Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Selepas PAKK, graduan ISMP Muzik pula luah kekecewaan

    Selepas PAKK, graduan ISMP Muzik pula luah kekecewaan

    By February 24, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PENGAMBILAN khas guru secara sekali ambil (one-off) untuk 18,702 kekosongan dilihat sebagai peluang yang besar untuk menyelesaikan isu lambakan graduan pendidikan. Namun, beberapa isu melibatkan subjek tertentu dilihat masih bermasalah dan memerlukan perhatian Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

    Jika sebelum ini Relevan menyuarakan isu graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) yang sukar menembusi penempatan Kementerian Pendidikan, isu baharu pula timbul melibatkan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Muzik.

    Wakilnya, Chonnel George meluahkan, setakat ini hanya 10 graduan bidang tersebut yang diluluskan dalam pengambilan kali ini. 

    Jumlah tersebut sangat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah 8,120 graduan yang diluluskan dalam pengambilan fasa 2 dan 3 baru-baru ini serta ratusan graduan bidang tersebut yang ditemu duga.

    Lebih malang lagi, menurut Chonnel, sistem matriks opsyen yang diperkenalkan SPP dalam pengambilan kali ini menetapkan graduan ISMP Muzik hanya layak memohon opsyen Pendidikan Muzik.

    “Mengapa begitu? Adakah dipengaruhi stigma bahawa graduan Pendidikan Muzik tidak tahu mengajar subjek teras seperti Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik? Bukankah ini subjek yang dipelajari ketika UPSR, PMR dan SPM dahulu?” soalnya yang merupakan graduan ISMP Muzik dari sebuah universiti awam.

    Coretan Chonnel di Facebook berkenaan isu tersebut menarik ribuan pembaca dan ada antaranya yang memberi komen bahawa subjek Muzik di sekolah-sekolah banyak diajarkan oleh guru bukan opsyen.

    Hal tersebut membangkitkan persoalan, katanya, adakah subjek Muzik di sekolah diajar mengikut kaedah yang betul atau sekadar tangkap muat sahaja.

    “Subjek Muzik ini tidak boleh sewenang-wenangnya diberikan kepada guru yang tidak mempunyai asas kemahiran muzik. Jika tidak, amalan chalk and talk akan kerap ditabur berbanding amalan pragmatik.

    “Tidak hairanlah sekiranya Pendidikan Muzik di sekolah kian membosankan,” katanya.

    Sehubungan itu, Chonnel memberikan tiga cadangan kepada Kementerian Pendidikan dan SPP bagi menyelesaikan isu lambakan graduan Pendidikan Muzik.

    • Lantik secara kontrak

    Serap masuk graduan ikhtisas pendidikan melalui lantikan secara perkhidmatan kontrak. Tetapkan syarat, graduan ditegah untuk memohon lantikan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 sepanjang tempoh kontrak. Beri mereka pilihan mengajar subjek mahir selain opsyen major jika benar tiada kekosongan opsyen Pendidikan Muzik. Setelah kontrak tamat, lantikan secara tetap di bawah SPP boleh dikemukakan.

    • MySTEP

    Serap masuk graduan ikhtisas pendidikan sebagai guru melalui Program Kerja Jangka Pendek (MySTEP). Sementara menantikan lantikan tetap di bawah SPP, graduan boleh menambah kemahiran dan pengetahuan sebagai guru. Langkah ini secara tidak langsung mencantikkan peratusan kebolehpasaran graduan.

    • Buka opsyen Pendidikan Muzik

    SPP perlu membuka opsyen Pendidikan Muzik di seluruh Malaysia melalui pengambilan PPP DG41 bagi graduan pendidikan universiti awam dalam temu duga yang terdekat. – RELEVAN

    Previous Article5 tip kekal sihat dan cergas bekerja syif malam
    Next Article Malaysia catat 31,199 kes baharu tertinggi

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.