Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang anda perlu faham tentang endemik

    Apa yang anda perlu faham tentang endemik

    By March 15, 2022Updated:March 16, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MINGGU lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini. Pengumuman tersebut disusuli dengan taklimat daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada keesokan harinya.

    Pada 1 April ini, negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik, bukan fasa endemik sepenuhnya. Setakat ini, masih belum diketahui bila wabak Covid-19 akan diisytiharkan sebagai endemik kerana banyak faktor perlu diambil kira oleh pakar-pakar kesihatan di seluruh dunia. Mengisytiharkan Covid-19 sebagai endemik terlalu awal boleh mengundang bahaya kepada dunia, terutamanya untuk negara-negara membangun yang masih belum dapat memberi perlindungan pemvaksinan secukupnya kepada rakyat.

    Sebelum bergerak lebih dalam tentang perkara ini, elok sekiranya kita dapat faham dahulu, apa yang dimaksudkan dengan fasa endemik.

    Epidemik, pandemik, endemik

    Terdapat tiga fasa utama berkaitan jangkitan sesuatu penyakit. Ketiga-tiganya membawa maksud yang berbeza.

    Epidemik adalah keadaan sesuatu penyakit yang menular dalam sesebuah kawasan dan populasi tertentu. Kementerian Kesihatan mentakrifkannya sebagai kejadian penyakit dengan bilangan kes di sesuatu tempat atau lokasi melebihi bilangan kes pada waktu biasa atau melebihi kadar biasa. Antara contoh epidemik yang pernah melanda dunia ialah wabak demam kepialu, kolera, Measles dan wabak virus Nipah di Negeri Sembilan pada 1999 serta wabak Polio di Sabah pada 2019.

    Pandemik pula merujuk kepada epidemik yang tersebar ke seluruh dunia. Menurut Kementerian Kesihatan, ia merupakan situasi kejadian penyakit dengan bilangan kes melebihi kadar biasa yang berlaku di banyak negara dan wilayah di seluruh dunia serta melibatkan populasi yang besar. Pandemik kebiasaannya disebabkan jangkitan penyakit yang baharu. Contoh pandemik yang pernah berlaku ialah Spanish Flu (1918-1919), influenza H1N1 (2009) dan Covid-19 (2020). Covid-19 diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 11 Mac 2020.

    Endemik pula merupakan kejadian penyakit atau agen pembawa penyakit yang sentiasa wujud di sesuatu tempat. Dalam endemik, sesuatu penyakit dijangka sentiasa ada pada kadar yang stabil serta rendah. DI Malaysia, denggi dianggap sebagai endemik. Contoh endemik lain di dunia ialah malaria di beberapa wilayah di Afrika dan Asia dan Hepatitis B di seluruh dunia.

    Covid-19 sebagai endemik

    Pengisytiharan Covid-19 sebagai endemik bermakna virus tersebut tidak akan terhapus dan terus wujud bersama kita. Cuma bezanya dengan pandemik yang sedang kita lalui ketika ini, virus tersebut tidak lagi membawa ancaman penghospitalan serta kematian besar-besaran. 

    Menurut Profesor Madya Imunologi dan Penyakit Berjangkit Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Yonatan Grad, Covid-19 akan dianggap sebagai endemik apabila orang ramai mendapat perlindungan imun daripada pemvaksinan dan jangkitan semula jadi. Ini akan mengurangkan jangkitan serta penghospitalan dan kematian akibat Covid-19 walaupun virus tersebut terus merebak.

    Walaupun suatu hari nanti Covid-19 akan diisytiharkan sebagai endemik, langkah kesihatan awam sedia ada seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal mungkin terus digalakkan, walaupun tidak diwajibkan. 

    Ambil denggi sebagai contoh, orang ramai masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti membersihkan halaman rumah, memastikan tiada takungan air yang boleh menyebabkan pembiakan dan melaksanakan pengabutan (fogging) secara berkala. Begitu juga dengan Covid-19, langkah pencegahan perlu diamalkan dan dijadikan kebiasaan kerana virus tersebut terus wujud, walaupun tidak mengakibatkan penghospitalan dan kematian sekerap sekarang.

    Fasa peralihan

    Bermula 1 April ini, kerajaan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu bagi mempersiapkan rakyat Malaysia dengan fasa endemik kelak. Banyak kelonggaran mula diberikan kerajaan seperti operasi perniagaan mengikut lesen sehingga 24 jam dan tiada lagi kuarantin untuk kontak rapat yang tidak bergejala. 

    Namun, orang ramai tetap dinasihatkan untuk mengamalkan langkah kesihatan awam seperti memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal. Orang ramai juga digalakkan untuk mengambil vaksin terutamanya dos penggalak bagi meningkatkan imunisasi. 

    Khairy juga baru-baru ini menasihatkan orang ramai supaya tidak bergantung dengan ujian RT-PCR yang lebih mahal dan lambat keputusannya, sebaliknya menggunakan kit ujian kendiri RTK Antigen. Ia juga sebahagian daripada langkah peralihan menuju endemik kelak.

    Walaupun kita diminta untuk bersedia untuk beralih kepada endemik, ia tidak bermakna segala langkah pencegahan yang diamalkan sebelum ini perlu ditinggalkan. Lebih tepat lagi, segala langkah pencegahan yang diamalkan perlu dijadikan norma baharu, barulah kita bersedia untuk menghadapi Covid-19 sebagai endemik kelak.

    Ketika ini, Covid-19 masih menjadi ancaman terutamanya untuk golongan berisiko tinggi seperti warga emas, penghidap komorbid dan kanak-kanak. Untuk yang muda dan sihat juga, ancaman Long Covid tetap wujud. Pastikan anda mematuhi SOP dan menjaga kesihatan diri dalam era pandemik ini. – RELEVAN

    covid-19 endemik featured kesihatan
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.