Umi Fatehah

PERNAH anda mendengar orang berkata, “Kalau nak berjaya, kena hustle. Kena kerja keras siang malam.” Ayat ini sudah menjadi mantera dalam masyarakat. Ia menggambarkan kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban masa, tenaga dan tidur. Tetapi… sampai bila seseorang harus berfikiran sedemikian? Apabila melihat orang lain menjadikan kesibukan sebagai lambang kejayaan terutama di media sosial – jadual padat, bekerja sehingga lewat malam dan tidak sempat berehat.  Lama-kelamaan, pembaca akan mula mempercayai bahawa ia satu-satunya jalan menuju kejayaan walaupun ia memberi kesan terhadap kesihatan fizikal, mental dan hubungan peribadi. Tekanan bukan lagi perkara biasa Kajian oleh Naluri Hidup mendapati lebih 60…

Read More

KETIKA Tanah Melayu dijajah Jepun semasa Perang Dunia Kedua, kebanyakan rakyat hidup dalam ketakutan. Namun, dalam suasana penuh penderitaan itu, muncul seorang wanita bernama Sybil Kathigasu yang sanggup pertaruhkan nyawanya demi membantu pejuang tanah air.  Beliau bukan sahaja dikenang sebagai seorang jururawat tetapi juga sebagai simbol keberanian dan ketabahan seorang wanita. Dari klinik kecil ke pekan Papan Sybil bersama suaminya, Dr. Abdon Clement Kathigasu, pada asalnya menguruskan sebuah klinik kecil di Ipoh, Perak. Klinik itu menjadi tempat masyarakat setempat mendapatkan rawatan.  Namun, apabila Jepun menduduki Tanah Melayu pada tahun 1941, kehidupan mereka berubah. Untuk terus hidup dan berkhidmat, keluarga ini…

Read More

TREND menggunakan ‘pen kurus’ seperti Ozempic atau semaglutide semakin popular di seluruh dunia, terutamanya selepas ramai selebriti dan pempengaruh berkongsi hasil penurunan berat badan yang drastik. Namun, kajian diterbitkan Journal of the American Medical Association (JAMA) mengesahkan penggunaan ubat ini boleh mendatangkan risiko tertentu khususnya bagi mereka yang menggunakannya semata-mata untuk kurus tanpa masalah kesihatan seperti diabetes. Apa itu GLP-1 Receptor Agonists? Pen kurus seperti Ozempic (semaglutide) dan Saxenda (liraglutide) tergolong dalam kumpulan ubat GLP-1 receptor agonists. Pada asalnya, ubat ini direka untuk membantu pesakit diabetes jenis 2 mengawal paras gula dalam darah. Mekanisme ubat ini melambatkan pengosongan perut, meningkatkan…

Read More

PEMINAT sanggup beratur panjang, tunggu berjam-jam dan ada sanggup untuk bermalam di kaki lima hanya untuk menjadi pembeli terawal patung Labubu, Crybaby dan figura comel lain. Kepada peminat tegar ini, setiap patung yang berjaya dibeli, tidak kira cara mana sekalipun memberi kepuasan tidak terhingga.  Namun, di sebalik keterujaan ini, timbul persoalan pandangan Islam terhadap hobi mengumpul figura berbentuk makhluk bernyawa? Adakah ia dibenarkan atau wajar dibatasi supaya tidak menjejaskan akidah seseorang? Mufti Pulau Pinang, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, dalam Islam, asas hukum berkaitan patung berteraskan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:  لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ…

Read More

RAMAI percaya bekerja keras akan sentiasa membuahkan hasil. Logiknya, kalau kita bekerja dengan baik, ketua kita pasti mengiktiraf dan menghargainya. Realitinya, dunia kerja tidak selalu begitu.  Dalam kesibukan di pejabat dengan timbunan tugasan, pencapaian seseorang boleh tenggelam tanpa disedari. Di sinilah seseorang harus mampu menjual kelebihan diri. Menurut Medium, menjual kelebihan diri bukan bermaksud menunjuk atau riak. Sebaliknya ia usaha untuk menonjolkan sumbangan secara profesional supaya dinilai dengan adil.  Kalau seseorang terlalu pasif, besar kemungkinan orang lain yang lebih pandai bercakap atau “menonjolkan diri” akan mendapat perhatian walaupun hasil kerja mereka tidak semestinya lebih baik. Apa maksud menjual kelebihan diri?…

