Facebook Twitter
    Trending
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026
    • Pendidikan

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » NCD kekal punca utama kematian di Malaysia, ini 10 tip dikongsikan oleh pakar untuk hidup lebih sihat

    NCD kekal punca utama kematian di Malaysia, ini 10 tip dikongsikan oleh pakar untuk hidup lebih sihat

    By Zubaidah IbrahimMay 24, 2022Updated:June 2, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Pavel Danilyuk-Pexels

    SEPANJANG wabak Covid-19 melanda, kita sedar bahawa pencegahan dan kawalan penyakit memerlukan usaha pelbagai sektor di semua peringkat temasuklah sebagai individu turut memainkan peranan yang sangat penting.

    Kita telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk hidup bersama COVID-19. Namun, adakah kita telah buat yang terbaik untuk menjalani kehidupan sihat bagi mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD)?

    NCD kekal menjadi punca utama kematian di Malaysia dan hipertensi (tekanan darah tinggi) menyumbang kepada kebanyakan ketidakupayaan serta kematian.

    Hipertensi adalah pembunuh senyap yang boleh menyebabkan penyakit serius seperti jantung dan strok tanpa menunjukkan gejala. Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2019 melaporkan bahawa hampir separuh daripada mereka yang mengalami penyakit darah tinggi tidak didiagnosa doktor.

    Kita melakukan saringan COVID-19 apabila rasa kurang sihat, tetapi berapa kerapkah kita sebenarnya memeriksa tekanan darah bagi menyaring NCD?

    Tema Hari Hipertensi Sedunia 2022 adalah Tekanan Darah Terkawal, Hidup Lebih Sejahtera menyerlahkan kepentingan kawalan tekanan darah yang baik. 

     

    Foto: wayhomestudio-Freepik

    Kajian meta-analisis menunjukkan bahawa pengurangan tekanan darah dengan ketara mengurangkan risiko kejadian serangan jantung, kegagalan jantung, strok dan seterusnya pengurangan dalam semua punca kematian dalam populasi.

    Kita sebagai masyarakat dan individu perlu menunaikan tanggungjawab dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

    Sehubungan itu, Dr. Yoong Lee Yeen, Profesor Dr. Moy Foong Ming serta Profesor Dr. Sanjay Rampal dari Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya berkongsi 10 tip untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

    1. Buat persediaan mental dan rancang gaya hidup sihat yang realistik.
    2. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala dan dapatkan rawatan awal jika perlu.
    3. Ukur tekanan darah dengan tepat dan kawalnya di bawah 140/90 mmHg.
    4. Ambil kurang daripada lima gram garam sehari dan pilih diet Dietary Approaches to Stopping Hypertension (DASH) yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak.
    5. Amalkan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.
    6. Kekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) dalam lingkungan 18.5kg/m2 hingga 24.9 kg/m2.
    7. Berhenti merokok dan hadkan pengambilan alkohol.
    8. Uruskan tekanan dengan kemahiran mengatasi masalah dan terapi relaksasi.
    9. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti (tujuh hingga sembilan jam).
    10. Kekalkan gaya hidup sihat dan tabah atasi cabaran
    Foto: Ketut Subiyanto-Pexels

    Perubahan dalam gaya hidup sihat sememangnya tidak mudah, sokongan persekitaran dalam komuniti adalah penting untuk mendorong usaha kita menuju impak yang lebih tinggi. 

    Kementerian Kesihatan telah menubuhkan pusat kesihatan Wellness Hub dalam membantu sesiapa yang bersedia ke arah gaya hidup sihat dengan nasihat profesional serta kumpulan sokongan masyarakat. 

    Dapatkan bantuan di pusat kesihatan Wellness Hub terdekat dengan melayari https://tinyurl.com/wellnesshubkkm demi membina negara yang lebih sihat.

    Tunaikan tanggungjawab anda sekarang dengan memilih untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat.- RELEVAN

    Previous Article1,544 kes baharu Covid-19 semalam, 2 kematian direkodkan
    Next Article Laluan pendidikan untuk kerjaya dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan

    Artikel berkaitan

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026
    Artikel Terkini

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.