Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

    Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

    By Umi FatehahMarch 31, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhirnya diumumkan hari ini. Bagi sesetengah calon, ia mungkin menjadi detik yang membanggakan. Namun, tidak dinafikan ada juga yang berasa kecewa atau merasakan keputusan yang diterima tidak seperti yang diharapkan.

    Kalau anda berada dalam situasi itu, penting untuk tahu satu perkara. Keputusan yang anda terima hari ini bukanlah penamat segalanya.

    Malah, anda masih mempunyai peluang untuk menyemak semula keputusan jika merasakan ada kesilapan atau ketidaktepatan dalam pemarkahan.

    Boleh semak semula keputusan SPM?

    Ya, calon dibenarkan untuk memohon semakan semula keputusan peperiksaan. Namun begitu, sebelum membuat keputusan, anda perlu faham bahawa proses ini datang dengan risiko tersendiri. Keputusan selepas semakan boleh:

    • Kekal seperti sedia ada
    • Berubah kepada lebih baik

    Jadi, buat pertimbangan dengan teliti sebelum meneruskan permohonan.

    Jangan terlepas tempoh permohonan semak semula

    Permohonan semakan semula biasanya dibuka selama 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan. Untuk calon SPM 2025, tempoh semakan semula dibuka bermula 31 Mac 2026 sehingga 30 April 2026.

    Ini bermakna, jika anda serius ingin membuat semakan, jangan tunggu terlalu lama atau buat keputusan secara terburu-buru dalam emosi.

    Ambil masa sehari dua untuk bertenang, nilai semula keputusan anda dan berbincang dengan guru atau ibu bapa.

    Cara mohon semakan semula keputusan

    Permohonan dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui portal rasmi (https://elp.moe.gov.my/auth/login) atau aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (e-LP).

    Langkah asas:

    • Daftar akaun (jika belum pernah guna e-LP)
    • Pilih menu ‘Semak Semula’
    • Buat bayaran RM100 bagi setiap subjek
    • Gunakan menu ‘Semak Status’ untuk pantau keputusan permohonan

    Apa jadi lepas semakan dibuat?

    Ada dua kemungkinan utama:

    1. Keputusan kekal

    Tiada perubahan. Jadi, slip asal masih digunakan untuk semua urusan.

    1. Keputusan berubah

    Bagi calon sekolah, hubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk dapatkan slip keputusan terkini. 

    Manakala bagi calon persendirian pula, anda boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan slip keputusan baharu.

    Bagaimana pula dengan kes ‘T’?

    Kes ‘T’ merujuk kepada calon yang tidak hadir peperiksaan.

    Permohonan juga dibuat melalui portal atau aplikasi e-LP dengan bayaran RM100 bagi setiap subjek. Namun, bayaran ini akan dipulangkan jika keputusan berubah selepas semakan.

    Hari ini mungkin terasa berat, terutama jika keputusan tidak seperti yang diharapkan. Tapi penting untuk ingat, satu keputusan peperiksaan tidak menentukan keseluruhan masa depan anda.

    Semakan semula hanyalah satu pilihan. Ada banyak lagi laluan lain yang boleh anda pertimbangkan selepas ini.

    Paling penting, jangan bertindak secara tergesa-gesa. Fahami pilihan yang ada dan buat keputusan dengan kepala yang tenang. – RELEVAN

    Previous ArticleLepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan
    Next Article Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.