Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pertanian bandar langkah penting ketika dunia berdepan krisis makanan

    Pertanian bandar langkah penting ketika dunia berdepan krisis makanan

    By Zubaidah IbrahimJune 8, 2022Updated:June 8, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: www.freepik.com

    PERTUBUHAN antarabangsa seperti Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bersetuju dunia akan menghadapi krisis kelaparan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

    Pada tahun 2021, sebanyak 140 juta penduduk bergelut dengan isu kelaparan teruk di seluruh dunia. Lantaran itu, PBB menggariskan empat langkah bagi menghentikan kedinamikan konflik dan kelaparan yang membawa kepada kematian.

    Antaranya, memberi fokus kepada bekalan serta barangan keperluan orang awam, mengelakkan pembaziran makanan dan menggalakkan rakyat menghasilkan keperluan makanan asas melalui pertanian kendiri seperti mempraktikkan pertanian bandar.

    Keperluan membangunkan pertanian bandar

    Pertanian bandar ditafsirkan sebagai aktiviti menghasil, memproses, memasarkan makanan dan produk pertanian di dalam kawasan bandar serta pinggir bandar dengan menggunakan kaedah pengeluaran intensif, menggunakan semula sumber asli dan sisa buangan bandar untuk menghasilkan kepelbagaian tanaman.

    Menurut Ketua Laboratori Belia Dalam Kepimpinan, Politik dan Kewarganegaraan, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, di bandar-bandar maju dunia seperti London, 18 peratus (%) pengeluaran hasil pertaniannya adalah dari urban horticulture atau pertanian bandar oleh penduduk bandar.

    “Di bandar Tokyo pula, 70 ribu penghuninya menjalankan pertanian bandar sebagai aktiviti sampingan bagi menampung kos keperluan makanan mereka.

    “Singapura juga agak ke hadapan dengan mendasarkan vertical farming sebagai strategi untuk menambahkan pengeluaran makanan kepada 30% menjelang 2030 dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada makanan import,” katanya.

    HALIZA

    Di Malaysia pula, amalan pertanian bandar bukanlah fenomena baharu namun, pelaksanaannya terhad di bandar-bandar besar yang dibuat secara komersial oleh syarikat kecil.

    Berdasarkan statistik Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), perbelanjaan import buah dan sayur-sayuran negara telah melebihi RM8.5 bilion setahun.

    Justeru, pergantungan sumber makanan dari pasar raya perlu dikaji semula bagi memenuhi permintaan populasi bandar di Malaysia yang dianggarkan mencapai 75% pada tahun 2021

    “Lebih membimbangkan, pada bulan ini dijangka harga barangan keperluan meningkat sehingga 60 peratus khususnya ayam, daging dan sayur-sayuran.

    “Sehubungan itu, pertanian bandar seharusnya menjadi mekanisme penting untuk diet yang pelbagai dalam kalangan warga bandar khususnya golongan B40 dan ia bukan lagi dipandang sebagai kegiatan masa lapang,” ujarnya lagi.

    Tambah beliau, pengintegrasian pertanian dalam perancangan dan pembangunan perbandaran penting untuk pembangunan mampan dari segi pelbagai aspek dan keperluan kehidupan bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.

    Kerjasama bersepadu semua pihak

    Bagi menjayakan matlamat ini, pelaksanaan pertanian bandar memerlukan kerjasama bersepadu daripada pelbagai jabatan dan agensi berkaitan antaranya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pertanian, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk.

    “Strategi lain melibatkan integrasi aktiviti pertanian dalam sistem Perancangan Bandar seperti penghijauan persekitaran, landskap bandar dan penyediaan alternatif kawasan riadah berkonsepkan pertanian.

    “Program ini melibatkan penduduk, sekolah, institusi dan usahawan pertanian bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan di peringkat negeri dan persekutuan,” ujarnya. 

    Foto:Jatuphon Buraphon-Pexels

    Jelas Haliza, program pertanian bandar juga bukan hanya terhad kepada komuniti, sebaliknya perlu dijalankan secara individu termasuk mereka yang tinggal di bangunan tinggi seperti flat dan pangsapuri.

    Bagi mereka yang tinggal di kediaman bertingkat, terdapat kit pertanian vertikal untuk membolehkan mereka menjalankan aktiviti pertanian di atas bumbung bangunan.

    “Pengalaman 15 negara telah menunjukkan bahawa aktiviti pertanian bandar membantu mencapai jaminan makanan, kepelbagaian diet dan diet bernutrisi. 

    “Justeru, program ini perlu disebar luas dan diperkukuh, apatah lagi dalam keadaan dunia mengalami ancaman keselamatan makanan dan inflasi,” tuturnya.

    Haliza berkata, tanah-tanah terbiar boleh dimanfaatkan dengan menjalankan aktiviti pertanian walaupun dalam skala kecil melalui pendedahan kepada kaedah alternatif dan mesra pengguna seperti hidroponik, akuaponik, aeroponik, nutripot serta vertical farming.-RELEVAN

    Previous ArticleBenarkah sunscreen rosakkan kulit?
    Next Article Lima reruai pilihan Relevan di PBAKL2022

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.