Facebook Twitter
    Trending
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    • Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » BNM perkenal 5 langkah tambahan untuk cegah penipuan kewangan

    BNM perkenal 5 langkah tambahan untuk cegah penipuan kewangan

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 26, 2022Updated:September 27, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KAEDAH penipuan atau modus operandi yang diguna pakai penjenayah akan sentiasa berubah-ubah. - GAMBAR HIASAN/KOSMO

    BANK Negara Malaysia (BNM) mengarahkan institusi kewangan untuk mengambil langkah pencegahan tambahan bagi membendung jenayah penipuan kewangan yang semakin kerap berlaku baru-baru ini.

    NOR SHAMSIAH

    Gabenornya, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, semua bank dikehendaki memastikan kawalan dan standard keselamatan mereka sentiasa berada pada tahap tertinggi, terutamanya bagi perkhidmatan perbankan internet dan mudah alih.

    Kata beliau, BNM juga mengeluarkan panduan keselamatan kepada industri kewangan dari semasa ke semasa mengenai modus operandi penipuan terkini serta langkah keselamatan tambahan yang perlu diambil bank-bank bagi melindungi simpanan pelanggan.

    “Hakikatnya, kaedah penipuan atau modus operandi yang diguna pakai penjenayah akan sentiasa berubah-ubah.

    “Oleh yang demikian, BNM akan terus mempertingkatkan usaha dan langkah untuk membanteras penipuan dengan memperkenalkan beberapa kawalan tambahan,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati dengan scammer, ikuti langkah berbelanja dalam talian dengan selamat

    Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Pelancaran Pameran Maya Jenayah Kewangan.

    Menurut Nor Shamsiah, terdapat lima langkah kawalan tambahan yang perlu diambil institusi kewangan bagi membanteras penipuan kewangan, iaitu:

    • Peralihan dari SMS OTP

    Institusi kewangan perlu beralih daripada penghantaran kata laluan sekali sahaja (OTP) melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada kaedah pengesahan yang lebih kukuh.

    Peralihan ini melibatkan transaksi dalam talian yang berkaitan pembukaan akaun, pemindahan dana dan pembayaran serta pertukaran maklumat peribadi dan penetapan akaun.

    Menurut Nor Shamsiah, institusi-institusi kewangan utama telahpun mula beralih kepada kaedah pengesahan yang lebih kukuh.

    • Perketat peraturan pengesanan penipuan

    Bank-bank akan memperketat peraturan pengesanan penipuan dan bertindak menyekat transaksi yang disyaki terlibat dengan penipuan.

    Pelanggan akan dimaklumkan serta-merta apabila sebarang aktiviti seperti itu dikesan pada akaun perbankan mereka.

    Sebagai langkah tambahan, institusi kewangan juga akan menyekat transaksi-transaksi tersebut dan pelanggan akan diminta memberikan pengesahan sebelum transaksi boleh diteruskan.

    • Tempoh bertenang untuk pendaftaran kali pertama

    Tempoh bertenang (cooling-off period) untuk pendaftaran kali pertama bagi perkhidmatan perbankan dalam talian atau peranti yang selamat akan dilaksanakan.

    Semasa tempoh ini, sebarang aktiviti perbankan dalam talian tidak akan dibenarkan.

    • Had satu peranti mudah alih

    Pelanggan akan dihadkan kepada hanya satu peranti mudah alih atau peranti selamat untuk pengesahan transaksi dalam talian.

    • Talian hotline khusus untuk penipuan kewangan

    Bagi membantu mangsa penipuan, kesemua bank dikehendaki menyediakan talian hotline khusus untuk aktiviti penipuan kewangan, di samping meningkatkan tahap respon dan maklum balas ke atas laporan penipuan kewangan yang dibuat pelanggan mereka.

    Institusi kewangan juga dikehendaki menyelaraskan langkah-langkah pemulihan dana dan kawalan, termasuk bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan kerugian kewangan mangsa penipuan selanjutnya tidak berlaku.

    Selain itu, institusi kewangan juga dikehendaki menyediakan cara yang mudah untuk pelanggan mereka menggantung akaun bank mereka sekiranya akaun tersebut disyaki terlibat dengan penipuan, dan kemudiannya mengaktifkan semula akaun tersebut dalam tempoh masa yang munasabah selepas pengesahan dibuat. – RELEVAN

    Previous ArticleJangan mandi ketika kilat, pakar syorkan panduan elak panahan petir
    Next Article 7 kes kematian Covid-19, sifar BID

    Artikel berkaitan

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026
    Artikel Terkini

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.