menggunakan lemak.

    “Peralihan itu membuatkan badan anda berasa letih selama beberapa hari,” tambah beliau.

    Bagi mengurangkan kesan selesema keto, disarankan agar minum banyak air dan tidur yang cukup.

    Selain itu, turut disyorkan menggabungkan sumber tenaga semula jadi untuk melawan keletihan seperti teh hijau matcha, kopi organik atau herba adaptogenik (herba yang boleh membantu badan anda menangani tekanan dan keletihan).

    2. Cirit-birit

    Ramai orang yang mencuba diet keto akan mengalami cirit-birit, ini mungkin disebabkan oleh pundi hempedu iaitu organ yang menghasilkan hempedu bagi membantu memecahkan lemak.

    “Cirit-birit juga boleh disebabkan oleh kekurangan serat dalam diet keto yang boleh berlaku apabila seseorang mengurangkan jumlah karbohidrat seperti roti gandum dan pasta, namun tidak menambah makanan kaya serat lain seperti sayur-sayuran.

    “Ia juga boleh disebabkan oleh badan tidak boleh bertoleransi terhadap bahan tenusu atau pemanis tiruan yang mana mungkin anda mengambilnya lebih banyak sejak beralih kepada gaya hidup tinggi lemak dan rendah karbohidrat,” terang Kizer.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apakah yang berlaku jika anda memakan buah secara berlebihan? – Relevan

    3. Ketoasidosis

    Jika anda menghidap diabetes jenis 1 atau jenis 2, anda tidak sepatutnya mengikuti diet keto melainkan mendapat kebenaran doktor dan pengawasan rapi.

    Kizer memberitahu, ketosis sebenarnya boleh membantu orang yang mempunyai masalah hiperglikemia, tetapi anda perlu berhati-hati dengan gula dalam darah dan perlu memeriksa tahap glukosa beberapa kali sehari.

    “Bagi penghidap diabetes, ketosis boleh mencetuskan keadaan berbahaya yang dipanggil ketoasidosis.

    “Ini berlaku apabila badan menyimpan terlalu banyak keton iaitu asid yang dihasilkan sebagai kesan sampingan daripada pembakaran lemak dan menyebabkan darah menjadi terlalu berasid yang boleh merosakkan hati, buah pinggang dan otak.

    “Jika tidak dirawat, ia boleh membawa maut,” tuturnya.

    Menurut laporan kes 2015 dari Journal of Medical Case Reports, ketoasidosis juga dilaporkan boleh terjadi kepada wanita menyusu yang tidak menghidap diabetes dan mengikuti diet rendah karbohidrat serta tinggi lemak,

    Gejala ketoasidosis termasuk mulut kering, kerap membuang air kecil, loya, nafas berbau dan kesukaran bernafas.

    4. Berat badan naik semula

    Oleh kerana diet keto sangat ketat, pakar kesihatan memberitahu ia bukan rancangan yang sesuai untuk diikuti dalam jangka masa panjang.

    “Ia paling baik dilakukan selama 30 hingga 90 hari, diikuti dengan pelan diet yang lebih mampan.

    “Tetapi masalahnya kebanyakan orang akan bertambah berat badan sebaik sahaja mereka kembali kepada karbohidrat,” kata Axe

    5. Jisim otot berkurang, metabolisme menurun

    Satu lagi akibat perubahan berat badan yang berkaitan dengan keto boleh menyebabkan kehilangan jisim otot terutamanya jika anda makan lebih banyak lemak berbanding protein

    “Berat badan anda akan menurun, tetapi ia sebenarnya mungkin banyak otot dan kerana otot membakar lebih banyak kalori berbanding lemak, itu akan menjejaskan metabolisme anda.

    “Apabila seseorang meninggalkan diet ketogenik dan kembali kepada berat badan asal mereka, tetapi anda tidak lagi mempunyai jisim otot untuk membakar kalori seperti dilakukan sebelum ini.

    “Itu boleh memberi kesan yang berkekalan kepada kadar metabolisme berehat dan juga kepada berat badan anda untuk jangka panjang,” kata Kizer.- RELEVAN

    Previous Article11 ciri pekerja bermasalah
    Next Article 2,136 kes baharu Covid-19, 6 kematian dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026
    Artikel Terkini

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.