Facebook Twitter
    Trending
    • Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial
    • Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?
    • 6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim
    • Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik
    • Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!
    • Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global
    • Dah lama tak buat scaling? Jangan tunggu sakit baru cari doktor gigi
    • Manfaat matcha berbanding kopi yang ramai tak tahu
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim

      July 28, 2025

      Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!

      July 24, 2025

      Dah lama tak buat scaling? Jangan tunggu sakit baru cari doktor gigi

      July 22, 2025

      Manfaat matcha berbanding kopi yang ramai tak tahu

      July 22, 2025

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025
    • Kewangan

      Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?

      July 29, 2025

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025
    • Pendidikan

      Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial

      July 30, 2025

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025
    • Kerjaya

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Peningkatan gaji minimum wajar, tetapi belum cukup

    Peningkatan gaji minimum wajar, tetapi belum cukup

    By March 23, 2022Updated:March 25, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KADAR gaji minimum sebanyak RM1,500 yang diumumkan kerajaan minggu lalu adalah wajar, namun ia belum mencerminkan peningkatan yang sepatutnya.

    Felo Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Azlan Awang berkata, mengikut formula penetapan gaji minimum oleh Kementerian Sumber Manusia yang melihat parameter seperti garis kemiskinan, produktiviti dan elemen indeks harga pengguna, gaji minimum kebangsaan yang patut diumumkan ialah RM1,832 sebulan.

    Beliau yang turut mewakili Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dalam kenyataan tersebut berkata, walaupun pihaknya menyokong inisiatif gaji minimum yang diumumkan sebagai langkah positif ke arah mencapai kesaksamaan gaji atau upah, ia belum mampu memberikan penyelesaian tuntas kepada kerajaan.

    “MTEM maklum kenaikan gaji minimum yang mendadak akan meletakkan beban yang besar bukan sahaja kepada majikan dan kerajaan, tetapi jika tidak dipantau dengan baik akan mendorong pula kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

    “Kitaran kejam ini akhirnya akan menghukum pekerja itu sendiri apabila lebihan kenaikan gaji itu tidak dapat dinikmati sepenuhnya.

    “Dalam pada itu, kebergantungan kepada tenaga asing yang berterusan pada bilangan yang tidak terkawal juga akan mengalirkan lebih banyak pendapatan gaji pekerja ini ke negara asal masing-masing,” katanya.

    Menurut Azlan, isu berkaitan gaji minimum sebelum  ini telah diperakui Bank Negara Malaysia (BNM) apabila melaporkan pertumbuhan gaji pekerja di negara ini masih terlalu rendah berbanding kadar pertumbuhan produktiviti mereka.

    Jelas beliau, secara tidak langsung ia memberi petunjuk bahawa produktiviti pekerja yang telah diterjemah menjadi keuntungan syarikat telah mengalir secara tidak adil antara majikan dengan pekerja.

    “Laporan BNM yang sama turut menyarankan supaya sebarang bentuk kenaikan gaji hendaklah mampu memenuhi kehidupan wajar (living wage).

    “Kenaikan gaji yang lebih bermakna bukan sekadar mampu menampung keperluan asas tetapi harus mengambil kira keupayaan untuk hidup dalam masyarakat, mempertingkatkan keupayaan diri dan keluarga serta bebas daripada himpitan kewangan atau hutang yang melampau.

    “Hakikatnya, walaupun rekod-rekod baharu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pelaburan langsung asing (FDI) saban tahun diumumkan oleh agensi kerajaan, ia tidak sampai ke akar umbi dan gagal memberi manfaat terus kepada rakyat.

    “Bahkan, kehidupan rakyat hari ini lebih tertekan lantaran kenaikan gaji yang tidak setimpal dengan kenaikan kos sara hidup. Ia belum lagi menyentuh isu pembiayaan pendidikan anak-anak, pemilikan hartanah, kos perubatan dan banyak lagi,” ujarnya.

    Azlan turut membangkitkan isu penggunaan tenaga buruh asing dan tidak mahir oleh industri serta insentif pengecualian cukai yang diberikan kepada majikan tanpa mengambil kira sama ada perusahaan yang dijalankan bersifat intensif buruh atau tidak.

    Jelas beliau, pihaknya bimbang jika dibiarkan berlarutan, ekonomi negara akan terus terperangkap dalam situasi upah rendah, kemahiran rendah dan nilai rendah yang hanya mahukan pekerja yang tidak mahir dan asing yang ramai.

    Malah, beliau turut bimbang melihat isu gaji dan pekerja yang lebih menghimpit kaum atau pekerja di wilayah tertentu sahaja yang boleh membangkitkan isu sensitif dan sentimen pemisahan.

    “Natijahnya, jika dibiarkan tanpa solusi, dasar nasional yang mengidamkan sebuah ekonomi yang berteraskan inovasi dan berkemahiran serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing akan terus gagal, sedangkan dalam kalangan negara jiran kita seperti Indonesia, Singapura dan Vietnam, kadar upah untuk tenaga mahir jauh lebih tinggi dan FDI mereka banyak tertumpu kepada sektor berteras teknologi termaju,

    “MTEM percaya peningkatan gaji dan peningkatan pendapatan isi rumah sememangnya akan mendorong kepada pemulihan dan peningkatan ekonomi apabila berkembangnya permintaan domestik.

    “Selain itu, kenaikan gaji juga berupaya menjadi insentif kepada industri untuk berhijrah kepada pendekatan yang kurang intensif buruh dan lebih berorientasikan kemahiran dan teknologi.

    “Dalam pada itu, laporan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) juga menyokong usaha meningkatkan keahlian dalam kesatuan sekerja bagi memberikan lebih suara dalam rundingan penetapan gaji.

    “MTEM berpendapat keahlian dalam kesatuan sekerja di negara kita perlu dipertingkatkan sehingga 40 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding hanya enam peratus hari ini,” ujarnya.

    Azlan memberitahu, MTEM kini dalam proses menyediakan satu kertas dasar untuk dibentangkan kepada kerajaan ke arah mewujudkan penyelesaian menang-menang buat majikan dan pekerja.

    Jelas beliau, konsep gaji kehidupan wajar adalah teras kepada cadangan yang bakal diutarakan kerana ia merupakan parameter yang lebih menyeluruh bagi membantu kerajaan merealisasikan RMK12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

    “Insiatif MTEM seterusnya yang turut akan dimasukkan dalam kertas dasar ini adalah untuk menjadi pemudah cara pihak kerajaan ke arah penyatuan yang lebih bermakna, sebagaimana yang disarankan dalam RMK12 untuk memberi lebih suara dalam mana-mana rundingan penetapan gaji dan upah,” katanya. – RELEVAN

    DPMM featured gaji minimum kewangan MTEM
    Artikel Terkini

    Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial

    July 30, 2025

    Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?

    July 29, 2025

    6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim

    July 28, 2025

    Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

    July 25, 2025

    Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!

    July 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.