Facebook Twitter
    Trending
    • Red flag awal serangan jantung
    • 5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Red flag awal serangan jantung

      November 21, 2025

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tidur terganggu kerana kejang otot pada waktu malam, ini punca dan cara untuk atasi – Pakar perubatan

    Tidur terganggu kerana kejang otot pada waktu malam, ini punca dan cara untuk atasi – Pakar perubatan

    By April 11, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEKEJANGAN otot kaki kerap terjadi dalam kalangan ibu hamil dan atlet. Pastinya ia terasa sangat menyakitkan bagi mereka yang pernah mengalaminya dan seboleh-bolehnya tidak mahu perkara itu berulang.

    Sehubungan itu, pada kali ini Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad akan menerangkan lebih lanjut mengenai kekejangan otot dalam tiga keadaan iaitu kekejangan otot kaki pada waktu malam, dalam kalangan atlet dan ibu hamil. Punca serta sebabnya hampir sama.

    1. Kekejangan otot kaki pada waktu malam

    “Ia dikenali sebgai nocturnal leg cramps iaitu pengecutan otot secara tidak terkawal berlaku pada waktu malam dan selalunya ketika tidur, biasanya otot yang terlibat ialah otot betis.

    “Kesakitan akibat kekejangan ini mampu mengejutkan seseorang yang sedang lena tidur. Ia berlangsung beberapa saat hingga beberapa minit. 

    “Terdapat beberapa punca kekejangan kaki pada waktu malam. Antaranya, dehidrasi, kekurangan unsur mineral seperti magnesium, potassium, kalsium dan sodium serta kurangnya pengaliran darah ke kaki akibat posisi kaki semasa tidur yang tidak baik.

    Cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan itu ialah dengan cara berdiri dan berjalan untuk merenggang otot kaki yang terlibat,” tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    2. Kekejangan otot kaki wanita hamil

    “Kekejangan otot kaki bagi ibu hamil pula akan mula dirasai ketika trimester kedua kehamilan apabila rahim semakin membesar. Kaki yang penat membawa lebihan berat akan mudah untuk mendapat kekejangan.

    “Tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga mengganggu perjalanan darah ke kaki di samping memberi tekanan pada saraf ke kaki. Bagi wanita yang hamil dinasihatkan agar tidak berdiri atau duduk sambil menyilang kaki terlalu lama.

    “Lakukan regangan otot kaki pada waktu siang dan sebelum tidur dengan kerap. Gerakkan sendi pergelangan kaki dan sendi jari kaki ketika sedang duduk menonton televisyen, makan malam atau duduk berbual,” ulasnya lagi.

    Beliau turut menyarankan agar ibu hamil cuba berjalan pada jarak yang dekat kecuali dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian oleh doktor atau jururawat bidan. Jika kepenatan dan mahu berbaring, cuba berbaring ke sisi kanan untuk mengelakkan tekanan kuat rahim pada saluran darah dan saraf.

    Pastikan cukup minum air. Jika kekejangan pernah berlaku dan bimbang ia berlaku semula, boleh mandi dengan air panas sebelum tidur atau meletakkan tuala panas pada kaki sebelum tidur, ia membantu otot kaki untuk rehat.

    3. Kekejangan otot kaki atlet

     “Selalunya kekejangan otot kaki dalam kalangan atlet disebabkan oleh regangan yang keterlaluan atau terseliuh. Apabila kita mengalami kecederaan akibat terseliuh atau regangan itu, otot akan cuba membaikinya dengan mengecut. Kecutan yang tidak terkawal akan menyebabkan kekejangan.

    “Selain itu, perimbangan mineral dalam badan juga amat penting maka, bagi mereka yang mahu beriadah, janganlah minum terlalu sedikit atau terlalu banyak air kerana kerana kedua-duanya akan menyebabkan kekejangan.

    “Apabila otot kita mengalami dehidrasi, otot akan mudah kekejangan akibat kepekatan mineral dalam badan yang tinggi. Jika kita minum terlalu banyak air pula, kepekatan mineral dalam badan mencair dan menyebabkan hiponatremia. Oleh itu, keseimbangan mineral dalam tubuh amat penting bagi seseorang atlet,” ujarnya.

    Tambahnya, pengumpulan lactic acid yang terlalu banyak dalam otot juga menyebabkan kekejangan. Apabila seseorang itu melakukan riadah yang berpanjangan tanpa rehat, pembakaran glukosa tanpa oksigen menyebabkan tenaga dihasilkan bersama lactic acid. Otot akan berasa “terbakar” atau penat, seterusnya menyebabkan kekejangan otot.

     Cara mengurangkan kekejangan otot dalam kalangan atlet

    Zubaidi turut berkongsi cara terbaik untuk melegakan kekejangan otot betis dalam kalangan atlet seperti melakukan regangan otot yang terlibat.

    “Luruskan kaki dan bengkokkan jari kaki ke arah badan. Mulanya ia akan berasa sakit, namun akan memberi kelegaan kemudian.

     “Selepas itu boleh mengurut perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dan menyapukan minyak urut pada betis. Cuba berjalan-jalan dengan memijak hujung tapak kaki,” terangnya.

    Jika kesakitan tidak berkurangan dan bahagian betis itu bertambah bengkak dan sakit apabila disentuh, segeralah berjumpa doktor kerana ia mungkin bukan kekejangan otot yang biasa, tetapi terjadi darah beku di dalam otot dan memerlukan rawatan yang agresif segera.

    Antara cara lain untuk mengurangkan kekejangan ialah dengan minum air secukupnya, terutama apabila badan kita mengalami dehidrasi akibat beriadah. Bagi riadah yang kurang daripada satu jam, meminum air sudah cukup untuk mengelakkan kekejangan.

    Cara lain ialah pastikan anda bersenam secara istiqamah dan konsisten. Dengan cara ini badan akan membina daya tahan terhadap kekejangan. Apabila otot dipaksa untuk melakukan suatu latihan riadah yang keterlaluan dan belum biasa dilakukan, ia akan menyebabkan kekejangan.

    Ambil lebih banyak potassium untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kekejangan. Antaranya dengan memakan pisang. Namun jika anda mempunyai masalah dengan keseimbangan potassium dalam badan, haruslah bertanyakan dengan doktor untuk hal ini.-RELEVAN

    atlet featured kejang kaki wanita hamil

    Artikel berkaitan

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025
    Artikel Terkini

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.