Read More

SETIAP pelajar tentu mahukan suasana sekolah yang menyeronokkan, selamat dan penuh dengan semangat persahabatan. Namun, kita tidak boleh nafikan bahawa ada juga pelajar yang berdepan dengan masalah buli.  Buli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Bermula dengan diejek kerana rupa atau pakaian, dipulaukan oleh kawan-kawan, diugut untuk memberikan barang malah ada yang sampai ditolak atau dipukul. Semua ini adalah perbuatan yang menyakitkan hati dan menakutkan. Masalahnya, ramai yang masih memilih untuk berdiam diri apabila dibuli. Ada yang takut dibalas dendam oleh pembuli, malu untuk bercerita dan ada juga berfikiran mereka membuat salah hingga perkara itu terjadi.  Hakikatnya, kita tidak bersalah kalau…

Read More

USIA 30 bukan sekadar angka tetapi simbol peralihan ke fasa kehidupan yang penuh dengan keterujaan, disertai tanggungjawab yang semakin besar. Sebelum meniup lilin ulang tahun ke-30, ada baiknya anda memastikan beberapa matlamat kewangan penting sudah dicapai. Ia bukan mengenai siapa paling cepat mengumpul harta atau paling banyak berjaya melabur tetapi tentang bagaimana anda membina asas kewangan yang kukuh sejak awal.  Dengan langkah yang betul, anda akan lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa hadapan, sama ada untuk membeli rumah pertama, memulakan keluarga atau merancang persaraan. Setiap orang mempunyai perjalanan kewangan berbeza. Namun ada lima perkara penting yang boleh dijadikan penanda aras…

Read More

KITA sering mendengar mengenai orang yang mengalami insomnia iaitu masalah sukar tidur pada waktu malam. Tetapi tidak ramai yang mengetahui mengenai satu lagi gangguan tidur yang bertentangan dengan insomnia dan dikenali sebagai hypersomnia.  Menurut WebMD, jika insomnia membuatkan seseorang sukar tidur pada waktu malam, hypersomnia pula menyebabkan seseorang terlalu mengantuk pada waktu siang walaupun mendapat tidur yang mencukupi pada malam sebelumnya. Keadaan ini sering dianggap biasa, seolah-olah ia berpunca dari rasa letih atau tidak cukup rehat. Kakikatnya hypersomnia boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius dan boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang.  Lebih membimbangkan, individu-individu yang mengalaminya tidak sedar…

Read More

HARI pendaftaran universiti bukan sekadar membawa beg pakaian. Bagi kebanyakan pelajar, ia langkah pertama ke dunia yang baharu dalam semua aspek. Semuanya seperti baru. Orang sekeliling, persekitaran, kampus, dewan dan bilik kuliah, cara pembelajaran, kehidupan di asrama dan sehingga makan minum. Seseorang memulakan kehidupan baru dengan tanggungjawab yang digalas untuk meraih sekeping penghargaan yang akan menjadi tiket kepada kerjaya pada masa depan. Apa yang paling nyata, ia masa seseorang akan berdikari, mengurus masa, emosi dan kehidupan bersendirian. Jadi, apa yang perlu dilakukan sebelum melangkah masuk ke alam kampus terutama dengan semua tawaran universiti kerajaan telah diumumkan? 1. Urus dokumen penting…

Read More

KEPUTUSAN permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program Sarjana Muda sesi akademik 2025/2026 untuk lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf akan diumumkan pada hari ini, 5 September. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan memaklumkan, semakan keputusan boleh dibuat bermula 5 September, 12 tengahari hingga 14 September ini menerusi laman sesawang rasmi UPUOnline atau aplikasi mudah alih UPUPocket. Calon yang menerima tawaran perlu membuat pengesahan setuju terima atau menolak tawaran di laman web universiti masing-masing bermula 6 hingga 14 September. “Surat tawaran rasmi hanya akan dikeluarkan oleh universiti selepas calon membuat pengesahan setuju terima dalam…

Read More