ANGKA jangkitan Covid-19 dilaporkan sebanyak 2,244 kes semalam berbanding 2,328 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,789,549 kes.
Bagi kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,202 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,723,112 kes.
Sebanyak sembilan kes kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,243 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,704 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 30,197 kes dengan 28,853 kes atau 95.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 18 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,251 kes atau 4.2 peratus pesakit dirawat di hospital, 35 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 40 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN