Facebook Twitter
    Trending
    • Gempa datang tanpa amaran, ini panduan kekal selamat
    • Malaysia jadi negara tua: Apa kesannya kepada generasi akan datang?
    • Jalur gemilang bukan sekadar bendera
    • Merdeka dari buli: Membina generasi Madani
    • Semarakkan jiwa merdeka anda dengan melawat 6 muzium ini
    • Tidur dalam keadaan kelaparan – kurus atau membahayakan diri?
    • Lagu merdeka yang menyatukan kita
    • Menelusuri semula peristiwa kemerdekaan 31 Ogos 1957
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tidur dalam keadaan kelaparan – kurus atau membahayakan diri?

      August 26, 2025

      Puasa atau berlapar mampu mencegah pembiakan sel kanser

      August 22, 2025

      Nafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya

      August 20, 2025

      Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

      August 19, 2025

      Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

      August 18, 2025
    • Kewangan

      BNPL – budaya hutang alaf baru yang mengancam generasi kini

      August 21, 2025

      Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

      August 20, 2025

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025
    • Pendidikan

      Gempa datang tanpa amaran, ini panduan kekal selamat

      August 27, 2025

      Malaysia jadi negara tua: Apa kesannya kepada generasi akan datang?

      August 27, 2025

      Jalur gemilang bukan sekadar bendera

      August 27, 2025

      Merdeka dari buli: Membina generasi Madani

      August 26, 2025

      Semarakkan jiwa merdeka anda dengan melawat 6 muzium ini

      August 26, 2025
    • Kerjaya

      Minat guru semakin luntur, masa depan negara berisiko

      August 22, 2025

      Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

      August 20, 2025

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » MAHA 2022 pamer 8 taman ‘keajaiban’

    MAHA 2022 pamer 8 taman ‘keajaiban’

    By August 8, 2022Updated:August 9, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Taman 'Keajaiban' antara keunikan yang menanti para pengunjung di MAHA 2022, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang.

    KEINDAHAN taman berkonsepkan Miracle Garden yang menonjolkan keunikan landskap bersama pelbagai jenis bunga-bungaan menjadi antara tarikan utama di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA 2022).

    Miracle Garden yang terletak di Laman Agro-Food Florikultur diusahakan di bawah Jabatan Pertanian bagi menonjolkan keindahan landskap dengan kombinasi pelbagai jenis bunga-bungaan unik bersama tanaman edible menyegarkan dan aspek pertanian pintar untuk dinikmati oleh para pengujung.

    Laman berkeluasan 0.6 hektar itu dipenuhi dengan 15,000 pokok bunga terdiri daripada pelbagai spesies, komposisi warna-warna indah dan menghasilkan aroma wangi yang menyuntik elemen terapi mendamaikan.

    Berikut RELEVAN kongsikan lapan jenis taman bersama landskap indah yang menanti para pengunjung di Miracle Garden.

    1. Taman Pelangi

    Taman ini menerapkan konsep gabungan pelbagai jenis tanaman hiasan semusim yang mempunyai aneka warna terang dan bersemangat untuk menghasilkan warna-warni keceriaan kepada pengunjung.

    Setiap tanaman disusun di setiap sudut kawasan laman ini terutama di gerbang masuk sebagai tanda selamat datang kepada pengunjung supaya meneroka Miracle Garden  dengan perasaan yang tenang dan gembira.

    TAMAN pelangi menerapkan konsep gabungan pelbagai jenis tanaman hiasan semusim yang mempunyai bunga berwarna-warni.

    2. Taman Vertikal

    Menariknya, di taman ini tanaman foliage seperti bayam Brazil dan bromeliad disusun atur secara menegak kerana ia merupakan salah satu kaedah dalam menjayakan segmen Low Carbon Foot Print yang mampu menjimatkan ruang penanaman.

    Di samping itu, kaedah ini juga dapat meningkatkan produktiviti tanaman walaupun di kawasan terhad, tetapi dapat menanam dalam jumlah yang banyak berbanding dengan teknik tanaman secara mendatar.

    Taman ini dapat memberikan informasi dan panduan kepada pengunjung untuk diimplementasikan terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan rumah pangsapuri yang tidak mempunyai ruang mencukupi untuk bercucuk tanam.

    KAEDAH tanaman secara vertikal dapat meningkatkan produktiviti tanaman walaupun di kawasan terhad.

    3. Taman Bunga Matahari

    Taman Bunga Matahari ini diolah dengan menggunakan ratusan bunga matahari yang disusun rapat bagi memberikan impak umpama sinaran mentari yang menyinari laman.

    Struktur cermin yang disusun di sekeliling laman juga memberikan pantulan refleksi yang mana dapat membantu membangkitkan keceriaan pengunjung untuk merakamkan kenangan. 

    Selain cantik, bunga matahari juga banyak khasiat dan fungsi etnobotani yang menarik. Taman ini turut dihiasai dengan kincir angin yang menambahkan lagi seri taman tersebut.

    RATUSAN bunga matahari disusun rapat bagi memberikan impak umpama sinaran mentari yang menyinari laman.

    4. Taman Tropika

    Pelbagai genus dan spesies tanaman yang unik serta eksotik menjadi tumpuan di taman ini antaranya, bunga raksasa iaitu giant bird of paradise, formasi abstrak lempoyang, deretan rattle snake dan bunga sepit udang.

    Tanaman bungaan ini sudah semestinya menarik perhatian rama-rama yang memenuhi segenap ruang di sini.

