Facebook Twitter
    Trending
    • Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi
    • Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya
    • Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif
    • Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi
    • Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara
    • Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan
    • Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya
    • Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya

      August 20, 2025

      Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

      August 19, 2025

      Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

      August 18, 2025

      Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

      August 15, 2025

      7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

      August 14, 2025
    • Kewangan

      Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

      August 20, 2025

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025
    • Pendidikan

      Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

      August 19, 2025

      Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

      August 18, 2025

      Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

      August 18, 2025

      Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

      August 15, 2025

      Cikgu marah bukan kerana benci

      August 13, 2025
    • Kerjaya

      Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

      August 20, 2025

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Zurich sambut ulang tahun ke-150

    Zurich sambut ulang tahun ke-150

    By October 25, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SELAMA lebih 150 tahun Zurich telah melakukan impak positif, sekali gus membuktikan kemampuannya berkembang mendepani cabaran, lebih kuat dan tekad.

    OKTOBER ini merupakan bulan yang cukup bermakna buat Zurich Insurance Group Ltd. (Zurich) kerana meraikan ulang tahunnya yang ke-150.

    Syarikat insurans dari Switzerland itu meraikan sambutan ulang tahun penuh bersejarah dengan mengangkat tema “Mengilhamkan Keyakinan Demi Masa Depan Kita”.

    Selama lebih 150 tahun Zurich telah melakukan impak positif, sekali gus membuktikan kemampuannya berkembang mendepani cabaran, lebih kuat dan tekad.

    “Kami melihat 150 tahun akan datang dengan penuh keyakinan.

    “Ia didorong oleh niat untuk membina masa hadapan lebih cerah bersama-sama yang merangkumi pelanggan, pekerja, rakan kongsi, masyarakat dan alam sekitar,” kata Junior Cho, Ketua Zurich Malaysia.

    Tambah Zurich, perkara itu turut dipandu oleh cita-cita untuk menjadi salah satu perniagaan yang paling bertanggungjawab dan memberi impak di dunia menerusi pelaburan aktif dalam inisiatif yang menangani cabaran alam sekitar, sosial serta ekonomi.

    Salah satu pelaburan tersebut adalah untuk memulihara dan menanam semula dipterokarpa di Projek TRLC Merisuli, Lahad Datu, Sabah bersama rakan projek Zurich iaitu Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC).

    Pokok Dipterokarpa terdiri daripada 16 genera dan 700 spesis yang diketahui manakala 162 adalah endemik di Kepulauan Borneo serta tidak ditemui di tempat lain di dunia.

    PASUKAN lapangan TRCRC menyediakan tapak penanaman sebelum setiap musim penanaman di TRLC Merisuli, Lahad Datu, Sabah.

    Pokok itu merupakan sumber kayu berharga, dijadikan minyak pati, balsam dan damar yang menyokong ekonomi tropika dan kehidupan masyarakat tempatan.

    Kitaran berbunga pokok famili/kaum tersebut sukar dianggarkan dan ia berbunga sekali atau dua kali dalam 10 tahun, sesetengah spesis kadang-kadang memakan masa lebih 10 tahun untuk berbunga.

    Beberapa contoh dipterokarpa yang ditanam di TRLC Merisuli adalah seperti berikut:

    • Kawang Jantung (Sabah) / Engkabang Jantung (Sarawak) (Shorea macrophylla)

    Spesis ini didapati di Borneo, biji benihnya sangat berharga bagi masyarakat tempatan kerana digunakan sebagai mentega.

    Selain itu, ia juga tumbuh di sepanjang kawasan riparian (tebing sungai) dan menjadi makanan semula jadi kepada ikan-ikan sungai.

    • Keruing Kosugoi (Dipterocarpus validus)

    Pokok kanopi ini boleh mencapai 50 meter (m) dengan lilitan diameter batang pokok 1.5m. Spesies ini terancam oleh aktiviti pembukaan hutan dan perubahan habitat asal.

    • Keruing Merah (Dipterocarpus verrucosus)

    Spesis pokok ini adalah endemik di Kepulauan Borneo. Kayu keruing dieksploitasi dan diklasifikasi sebagai “Hampir Terancam” pada tahun 2018 oleh Senarai Merah Spesis Terancam IUCN.

    • Keruing Palembang (Dipterocarpus palembanicus)

    Taburan spesis ini boleh didapati di Sumatra, Semenanjung Malaysia, Singapura dan Kepulauan Borneo. Ia mampu tumbuh mencapai ketinggian 50m.

    Spesis ini secara rasmi diklasifikasikan sebagai “Spesis Terancam” pada tahun 2010 oleh Senarai Merah Tumbuhan Semenanjung Malaysia.

    • Keruing Putih (Dipterocarpus caudiferus)

    Keruing Putih juga didapati di Borneo yang mampu tumbuh sehingga 65m tinggi. Ia telah diklasifikasikan sebagai “Hampir Terancam” pada tahun 2018 oleh Senarai Merah Spesis Terancam IUCN.

    Sehubungan itu, dalam usaha memulihara pokok dipterokarpa yang sangat bernilai itu, Zurich menyeru rakyat Malaysia untuk menunjukkan sokongan menerusi acara awam A Greener Future Zurich Malaysia pada 5 November 2022 di Tapak Semaian Tugu (Taman Tugu Nursery).

    Orang ramai dialu-alukan untuk mengambil peluang menyatakan janji ikrar mereka di www.zurich.com.my/zurichcares.

    Bagi 1,000 orang pertama yang menyahut cabaran itu, sebatang pokok akan ditanam di TRLC Merisuli, Sabah.

    Zurich berhasrat untuk membina bukan sahaja masa hadapan yang lebih cerah bersama-sama, tetapi juga melakukan perkara yang betul demi manusia dan planet. – RELEVAN

    dipterokarpa featured hutan Zurich

    Artikel berkaitan

    Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

    August 20, 2025

    Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya

    August 20, 2025

    Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

    August 20, 2025

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025
    Artikel Terkini

    Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

    August 20, 2025

    Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya

    August 20, 2025

    Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

    August 20, 2025

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.