Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » UPM rangkul sembilan pingat emas dan tiga pingat perak di ITEX

    UPM rangkul sembilan pingat emas dan tiga pingat perak di ITEX

    By June 2, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) merangkul sembilan pingat emas dan tiga pingat perak di The International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2022 (ITEX) yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 26 hingga 27 Mei lalu

    ITEX yang dianjurkan oleh Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dan C.I.S merupakan pameran reka cipta dan inovasi berprestij antarabangsa yang diadakan secara tahunan.

    Pameran tersebut turut menyediakan platform dan pasaran untuk mempersembahkan idea serta inovasi terkini di peringkat global.

    Presiden MINDS, Prof. Emeritus Tan Sri Augustine Ong Soon Hock berkata, ITEX 2022 merupakan anjuran kali ke-33 tahun yang mengetengahkan lebih 80 peratus inovasi untuk dipertandingkan dan telah bersedia untuk dikomersilkan kepada pihak industri.

    “ITEX 2022 menerima lebih 500 penyertaan daripada sektor korporat, antarabangsa, universiti, institusi penyelidikan dan sebagainya yang melibatkan lebih 15 negara seperti Arab Saudi, Singapura dan Thailand,” katanya dalam satu kenyataan.

    UPM menarik perhatian pereka cipta dari dalam dan luar negara dengan mempamerkan inovasi dan teknologi terkini dalam pelbagai bidang profesional meliputi pertanian, kejuruteraan, sains sosial dan bioteknologi.

    Sembilan pingat emas yang diraih merupakan hasil komitmen dan dedikasi yang tinggi oleh barisan penyelidik dalam membangunkan inovasi terbaik iaitu Prof. ChM Dr. Mohd. Basyaruddin Abdul Rahman dari Fakulti Sains, Prof. Ts. Dr. Hidayah Ariffin dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin dari Fakulti Kejuruteraan, Prof. Madya Dr. Shahrul Ainliah Alang Ahmad dari Fakulti Sains, Prof. Madya Dr. Yuzine Esa dari Fakulti Pertanian, Ts. Dr. Norhayu Asib dari Fakulti Pertanian, Ts. Dr. Mohd. Salahuddin Mohd. Basri dari Fakulti Kejuruteraan, Dr. Ilyana Jalaluddin dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi serta Md. Rozaidi Md Yusof dari Pusat Pertanian Putra.

    Timbalan Pengarah Bahagian Promosi dan Pengkomersialan Inovasi Putra Science Park (PSP), UPM, Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman berkata, UPM sekali lagi meneruskan tradisi kecemerlangannya dengan memenangi pingat bagi kesemua 12 inovasi yang dipertandingkan.

    “UPM sangat komited dalam menghasilkan dan mengkomersialkan inovasi yang dapat memberi kebaikan kepada masyarakat serta negara.

    “Kami juga mengalu-alukan kolaborasi daripada rakan industri bagi membawa hasil penyelidikan ke pasaran supaya manfaatnya dapat dikongsi dengan semua pihak yang disasarkan,” ujarnya.

    Tambah beliau, PSP UPM selaku pengurus inovasi UPM akan terus memastikan inovasi UPM diketengahkan kepada umum dan seterusnya menyasarkan kolaborasi dengan pihak industri bagi mengkomersialkan hasil penyelidikan terbaik UPM.

    ITEX 2022 menyediakan platform untuk pencipta, penyelidik, pereka dan usahawan bagi mempamerkan ciptaan, idea serta prototaip terkini mereka sekali gus, menghubungkannya dengan industri di seluruh dunia.

    Di pameran itu juga menampilkan anugerah khas, ITEX Awards, Asian Invention Excellence Awards, IFIA Award, Malaysia Innovative Product Award, Sponsor Awards dan International Awards bagi meraikan inovasi serta teknologi terbaik sekali gus, menggalakkan pertumbuhan perniagaan baharu untuk muncul dan memacu sektor ekonomi negara.- RELEVAN

    anugerah featured pingat emas upm

    Artikel berkaitan

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025
    Artikel Terkini

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.