SEBANYAK 1,591 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan semalam berbanding 1,844 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,515,222 kes.
Sebanyak 2,185 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,455,498 kes.
Semalam turut mencatatkan lima kematian dan dua daripadnya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,686 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,561 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 22,447 dengan 21,480 atau 95.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 18 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 922 atau 4.1 peratus pesakit dirawat di hospital, 10 atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 17 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN