Facebook Twitter
    Trending
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    • Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar
    • Organ dalaman paling mudah diserang kanser
    • Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh
    • Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    • 10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026
    • Pendidikan

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026

      Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

      March 30, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 tip untuk tidur lebih lena dan berkualiti

    6 tip untuk tidur lebih lena dan berkualiti

    By Zubaidah IbrahimJuly 14, 2022Updated:July 21, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TIDUR yang berkualiti sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental.-Foto oleh Miriam Alonso/Pexels

    TIDUR yang lena sangat penting untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan kita kerana ia berkait rapat dengan prestasi fizikal serta mental ketika menjalankan aktiviti harian. 

    Hakikatnya, tidur yang berkualiti tidak kurang pentingnya disamping mengamalkan diet yang seimbang dan senaman. Terdapat pelbagai faktor yang mencetuskan tabiat tidur negatif. 

    Secara umumnya, seorang dewasa memerlukan tidur tujuh hingga 9 jam setiap malam. Tidur yang tidak cukup bukan sahaja menjejaskan mental dan fizikal, tetapi ia juga menyebabkan emosi tidak stabil sehingga menimbulkan pelbagai risiko masalah kesihatan.

    Sehubungan itu, RELEVAN kongsikan enam tip untuk mendapatkan tidur lebih lena dan berkualiti seperti yang disarankan oleh syarikat penjual perabot dari Sweden, IKEA.

    1. Keselesaan sebagai kunci utama

    Langkah pertama ke arah tidur yang lena ialah apabila anda mencapai keselesaan optimum dengan pemilihan tilam, bantal dan selimut yang betul. Tilam yang sesuai akan menyokong belakang tubuh anda yang terbukti bermanfaat kepada kesihatan dalam jangka panjang.

    2. Kekalkan suhu yang Sesuai

    Faktor seterusnya yang wajar diberi perhatian ialah suhu bilik tidur anda. Tanya soalan-soalan ini kepada diri anda kerana ia dapat membantu mengenal pasti faktor yang mengganggu tidur anda. 

    Tetapkan penghawa dingin atau kipas pada suhu yang sesuai dan pastikan anda berasa selesa dengan memilih selimut yang sesuai. Kebanyakan kita tidur lebih lena dalam persekitaran yang sejuk manakala suhu optimum ialah antara 18 hingga 20 darjah Celsius.

    3. Jauhkan dari lampu

    Suasana lebih gelap sangat ideal untuk tidur lena kerana ia mengurangkan gangguan di sekeliling anda. Jadi, anda boleh mempertimbangkan penyelesaian seperti lampu boleh malap, lampu meja atau bidai gelap untuk menghalang matahari pagi. Namun, sebaik-baiknya anda memilih lampu yang berada dalam jangkauan tangan kerana mengurangkan pergerakan sebelum anda tidur akan membantu lelap lebih mudah. Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan pelitup mata untuk menjauhkan cahaya.

    4. Jangan bising

    Bunyi bising akan menjejaskan kualiti tidur kerana ia merangsang otak kita. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, walaupun ketika kita sedang tidur, minda sedar sepenuhnya apabila . terdengar bunyi bising. Jadi, semakin senyap bilik anda, semakin baik kualiti tidur anda. Penyelesaian mudah seperti penyerap bunyi dapat membantu mengurangkan bunyi bising, khususnya jika anda jenis orang yang tidur-tidur ayam.

    5. Tingkatkan kualiti udara

    Kualiti udara yang tidak sihat di rumah mampu menjejaskan kualiti tidur kita. Ceriakan bilik tidur anda dengan tumbuh-tumbuhan hidup yang bukan sahaja dapat menapis udara dalam bilik, malah berfungsi sebagai hiasan. Pastikan bilik tidur anda mempunyai pengudaraan yang baik.

    6. Suasana menenangkan

    Pilihan warna dan aksesori peralatan tidur yang sesuai akan mempengaruhi kualiti tidur anda. Menurut kajian, kita tidur paling baik dalam bilik berwarna biru, diikuti oleh warna seperti kuning dan hijau. Jika anda ingin mengubah suai bilik tidur, apa kata cuba warna-warna ini untuk mewujudkan persekitaran yang ideal bagi membantu lelap lebih pantas.

    Pernahkah anda berasa segar tatkala bangun dari tidur dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja? Itu bermaksud, anda telah mendapat tidur malam yang baik. Ingatlah, tidur yang berkualiti berkait rapat dengan rehat yang cukup dan tanpa gangguan.- RELEVAN

    Previous Article3,934 kes Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article Jangan tangkap muat guru subjek Muzik

    Artikel berkaitan

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026

    Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    April 7, 2026

    Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    April 6, 2026

    Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

    April 6, 2026
    Artikel Terkini

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026

    Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    April 7, 2026

    Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    April 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.