Facebook Twitter
    Trending
    • Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan
    • Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    • 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    • Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih
    • UKM juara Debat Perpaduan 2023
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

      September 27, 2023

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023
    • Pendidikan

      Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

      September 29, 2023

      Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

      September 28, 2023

      Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

      September 27, 2023

      UKM juara Debat Perpaduan 2023

      September 27, 2023

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fahami wabak influenza dan perbezaannya dengan Covid-19

    Fahami wabak influenza dan perbezaannya dengan Covid-19

    By Zubaidah IbrahimJuly 13, 2022Updated:July 28, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    VIRUS influenza berbeza dengan Covid-19-Foto oleh www.freepik.com

    SEJAK akhir-akhir ini dilaporkan banyak berlaku jangkitan wabak influenza yang menimbulkan kebimbangan orang ramai di kala dunia turut dihimpit dengan kemelut tidak bernoktah Covid-19.

    Ramai yang keliru perbezaan antara influenza dengan Covid-19. Ada juga yang berkali-kali melakukan ujian kendiri Covid-19 apabila bergejala, namun mendapat keputusan negatif. Penularan penyakit influenza ini dapat dikawal dan dicegah melalui kaedah-kaedah tertentu.

    Menurut Pakar Mikrobiologi Klinikal, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Madya Dr. Nurul Azmawati Mohamed, influenza adalah sejenis jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza.

    NURUL AZMAWATI

    “Terdapat dua jenis virus influenza yang sering menjangkiti manusia iaitu virus Influenza A dan Influenza B. Virus Influenza A terbahagi kepada banyak jenis berdasarkan struktur protein yang terdapat pada virus contohnya influenza A H1N1 dan H3N2,” katanya.

    Influenza A menyebabkan pandemik

    “Influenza A adalah satu-satunya yang berupaya untuk menyebabkan pandemik atau wabak di seluruh dunia seperti yang berlaku pada tahun 2009 iaitu H1N1. Influenza B pula dibahagikan mengikut susur galur asal virus contohnya, Yamagata dan Victoria.

    “Di negara empat musim, wabak influenza bermusim (seasonal) terjadi pada musim sejuk setiap tahun. Ini bermakna, wabak berlaku pada akhir tahun di hemisfera utara manakala hemisfera selatan dilanda wabak pada pertengahan tahun,” kata Nurul Azmawati.

    Jelas beliau lagi, di seluruh dunia influenza menyebabkan kira-kira tiga hingga lima juta jangkitan serius dan lebih setengah juta kematian akibat gangguan sistem pernafasan.

    Angka kematian yang tinggi dicatatkan dalam kalangan bayi dan warga emas manakala di Malaysia virus itu berlaku sepanjang tahun.

    Cara virus influenza merebak

    Virus influenza boleh merebak melalui cecair atau titisan daripada tekak serta mulut yang terlepas ke udara. Ini boleh berlaku apabila seseorang pesakit batuk, bersin atau bercakap.

    “Ia juga boleh merebak melalui tangan yang dicemari oleh virus influenza. Virus merebak dengan cepat di tempat yang sesak seperti asrama dan rumah penjagaan warga emas.

    “Pesakit boleh menyebarkan virus sehari sebelum gejala muncul sehingga tempoh satu minggu setelah mula jatuh sakit,” ujarnya.

    Nurul Azmawati berkata, gejala influenza hampir sama dengan simptom Covid-19 iaitu demam, sakit badan, kerap bersin, hidung berair, sakit tekak, batuk dan sakit kepala.

    Namun, ada perbezaan di antara kedua penyakit ini yang akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam gambar rajah di bawah.

     

      COVID-19 Influenza
    Virus SARS coronavirus 2 Influenza A atau B
    Kadar mutasi virus Lebih perlahan Lebih cepat
    Cara jangkitan Udara, titisan pernafasan

    (lebih mudah berjangkit)

    Titisan pernafasan
    Tempoh inkubasi

    (tempoh gejala muncul selepas terdedah kepada virus)

    5 hingga 14 hari 1 hingga 4 hari
    Permulaan gejala Berperingkat Tiba-tiba
    Hilang deria bau dan rasa Ya Tidak
    Sakit anggota badan Kadang-kadang Selalu
    Menggigil kesejukan Kadang-kadang Lebih kerap berlaku
    Kecederaan pada paru-paru (lung injury) Ya Tidak
    Kadar kematian Lebih tinggi Lebih rendah
    Rawatan antiviral Remdisivir Oseltamivir/ Zanamivir
    Vaksin Covid-19 Influenza (diambil setiap tahun)
    Ujian RTK Covid-19 Positif Negatif

     Komplikasi jangkitan

    Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Dzulkhairi Mohd. Rani memberitahu, dalam kebanyakan kes, jangkitan influenza boleh pulih secara semula jadi.

    MOHD. DZULKHAIRI

    “Tetapi, ada golongan yang berisiko untuk mendapat komplikasi yang serius terutamanya jangkitan dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang lima tahun, warga emas berumur lebih 65 tahun, perempuan mengandung, mereka yang kurang daya tahan imuniti, penghidap kronik dan obes.

    “Antara komplikasi jangkitan influenza ialah jangkitan paru-paru (disebabkan virus influenza sendiri atau bakteria), serangan jantung, jangkitan telinga serta sinus. Jangkitan paru-paru adalah serius dan boleh membawa kematian.

    “Bagi yang berisiko rendah dan mengalami gejala adalah ringan, memadai berehat di rumah untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain manakala rawatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan gejala contohnya, ubat demam dan ubat batuk,” ulas beliau.

    Mohd. Dzulkhairi memberitahu, berkumur dengan cecair antiseptik boleh meringankan gejala, tetapi jika mengalami gejala jangkitan paru-paru, rawatan tertentu seperti ubat antiviral dan perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

    “Bagi yang berisiko tinggi, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Ini penting bagi mencegah daripada sebarang komplikasi. Ubat antiviral seperti oseltamivir atau zanamivir perlu diambil dalam tempoh 48 jam setelah gejala bermula dan perlu diambil selama lima hari.

    “Influenza adalah penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin. Orang awam terutamanya golongan berisiko tinggi digalakkan mendapatkan suntikan vaksin influenza.

    “Vaksin influenza perlu diambil setiap tahun kerana kandungan vaksin influenza berubah-ubah setiap tahun supaya sepadan dengan jenis virus influenza yang diunjurkan menular pada setiap musim. Terkini, setiap vaksin quadrivalen mengandungi dua jenis virus Influenza A dan 2 jenis virus Influenza B,” tuturnya.

    Selain pengambilan vaksin, langkah-langkah pencegahan lain termasuk amalan kerap mencuci tangan, mengamalkan etika batuk dan bersin, memakai pelitup muka, segera mengasingkan diri sekiranya tidak sihat, batuk dan sakit badan, jauhkan daripada mereka yang sakit dan elakkan daripada kerap menyentuh mata serta hidung juga adalah berkesan bagi menghalang jangkitan influenza.- RELEVAN

    covid-19 demam featured influenza Malaysia
    Artikel Terkini

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    September 29, 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    September 28, 2023

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    September 27, 2023

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    September 27, 2023

    UKM juara Debat Perpaduan 2023

    September 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.