Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 biasiswa untuk lepasan SPM

    10 biasiswa untuk lepasan SPM

    By June 17, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan semalam menggembirakan banyak pihak. Para pelajar cemerlang dirai dan yang kurang cemerlang juga menerima banyak sokongan motivasi. Tidak kira cemerlang atau tidak, segala usaha para pelajar perlu dihargai kerana bukan mudah untuk menghadapi tekanan peperiksaan awam terbesar itu. Tahniah buat semua.

    Pelbagai pandangan dan perkongsian juga muncul dalam media sosial. Ada yang memberikan tip menyambung pelajaran dan ada yang memberi peringatan tentang cabaran dunia selepas persekolahan. Berkongsi tip tentang pelajaran ini memang sudah menjadi kerja Relevan, jadi mari kita lihat perkongsian seterusnya tentang perkara yang tidak kurang pentingnya untuk diketahui para lepasan SPM, iaitu biasiswa.

    Biasiswa sangat membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian ke peringkat tinggi. Walaupun kerajaan menyediakan skim pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara), biasiswa yang tidak bersifat pinjaman lebih membantu pelajar dari segi kewangan.

    Sehubungan itu, Relevan menyenaraikan 10 biasiswa yang boleh dicuba oleh lepasan SPM. Cubalah dahulu, mana tahu ada yang sangkut.

    • Program Khas JPA Mara 2022

    Program Khas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Mara (PKJM) 2022 ini terbuka untuk pelajar cemerlang bumiputera lepada SPM 2021. Program ini merupakan penajaan untuk pelajar mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T), Sains Sosial serta Perubatan. Antara negara yang terlibat ialah Jepun, New Zealand, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan India.

    Permohonan untuk biasiswa ini dibuka bermula semalam hingga 26 Jun ini. Permohonan boleh dibuat di sini.

    • Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JPA)

    Satu lagi tawaran biasiswa oleh JPA ialah Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ). Program ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM 2021 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) serta sains sosial. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah di empat negara berkenaan.

    Permohonan ditutup pada 26 Jun ini. Mohon segera di sini.

    • Program Penajaan Pendidikan Petronas

    Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) terbuka kepada semua lepasan SPM 2021 dengan kemampuan akademik yang tinggi serta berpemikiran tangkas dan inovatif. Penajaan diberikan untuk pelajar melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang, termasuk kejuriteraan kimia, geosains, perakaunan dan undang-undang.

    Permohonan dibuka bermula semalam hingga 22 Jun. Buat permohonan anda di sini .

    • Biasiswa Kijang BNM

    Biasiswa Kijang Bank Negara Malaysia (BNM) terbuka kepada lepasan SPM yang memperolehi minimum 8A dengan beberapa kriteria tambahan. Penerima biasiswa akan diberikan penajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Sains Data, Undang-Undang dan Sains Komputer.

    Permohonan dibuka semalam sehingga 26 Jun ini. Mohon segera di sini.

    • Biasiswa Watan Khazanah

    Biasiswa Watan Khazanah Nasional Berhad ditawarkan kepada lepasan SPM atau IGCSE yang berjaya memperoleh minimum 8A dan mendapat A atau A+ dalam subjek teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Biasiswa ini khas untuk calon yang telah diterima masuk atau sedang berada dalam program asasi dalam universiti-universiti terpilih Khazanah.

    Permohonan dibuka bermula 10 hingga 30 Jun. Buat permohonan anda di sini.

    • Biasiswa Global Khazanah

    Biasiswa Global Khazanah Nasional Berhad ditawarkan kepada lepasan SPM atau IGCSE yang berjaya memperoleh minimum 8A dan mendapat A atau A+ dalam subjek teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Calon yang berjaya akan menjalani program A-Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) sebagai persediaan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di universiti terkemuka dunia.

    Permohonan dibuka bermula 10 hingga 30 Jun. Buat permohonan anda di sini.

    • Biasiswa Yayasan UEM

    Biasiswa Yayasan UEM terbuka kepada lepasan SPM yang fasih dalam bahasa Inggeris dan memperoleh minimum 7A dalam SPM. Biasiswa ini menawarkan program prauniversiti di KYUEM sebelum melanjutkan pengajian ijazah di universiti terkemuka dunia. Tawaran ini terbuka untuk pengajian dalam bidang Perniagaan, Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan subjek berkaitan komputer serta Sains Aktuari.

    Permohonan ditutup pada 26 Jun ini. Mohon di sini.

    • Biasiswa Dana Pendidikan The Star

    Biasiswa Dana Pendidikan The Star terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke bawah yang mencatat keputusan cemerlang dalam SPM atau UEC dan peperiksaan setaraf. Biasiswa ini menawarkan penajaan untuk pengajian dalam kursus-kursus terpilih di beberapa universiti swasta tempatan.

    Permohonan akan ditutup pada 30 Jun. Buat permohonan anda di sini.

    • Biasiswa Shell

    Biasiswa Shell menawarkan tajaan melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level dan ijazah dalam bidang Kejuruteraan (Mekanikal, Awam, Kimia, Petroleum, Elektrik dan Elektronik, Alam Sekitar dan Mampan), Sains (Geologi, Geosains, Geomatik, Geofizik dan Data) serta Komersial (Perniagaan dan Pengurusan, Pemasaran Digital).

    Permohonan dibuka bermula semalam sehingga 30 Jun. Mohon di sini.

    • Anugerah Biasiswa Global PNB 

    Anugerah Biasiswa Global Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2022 dibuka untuk semua lepasan SPM 2021. Pemohon yang berjaya berpeluang menjalani pengajian persediaan di kolej tempatan yang ditetapkan PNB sebelum melanjutkan pengajian peringakt ijazah di universiti luar negara.

    Permohonan dibuka bermula 13 Jun sehingga 24 Jun ini. Permohonan boleh dilakukan di sini. – RELEVAN

    Previous ArticleSPM bukan kayu ukur kejayaan, pakar kongsikan bidang kerja yang subur di zaman milenia
    Next Article 2,130 kes Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.