    Setiap tanaman yang digunakan mempunyai fungsi etnobotani yang baik dan memberi manfaat kepada setiap hidupan di muka bumi kerana kombinasi flora dan fauna dilihat mampu meningkatkan  sumber biodiversiti dan membaiki sumber ekosistem negara kita.

    PENGUNJUNG dapat melihat pelbagi spesies tanaman yang unik dan eksotik di Taman Tropika.

    5. Taman Petunia

    Taman Petunia mempamerkan keunikan struktur pertumbuhan pokok petunia yang mana keindahan warna kelopak bunganya yang cantik dan menjurai dapat menyuntik elemen estetika seumpama menerangi dan menceriakan para pengunjung.

    Gabungan 200 nos spesies petunia pelbagai warna yang disusun pada struktur khas mampu memberikan keriangan kepada pengunjung. Keindahan tanaman hiasan yang mempunyai elemen warna juga merupakan salah satu terapi kepada manusia.

    TAMAN Petunia mempamerkan keunikan struktur pertumbuhan pokok petunia yang mempunyai kelopak bunga dan warna sangat cantik.

    6. Taman Orkid

    Di sini pengunjung dapat melihat pelbagai keunikan warna bunga orkid dan karakter tanaman orkid yang terdiri daripada pelbagai spesies dan mempunyai fungsi etnobotani unik seperti menghasilkan aroma wangian, perubatan, penghasilan minyak pati dan kosmetik.

    Orkid seperti mokara pula disusun atur secara upside down bagi menarik pandangan visual secara vertikal dan terestrial yang mana secara tidak langsung memberikan cetusan idea yang segar kepada peminat anggerik untuk lebih kreatif menanam bunga tersebut.

    PENGUNJUNG dapat melihat pelbagai keunikan warna bunga orkid dan karakter tumbuhan tersebut yang terdiri daripada pelbagai spesies dan mempunyai fungsi etnobotani unik.

    7. Taman Bandar

    Laman ini menempatkan beberapa arca yang bermotifkan daun dan juga sistem sel tisu pada tumbuhan. Selain itu, di sini juga mempamerkan aktiviti pertanian bandar yang menampilkan dua jenis kaedah penanaman di laman rumah ataupun di kawasan kebun komuniti iaitu dengan kaedah konvensional menggunakan batas tanaman serta kaedah pertanian moden secara hidroponik yang diolah secara menegak dan secara susunan menara.

    Tanaman yang digunakan adalah tanaman asas yang mesti ada di kediaman untuk digunakan dalam kehidupan seharian terutamanya sebagai ulaman dan rencah dalam masakan seperti pokok limau tiga serangkai iaitu limau purut, nipis dan kasturi.

    Antara tanaman lain seperti kunyit, kaduk, pandan wangi, pudina, cili api, pokok kari dan rosel. Konsep ini diharapkan dapat memberikan panduan kepada pengunjung sebagai langkah penjimatan barangan dapur dan membantu menjana pendapatan sampingan.

    Simbolik struktur seperti kincir angin dan kincir air menambahkan lagi seri Taman Bandar yang mana struktur itu merupakan elemen utama dalam segmen pertanian di seluruh dunia yang masih diguna pakai sehingga kini.

    TAMAN Bandar mempamerkan aktiviti pertanian bandar yang menampilkan dua jenis kaedah penanaman di laman rumah ataupun di kawasan kebun komuniti.

    8. Taman Inggeris

    Pengunjung dapat melihat kolam buatan berkonsepkan English Garden yang dijayakan oleh rakan strategik Jabatan Pertanian sempena MAHA 2022 iaitu Perbadanan Putrajaya.

    Elemen air merupakan salah satu komponen utama bagi sesebuah taman. Pancuran air memberikan terapi kepada setiap pengunjung yang berada di Miracle Garden. Di sini juga ditampilkan tanaman hiasan seperti pokok juniper, bunga matahari dan tanaman hiasan semusim.

    TAMAN Inggeris dengan sentuhan seni bina indah membuatkan pengunjung seolah-olah berada di Hyde Park, London.

    Landskap indah Taman Inggeris itu turut dibina pancuran air, pagar unik, gerbang arca, kerusi taman dan juga struktur binaan laluan pejalan kaki yang disusun secara formal menggunakan batu-bata yang mana sedikit sebanyak memberikan penataan menarik seolah-olah seperti berada di Hyde Park, London.-RELEVAN

    bunga featured kebun bandar MAHA2022 Malaysia pertanian taman

    Artikel berkaitan

    Gempa datang tanpa amaran, ini panduan kekal selamat

    August 27, 2025

    Malaysia jadi negara tua: Apa kesannya kepada generasi akan datang?

    August 27, 2025

    Jalur gemilang bukan sekadar bendera

    August 27, 2025

    Merdeka dari buli: Membina generasi Madani

    August 26, 2025

    Semarakkan jiwa merdeka anda dengan melawat 6 muzium ini

    August 26, 2025

    Tidur dalam keadaan kelaparan – kurus atau membahayakan diri?

    August 26, 2025
    Artikel Terkini

    Gempa datang tanpa amaran, ini panduan kekal selamat

    August 27, 2025

    Malaysia jadi negara tua: Apa kesannya kepada generasi akan datang?

    August 27, 2025

    Jalur gemilang bukan sekadar bendera

    August 27, 2025

    Merdeka dari buli: Membina generasi Madani

    August 26, 2025

    Semarakkan jiwa merdeka anda dengan melawat 6 muzium ini

    August 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.