SEMALAM mencatatkan sebanyak 1,244 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 1,360 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,845,103 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,005 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,785,398 kes.
Sebanyak lima kes kematian dilaporkan semalam dan dua kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,380 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,736 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,331 kes dengan 22,317 kes atau 95.7 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 968 kes atau 4.1% pesakit dirawat di hospital, 21 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 25 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN