Zahra Mohamad Zhahir

KEMURUNGAN selepas bersalin atau postpartum depression (PPD) merupakan satu penyakit mental yang berlaku terhadap wanita selepas melahirkan anak.  Ia merupakan satu komplikasi yang sangat lazim. Statistik dari NHS United Kingdom (UK) mendapati satu daripada 10 wanita mengalami PPD.  Menurut manual DSM-5, PPD adalah perubahan dari segi fizikal, emosi dan tingkah laku wanita selepas melahirkan anak. Ia bermula empat minggu selepas bersalin.  Wanita yang mengalami PPD sukar mengawal emosi. Mereka mungkin akan menangis tanpa sebab atau dihantui rasa bersalah secara tiba-tiba.  Gangguan emosi tersebut boleh menyebabkan ibu mengalami masalah untuk menjaga bayi dengan baik. Dalam kes yang serius, ibu yang mengalami…

Read More

KECURANGAN adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap pasangan. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu perkara yang luar biasa. Lagipun, kecurangan berlaku setiap masa kepada hampir setiap orang yang kita kenal, sama ada artis terkenal, rakan sejawat ataupun ahli keluarga sendiri. Artis popular, Brat Pitt pernah mencurangi bekas isterinya, Jennifer Aniston dengan Angelina Jolie. Menurut laporan tabloid, Pitt jatuh cinta dengan Jolie ketika merakam filem Mr. & Mrs. Smith. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak kekal lama. Pitt dan Jolie berkahwin selama dua tahun sebelum bercerai pada 2016. Menurut kajian yang dimuatkan dalam jurnal Personality and Individual Differences, kecurangan adalah satu fenomena merentas zaman yang…

Read More

Sybil Kathigasu merupakan seorang jururawat berhati waja yang kisahnya jarang sekali disebut.  Beliau merupakan satu-satunya wanita dari Tanah Melayu yang menerima Pingat George atas keberaniannya menentang tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.   Beliau dan suaminya, Dr. Abdon Clement Kathigasu pernah membuka sebuah klinik kecil di Ipoh, Perak sebelum melarikan diri ke pekan Papan. Di sana, Dr. A.C. Kathigasu dipandang tinggi oleh rakyat setempat sehingga diberikan nama julukan dalam Hakka, You Loy-De. Duduk di rumah bernombor 74, Sybil mendengar siaran berita dari BBC setiap hari. Disebabkan Sybil boleh bertutur dalam bahasa Kantonis dengan fasih, secara senyap beliau telah membekalkan ubat-ubatan, rawatan…

Read More

Khatijah Sidek merupakan tokoh radikal dalam lipatan sejarah UMNO. Beliau merupakan tokoh wanita yang berani menyuarakan isu berkenaan hak, kedudukan serta kesamarataan wanita walaupun pada ketika itu politik negara hampir sepenuhnya dikuasai golongan lelaki.  Dibesarkan dalam budaya yang mengamalkan adat perpatih, Khatijah enggan berdiam diri melihat suara wanita dilenyapkan dalam arena politik negara. Beliau berpendapat, kaum ibu mempunyai peranan tersendiri bagi memerdekakan negara daripada cengkaman penjajah.  Perjuangan Khatijah dalam menyuarakan suara wanita ternyata tidak sia-sia setelah beliau diberi kepercayaan oleh Tuanku Abdul Rahman untuk memegang jawatan Ketua Penerangan Kaum Ibu UMNO.  Dedikasinya jelas. Sewaktu memegang jawatan tersebut, beliau sanggup berbasikal,…

Read More

Terusan Wan Muhammad Saman (juga dikenali dengan nama Terusan Wan Mat Saman) merupakan satu tinggalan bersejarah buat rakyat Kedah. Terusan yang dikorek pada abad ke-19 itu adalah antara projek terbesar cetusan idea Wan Muhammad Saman yang digali sepenuhnya menggunakan kudrat manusia.  Bagaimanapun, pembinaan terusan bukanlah satu perkara yang baharu bagi penduduk Kedah yang pada waktu itu banyak mengusahakan tanaman padi.  Pada zaman pemerintahan Sultan Rijaludin Mohammed Shah (1625 – 1651), terusan pertama di Kedah telah dibina dari Kayang, Perlis sehingga ke Anak Bukit. Selepas itu, dua buah terusan kecil dikorek dari Mergong ke Pumpong dan dari Alor Janggus ke Sungai…

Read More

Pekerja di Australia kini boleh mengabaikan sebarang panggilan, e-mel atau mesej dari majikan sekiranya ia diterima di luar masa bekerja.  Difahamkan, undang-undang tersebut tidak menghalang majikan daripada menghantar sebarang mesej atau membuat panggilan. Namun, ia melindungi pekerja yang mengambil keputusan untuk tidak memberi sebarang respon terhadap permintaan majikan, terutamanya selepas waktu bekerja atau pada hari cuti.  Undang-undang yang telah diluluskan pada Februari lalu itu mula berkuat kuasa pada 26 Ogos 2024 bagi semua syarikat. Bagi firma kecil dengan pekerja kurang daripada 15 orang, ia berkuat kuasa pada tarikh sama tahun hadapan. Menurut Presiden Majlis Kesatuan Sekerja Australia, Michele O’Neil, amalan…

Read More

PADA sekitar tahun 1950-an, satu penyakit misteri telah menggemparkan penduduk di bandar Minamata, Jepun. Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun didapati mengalami simptom neurologikal yang sangat pelik. Ketika dibawa ke hospital, badan gadis tersebut tersentak-sentak seperti mengalami sawan. Dalam masa sama, kanak-kanak tersebut juga mengalami kesukaran untuk bercakap dan berjalan. Tidak lama kemudian, tiga lagi pesakit dikejarkan ke hospital setelah mengalami simptom sama. Perkara itu menimbulkan panik dalam kalangan penduduk Minamata yang pada waktu itu percaya bahawa penyakit tersebut boleh berjangkit. Susulan kemunculan penyakit misteri itu, Pusat Kesihatan Awam Minamata telah menubuhkan pasukan khas untuk membuat siasatan lanjut. Mereka mendapati,…

Read More

Tenaga hidro atau tenaga hidroelektrik merupakan tenaga boleh dibaharui yang dijana oleh pergerakan air. Sebenarnya, penggunaan tenaga keupayaan yang terkandung dalam aliran air bukanlah satu perkara yang baharu. Malah, teknologi untuk menukar tenaga tersebut kepada tenaga mekanikal mempunyai sejarah yang sama panjang dengan sejarah pembinaan struktur pengairan. Pada zaman dahulu, masyarakat telah berjaya membina pelbagai struktur yang dapat memudahkan kerja manusia. Salah satu daripadanya adalah kincir air. Kincir air beroperasi dengan menukarkan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik. Apabila kincir berputar, ia turut menggerakkan peralatan atau mesin lain, misalnya batu pengisar atau pam air. Di Mesir Purba, sebuah jenis kincir air…

Read More

KEKURANGAN G6PD (Glukosa-6-fosfat dehidrogenase) merupakan satu penyakit genetik yang berlaku apabila badan tidak mempunyai enzim G6PD yang mencukupi.  G6PD ialah sejenis enzim yang melindungi sel darah merah daripada sebarang anasir luar yang boleh mendatangkan bahaya.  Selain itu, enzim sama juga membantu sel darah merah berfungsi dengan baik. Tanpanya, sel darah merah akan terurai lebih pantas daripada biasa.  Kekurangan enzim G6PD boleh menyebabkan anemia hemolitik. Ia boleh menyebabkan pesakit rasa penat, pening kepala dan mual-mual.  Selain itu, pengambilan sesetengah ubat-ubatan dan makanan juga boleh mencetuskan kekurangan G6PD. Salah satu makanan yang perlu dielakkan oleh mereka yang kurang G6PD ialah kacang parang. …

Read More

PERBANDINGAN ialah pencuri rasa gembira (comparison is the thief of joy). Itu merupakan kata-kata yang pernah diungkapkan Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-26, Theodore Roosevelt Jr. Roosevelt melakar sejarah setelah dilantik sebagai presiden termuda AS pada usia 43 tahun, selepas pembunuhan presiden sebelumnya, William McKinley pada 1901. Usai pelantikannya, Roosevelt berjanji akan menjadi “steward of the people” (pelayan rakyat) dan tidak akan sesekali menyalahgunakan kuasa bagi kepentingan peribadi.  Malah, beliau juga pernah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan setelah menjadi orang tengah yang menjadi penyelesai Perang Jepun-Rusia.  Tidak pasti bila Roosevelt mengutarakan kata-kata tersebut. Carian saya dalam Google juga tidak membuahkan sebarang hasil.…

Read More