Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Deposit tinggi, tak suka sewa kepada lelaki antara punca pelajar sukar dapatkan rumah sewa

    Deposit tinggi, tak suka sewa kepada lelaki antara punca pelajar sukar dapatkan rumah sewa

    By Umi FatehahSeptember 22, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WALAUPUN lengkap berperabot, deposit yang dikenakan masih dikira terlalu mahal untuk disewakan kepada pelajar yang tiada sumber pendapatan tetap. Gambar Hiasan Afiq Razali/Utusan

    ISU baharu dalam media sosial: pelajar universiti sukar mendapatkan rumah sewa. Sudahlah permohonan kolej ditolak, pemilik rumah pula enggan sewakan rumah kepada mereka.

    Kalau ada pun, sewa bulanan serta deposit yang diminta terlalu tinggi. Ada yang menuntut bayaran deposit sehingga RM 1,800 untuk rumah yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air. 

    Walaupun lengkap berperabot, deposit yang dikenakan masih dikira terlalu mahal untuk disewakan kepada pelajar yang tiada sumber pendapatan tetap.

    Menurut seorang pelajar Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur yang mahu dikenali sebagai Aiman, caj deposit yang dikenakan segelintir pemilik rumah melebihi kemampuan pelajar.

    “Saya dan rakan pernah terjumpa rumah yang mengenakan deposit dan bayaran bulanan terlalu tinggi. Kebanyakan tuan rumah sengaja meletakkan harga yang tinggi kerana tahu pelajar dalam keadaan yang terdesak,” kata pelajar semester lima itu.

    CAJ deposit yang dikenakan segelintir pemilik rumah melebihi kemampuan pelajar. – Gambar Hiasan Nguyen Dang Hoang/Unsplash

    ARTIKEL BERKAITAN: Mahasiswa tertekan kos sara hidup di bandar tinggi

    Menurut seorang lagi pelajar daripada Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi yang mahu dikenali sebagai Zaf, dia agak tertekan dengan situasi ini kerana keluarganya menetap jauh dari kawasan universiti. 

    “Saya menetap di Kedah, jadi sangat susah untuk mencari rumah sewa di kawasan Shah Alam. Saya tidak dapat melihat keadaan rumah dan bilik sewa sebelum membuat keputusan untuk bersetuju dengan tuan rumah.

    “Saya juga kurang arif dengan kawasan Shah Alam, jadi saya tidak tahu kawasan rumah yang berdekatan dengan kampus,” tambahnya.

    Menurut perkongsian Zaf, kebanyakan rumah sewa yang murah mempunyai jarak yang agak jauh dengan kampus. Ini bukan sahaja meningkatkan kos, malah merisikokan keselamatan pelajar untuk berulang-alik bagi menghadiri kuliah.

    BUKAN sahaja meningkatkan kos, malah merisikokan keselamatan pelajar untuk berulang-alik bagi menghadiri kuliah. Gambar Hiasan Markus Winkler/Pexels

    Zaf juga berkongsi bahawa kebanyakan bilik dan rumah sewa pula banyak ditawarkan untuk perempuan. 

    Sepanjang usahanya mencari rumah sewa yang bersesuaian, dia perlu berebut dengan pelajar-pelajar lelaki yang lain kerana tidak ramai tuan rumah yang mahu menyewakan kepada pelajar lelaki.

    “Segelintir tuan rumah mempunyai persepsi buruk terhadap pelajar lelaki, kononnya lelaki tidak pandai menjaga kebersihan rumah.

    “Oleh kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Perkara ini tidak adil kerana sesetengah pihak mempunyai persepsi bahawa semua pelajar lelaki tidak bertanggungjawab,” tambah anak sulung daripada tiga beradik itu.

    Menurutnya, ini juga tidak adil kerana tidak semestinya semua pelajar baharu mempunyai perangai yang tidak bertanggungjawab seperti pelajar-pelajar terdahulu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tip untuk pelajar universiti elak kehabisan wang

    Kedua-dua pelajar ini mempunyai harapan yang sama iaitu supaya pihak universiti menambah baik pengurusan hal ehwal pelajar agar tidak membebankan mereka.

    “Mungkin pihak universiti boleh merujuk kepada universiti awam yang lain yang membeli banyak lot rumah kedai dan kawasan taman perumahan yang berdekatan dengan universiti.

    “Kemudian, sewakan dengan harga yang rendah kepada pelajar yang tidak mendapat kolej,” cadang mereka.

    Mereka juga berharap agar pihak tuan rumah tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi oleh kerana mereka hanya pelajar dan masih tidak mempunyai pendapatan tetap. – RELEVAN

    Previous ArticleKes Covid-19 kembali ke angka 2,000 lebih
    Next Article 5 Pengajaran kewangan daripada pandemik Covid-19

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.