SEBANYAK 3,926 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 4,503 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,668,139 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 3,542 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,584,907 kes.
Sebanyak empat kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,946 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,636 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 47,286 kes dengan 45,657 kes atau 96.6 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 30 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,539 kes atau 3.3 peratus pesakit dirawat di hospital, 25 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 35 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN