Facebook Twitter
    Trending
    • Elok untuk bersenam pada waktu malam?
    • Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elok untuk bersenam pada waktu malam?

      April 20, 2026

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    By AMAL HAYATI FAUZIMarch 7, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang. - GAMBAR HIASAN KECERDASAN BUATAN (AI)

    KITA tidak akan tahu bila sesuatu krisis besar boleh berlaku. Peperangan atau gangguan keselamatan boleh tercetus secara tiba-tiba dan memaksa orang ramai meninggalkan rutin harian mereka dalam tempoh singkat.

    Menerusi pengalaman seorang warga Ukraine di Threads yang pernah melalui detik cemas ketika negaranya bergolak akibat peperangan, ramai antara mereka tidak sempat membuat persediaan awal. 

    Namun, bagi mereka yang sudah mempunyai pelan kecemasan dan bekalan asas didapati lebih bersedia menghadapi situasi sukar. Berikut ialah lima perkara penting yang wajar disediakan lebih awal sekiranya berlaku sebarang darurat.

    1. Dokumen dan identiti penting

    Antara perkara pertama yang wajar diselamatkan ialah dokumen peribadi kerana ia menentukan identiti serta hak seseorang untuk mendapatkan bantuan kerajaan, perlindungan atau proses pemindahan.

    Antara dokumen yang wajar disimpan ialah:

    • Kad pengenalan atau pasport
    • Sijil kelahiran anak
    • Sijil nikah
    • Salinan geran rumah atau kenderaan
    • Insurans

    Selain salinan fizikal, sebaiknya simpan salinan berbentuk digital dalam telefon dan pemacu USB bagi mengelakkan kehilangan jika dokumen asal rosak atau tertinggal.

    1. Wang tunai kecemasan

    Ketika konflik berlaku, bersedia dengan situasi di mana mesin ATM dan sistem perbankan tidak dapat berfungsi.

    Oleh sebab itu, simpanan wang tunai kecemasan perlu ada di tangan untuk kegunaan di saat getir. Gunakan pecahan kecil seperti RM10, RM20 atau RM50.

    Sekiranya sistem kewangan terganggu, wang tunai sering menjadi alat pembayaran mudah untuk sementara waktu.

    1. Bekalan asas untuk dua minggu

    Dalam keadaan krisis, rantaian bekalan makanan dan logistik boleh terjejas. Kedai mungkin kehabisan stok atau sukar diakses.

    Oleh itu, amat disarankan untuk menyimpan bekalan asas sekurang-kurangnya satu hingga dua minggu. Antara keperluan yang boleh disediakan termasuk:

    • Air minuman bersih
    • Makanan kering seperti biskut, oat, kurma dan makanan dalam tin
    • Lampu suluh
    • Bateri atau pengecas mudah alih
    • Lilin dan mancis
    • Radio kecil
    1. Pelan kecemasan keluarga

    Antara perkara yang boleh dirancang lebih awal:

    • Lokasi pertemuan jika ahli keluarga terpisah
    • Senarai nombor telefon kecemasan
    • Siapa yang akan mengambil anak jika berlaku kecemasan
    • Laluan keluar dari bandar atau kawasan kediaman jika perlu berpindah
    1. Kit pertolongan cemas dan ubat

    Dalam sebarang bentuk darurat atau bencana, hospital dan klinik bakal mengalami kesesakan. Oleh itu, setiap keluarga digalakkan mempunyai kit pertolongan cemas asas di rumah. Antara yang boleh disimpan ialah:

    • Kit pertolongan cemas
    • Ubat demam
    • Ubat gastrik
    • Stok ubat penyakit kronik untuk satu hingga dua bulan

    Persediaan ini boleh membantu menguruskan masalah kesihatan ringan sementara mendapatkan rawatan lanjut. – RELEVAN

    Previous ArticleRasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    Next Article Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    Artikel berkaitan

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026
    Artikel Terkini

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.