Facebook Twitter
    Trending
    • Bina tabiat ini sebelum mula bekerja
    • 4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres
    • Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam
    • Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini
    • Bahaya tidur selepas makan
    • Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

      November 5, 2025

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025
    • Kewangan

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

      November 5, 2025

      Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah

      November 4, 2025

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025
    • Kerjaya

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 Soalan Korban dan Haji #1: Persoalan-persoalan tentang ibadah haji 

    5 Soalan Korban dan Haji #1: Persoalan-persoalan tentang ibadah haji 

    By July 6, 2022Updated:July 8, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh Haydan As-soendawy (Pexels)

    SUDAH hampir seminggu kita memasuki bulan Zulhijjah. Bulan ini pastilah mengingatkan kita kepada dua amalan besar untuk umat Islam, iaitu haji dan korban.

    Pada Ahad ini, umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Jemaah haji kita juga ada yang sudah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Seperti yang dilakukan pada Ramadan lalu, Relevan akan sekali lagi berkongsi jawapan untuk persoalan-persoalan berkaitan ibadah ini.

    Mengambil rujukan dari Irsyad al-Fatwa Haji dan Korban Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Relevan berkongsi jawapan untuk 5 soalan berkenaan ibadah haji dalam siri yang pertama ini.

    • Hukum kanak-kanak menunaikan haji

    Antara syarat wajib haji ialah baligh. Ini bermakna, apabila seseorang Muslim mencapai umur baligh, wajib untuknya menunaikan haji jika berkemampuan. Oleh itu, kanak-kanak yang belum mencapai usia baligh tidak diwajibkan untuk menunaikan haji.

    Menurut Irsyad al-Fatwa Haji dan Korban Siri 1, kanak-kanak dibolehkan menunaikan haji dan haji yang dilakukan mereka sah walaupun tidak diwajibkan ibadah itu ke atas mereka. Namun, haji yang dilakukan semasa kecil tidak dianggap sebagai haji Islam, iaitu haji yang diwajibkan ke atas mereka.

    Maknanya, apabila kanak-kanak itu sudah mencapai usia baligh, wajib ke atas dirinya untuk menunaikan haji.

    • Hukum melaksanakan ibadah haji menggunakan duit haram

    Imam al-Ghazali mendefinisikan harta yang haram sebagai sesuatu yang diperolehi dengan cara yang haram seperti riba, rasuah, judi dan ihtikar (monopoli). Ini termasuk harta yang dicuri atau dirampas, harta yang diperolehi dari hasil riba, harta yang diperolehi dari penjualan arak, dadah dan perkara haram lain serta harta yang diperolehi dari perbuatan rasuah.

    Menurut Irsyad al-Fatwa Haji dan Korban Siri 3, pendapat jumhur (majoriti) fuqaha menyatakan pelaksanaan haji menggunakan wang haram dikira sah tetapi berdosa.

    Ibadah haji yang dilakukan dengan meraikan segala rukun, syarat, adab dan sunat dalam pelaksanaan manasiknya dikira sah. Namun, pelaksanaan haji bukan isu sah semata-mata. Lebih besar dari itu ialah penerimaan dan kemabruran haji tersebut. Walaupun hajinya sah, sumber wang yang digunakan perlu dipastikan halal 100 peratus untuk memperoleh haji yang mabrur.

    • Bolehkah melaksanakan haji tanpa kelulusan dari majikan?

    Antara syarat wajib haji ialah aman dalam perjalanan semasa menunaikan haji. Jika terdapat ancaman terhadap diri atau harta seseorang, tidak wajib untuknya menunaikan haji. Seorang Muslim yang beriman juga akan menepati perjanjian yang telah dipersetujuinya. Sekiranya kontrak pekerjaan melarang pekerja menunaikan haji dalam tempoh bekerja walaupun ada kesempatan untuk menunaikannya secara sembunyi, kontrak tersebut perlu dipatuhi.

    Menurut Irsyad al-Fatwa Korban dan Haji Siri 21, pekerja tidak boleh mengerjakan ibadah haji seperti mana yang termaktub dalam kontrak pekerjaannya. Ini kerana, tidak menjadi kewajipan ke atasnya untuk menunaikan ibadah haji disebabkan dia termasuk dalam kategori tidak mampu (istit’ah). Ini bagi mengelakkan berlaku kemudaratan seperti dikenakan tindakan undang-undang.

    Walau bagaimanapun, sekiranya telah melakukan ibadah haji dengan memenuhi syarat wajib dan rukunnya, maka hajinya sah. Namun, tindakan melanggar kontrak dan amanah yang telah ditandatanganinya itu tetap dihukum haram dan berdosa.

    • Hukum wanita yang datang haid ketika melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah

    Menurut Irsyad al-Fatwa Korban dan Haji Siri 36, haid dan nifas tidak termasuk dalam perkara yang ditegah dan halangan dalam berihram. Sehubungan itu, haid dan nifas pada hari Arafah tidak merosakkan dan menjejaskan ibadah haji.

    Perempuan yang didatangi haid pada hari Arafah hendaklah menyempurnakan wuquf dan amalan-amalan haji yang lain baginya, selain ibadah tawaf dan sai’e. Ini kerana kedua-dua ibadah itu bergantung kepada syarat suci daripada hadas untuk melaksanakannya.

    • Bolehkah mengerjakan badal haji melebihi seorang dalam satu haji?

    Badal haji merujuk kepada perbuatan menggantikan seseorang yang sakit, tiada harapan untuk sembuh, terlalu tua dan uzur serta orang yang meninggal dunia untuk menunaikan haji. Secara umumnya, hukum mengerjakan badal haji adalah harus setelah seseorang itu menunaikan haji untuk dirinya dan telah memenuhi syarat-syarat bagi badal haji.

     Menurut Irsyad al-Fatwa Haji dan Korban Siri 50, hukum mengerjakan badal haji bagi beberapa individu dalam satu masa ialah tidak sah kerana badal haji hanya mencukupi untuk satu orang sahaja. Mereka yang sedang mengerjakan badal haji bagi satu pihak atau individu tidak boleh menyibukkan diri dengan mengerjakan badal haji bagi pihak lain. – RELEVAN

     

    *Artikel ini merupakan ringkasan bagi jawapan-jawapan yang disediakan dalam Irsyad al-Fatwa Haji dan Korban, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Pembaca digalakkan untuk menekan pautan pada perkataan berwarna merah untuk membaca keseluruhan perbahasan serta dalil-dalil untuk setiap soalan.

    5 soalan korban dan haji featured pendidikan

    Artikel berkaitan

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025

    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    November 5, 2025

    Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

    November 5, 2025

    Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

    November 5, 2025

    Bahaya tidur selepas makan

    November 4, 2025

    Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah

    November 4, 2025
    Artikel Terkini

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025

    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    November 5, 2025

    Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

    November 5, 2025

    Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

    November 5, 2025

    Bahaya tidur selepas makan

    November 4, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.