Facebook Twitter
    Trending
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    • Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pasukan Genesys hasilkan beg daripada sepanduk terbuang, ini keunikan dan keistimewaan beg kitar semula itu

    Pasukan Genesys hasilkan beg daripada sepanduk terbuang, ini keunikan dan keistimewaan beg kitar semula itu

    By Zubaidah IbrahimJuly 21, 2022Updated:July 21, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MENGGUNAKAN banner (sepanduk) sebagai bahan untuk menghasilkan produk kitar semula telah berjaya menobatkan pasukan Genesys dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai juara dalam Cabaran EcoBiz Alliance Bank musim keempat baru-baru ini.

    Pasukan Genesys terdiri daripada tiga orang pelajar UTHM iaitu Wan Muhammad Idham Wan Mahdi, Mohd. Syahir Anwar Hamzah dan Nurliyana Abdul Rahim telah membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM10,000.

    Mereka telah mengumpul lebih 300 keping sepanduk daripada bahan plastik PVC seberat hampir 130 kilogram di Parit Raja, Batu Pahat, Johor untuk menghasilkan tiga jenis beg iaitu tote, beg beli-belah dan beg tapau.

    Projek tersebut turut membuka peluang pekerjaan dan membantu masyarakat yang kurang berkemampuan di sekitar Parit Raja untuk menjana pendapatan tambahan serta pada masa sama memberi sokongan bagi mengasah kemahiran mereka dalam penghasilan beg kitar semula itu.

    Menurut ketua pasukan Genesys, Wan Muhammad Idham Wan Mahdi, idea menggunakan sepanduk sebagai bahan untuk produk kitar semula itu tercetus apabila mereka lihat banyak sepanduk terbiar, tidak terurus dan koyak.

    “Bayangkan sepanduk-sepanduk tersebut telah terbiar selama bertahun-tahun lantas ia memberi idea kepada kami untuk menyelesaikan masalah ini dan mengembangkannya menjadi model perniagaan bagi menguruskan sisa plastik dan menciptanya menjadi produk berguna.

    “Penghasilan beg-beg ini dibantu oleh ibu tunggal bagi proses menjahit dan para belia pula berperanan untuk mengumpul serta mencuci sepanduk terpakai,”katanya yang merupakan pelajar PhD dalam bidang Pengurusan Teknologi, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

    Jelas Mohd. Syahir Anwar, mereka bertiga bergabung idea untuk membuat rekaan beg-beg tersebut manakala para ibu tunggal yang terlibat dengan projek itu akan menjahit mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pasukan itu.

    Pasukan Genesys bekerjasama erat dengan kedai-kedai sepanduk dan institusi pendidikan sekitar Parit Raja bagi mendapatkan bekalan bahan itu. Mereka juga turut membeli dengan pengumpul-pengumpul sepanduk.

    Cabaran EcoBiz Alliance Bank merupakan anjuran Alliance Bank Malaysia Berhad dengan kerjasama Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC).

    Ia adalah satu pertandingan bertemakan alam sekitar yang mana para pelajar institusi pengajian tinggi dikehendaki membangunkan penyelesaian perniagaan mantap dan mampan untuk menangani isu-isu alam sekitar, ekonomi atau sosial.

    Cabaran EcoBiz musim keempat telah mengangkat tema Menginspirasikan Malaysia menjadi Negara Sifar Sisa (Zero Waste) dan telah disertai 500 pelajar daripada 138 pasukan yang mewakili 29 universiti di Malaysia.

    Para peserta telah mengikuti lima bulan sesi pembelajaran berasaskan pengalaman secara berstruktur, latihan, bimbingan dan persembahan idea perniagaan sebanyak tiga pusingan dengan bimbingan mentor serta barisan penasihat.

    Sementara itu, seorang lagi ahli pasukan Genesys, Mohd. Syahir Anwar Hamzah berkata, beg-beg tersebut telah terjual lebih 400 unit dan pihaknya juga menerima tempahan khas daripada pelbagai pihak untuk dijadikan sebagai cenderamata.

    “Produk ini boleh dibeli terus di koperasi UTHM, Parit Raja dan juga secara dalam talian di laman Instagram dan Facebook rasmi pasukan tersebut iaitu genesys.my pada harga bermula RM10 hingga RM18.

    “Istimewanya, beg ini tahan lasak, kalis air, mudah dilipat dan dibawa ke mana-mana, corak serta warna asal sepanduk dikekalkan lantas menjadikan ia eksklusif,”ujarnya yang merupakan pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Teknologi Kejuruteraan di Fakulti Kejuruteraan, UTHM kampus Pagoh, Muar, Johor.

    Mengulas mengenai perancangan akan datang, Wan Muhammad Idham memberitahu, pihaknya mahu mengembangkan perniagaan itu dengan memperluas penggunaan bahan-bahan lain dalam menghasilkan pelbagai produk dikitar semula.-RELEVAN

    Previous ArticleJangkitan baharu melebihi 5,000 kes semalam
    Next Article Enrique Melaka: Pelaut Melayu yang diiktiraf manusia pertama mengelilingi dunia

    Artikel berkaitan

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026
    Artikel Terkini

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.