Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hentikan pemakaian pendakap gigi palsu, elak kecederaan serius

    Hentikan pemakaian pendakap gigi palsu, elak kecederaan serius

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalJune 2, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Atikah Akhtar-Unsplash

    BARU-baru ini tular di media sosial mengenai isu fake braces atau pemakaian pendakap gigi palsu.  Ramai doktor gigi sudah tampil memberi keterangan betapa bahayanya memakai pendakap gigi palsu.  

    Namun, ada sesetengah masyarakat yang masih tidak mempunyai kesedaran tentang kesan buruk pemakaian pendakap gigi palsu, malah ada beberapa individu tidak bertanggungjawab masih aktif menawarkan khidmat pemasangan pendakap gigi palsu.

    Pendakap gigi ialah alat pergigian yang membantu membetulkan masalah gigi seperti kesesakan gigi atau gigi yang tidak sejajar. Kebanyakan orang memakai pendakap gigi seawal umur remaja.

    Semasa pemakaian pendakap gigi, ia perlahan-lahan meluruskan dan menyelaraskan gigi.  Tempoh pemakaian pendakap gigi bergantung kepada keadaan gigi seseorang.  Ada yang perlu memakai pendakap selama dua tahun, ada juga yang memakan masa 10 tahun sebelum dibenarkan untuk mencabut pendakap.

    Rawatan pendakap gigi  bukan sahaja ditawarkan di klinik gigi swasta, malah klinik kerajaan juga menawarkan khidmat yang sama dengan beberapa syarat.  

    Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), klinik pergigian kerajaan memberi keutamaan kepada murid-murid sekolah yang berumur 18 tahun ke bawah dan mempunyai Index Keperluan Rawatan Ortodontik (Index of Orthodontic Treatment Need- IOTN) yang tinggi sahaja.  

    Bagi menentukan sama ada layak mendapatkan rawatan pendakap gigi di klinik pergigian kerajaan atau tidak, pesakit perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor gigi sebelum dirujuk ke Klinik Pakar Ortodontik. 

    Pada dasarnya, rawatan ortodontik di klinik pergigian kerajaan tidak diberikan secara lazimnya kepada orang dewasa melainkan kes-kes yang melibatkan pelbagai disiplin pergigian (multi-disciplinary approach).

    Persoalannya, apakah yang membuatkan orang ramai mahu menggunakan pendakap gigi palsu?

    “Ramai dalam kalangan remaja kita mudah terpengaruh dengan trend terkini yang mementingkan estetik atau untuk fesyen dan kecantikan semata-mata. Pengaruh rakan sebaya juga mendorong mereka untuk memakai pendakap gigi.

    “Ada juga di antara mereka yang merasakan memakai pendakap gigi ini sebagai simbol menunjukkan sesuatu status dalam kehidupan,” kata seorang doktor gigi di Klinik Gigi Jengka, Siti Nazira Zubaidi.

    Kos pemasangan pendakap gigi di klinik gigi swasta yang berdaftar bermula RM6,000 dan ke atas. Harga dan jenis rawatan pula berbeza mengikut masalah pergigian yang pesakit hadapi.

    Justeru, ia membuka peluang kepada individu yang tidak bertanggungjawab dengan menawarkan khidmat pemasangan pendakap gigi palsu lebih murah dan mampu milik berbanding di klinik gigi swasta dan tidak mempunyai apa-apa syarat seperti di klinik kerajaan.

    Walaupun pendakap gigi palsu mungkin digunakan untuk tujuan fesyen, hakikatnya pendakap gigi palsu mendatangkan banyak keburukan yang serius kepada gigi. 

    Kebiasaannya, pendakap gigi palsu dipasang oleh individu yang tidak bertauliah, tidak mempunyai lesen dan tidak diiktirah oleh Majlis Pergigian Malaysia (Malaysian Dental Council).  Mereka biasanya menawarkan rawatan di rumah atau di mana-mana kawasan selain klinik gigi.  

    “Hal ini amat membimbangkan kerana peralatan yang digunakan tidak dinyahkuman untuk mengelak daripada berlakunya jangkitan silang (cross infection) serta bahan yang digunakan mungkin berbahaya,” ujarnya lagi.

    Disebabkan ia tidak dipakai dan diselia oleh pakar ortodontik yang terlatih dan diperakui, pendakap gigi palsu boleh memusnahkan penjajaran gigi yang betul dan cenderung untuk mendapat penyakit karies gigi, penyakit gusi berdarah, hakisan gigi dan kecederaan kepada tisu mulut.

    Satu-satunya pihak yang sepatutnya melakukan apa-apa urusan perubatan gigi ialah pakar ortodontik yang terlatih dan bertauliah.

    Individu tidak bertanggungjawab menawarkan khidmat pemasangan pendakap gigi palsu boleh didakwa atas Akta kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan kesihatan Swasta 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya. – RELEVAN

    featured gigi palsu pendakap gigi
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.