SEMALAM mencatatkan sebanyak 1,904 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 2,244 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,791,456 kes.
Bagi kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,138 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,726,250 kes.
Sebanyak dua kes kematian dilaporkan semalam dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,245 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,704 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 28,961 kes dengan 27,584 kes atau 95.2 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 18 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,286 kes atau 4.4 peratus pesakit dirawat di hospital, 37 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 36 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN