BELAKANGAN ini, banyak filem seram yang ditayangkan di pawagam seperti Evil Dead Arise, Sewu Dino, Khazab, The Ghost Station dan pelbagai lagi pilihan di aplikasi penstriman seperti Netflix dan seangkatannya. Babak-babak yang memaparkan darah dan pembunuhan luar biasa yang melibatkan jentera seperti yang ditayangkan dalam filem Saw merupakan antara elemen yang digunakan dalam pembikinan filem seram. Selain itu, sinematografi, kesan bunyi dan lagu juga memainkan peranan penting untuk menimbulkan rasa seram, gementar dan ketakutan. Walaupun ada yang berasa takut dan mengelak daripada menonton cerita-cerita seram, ada juga yang seronok menikmati rasa terkejut dan takut ketika menonton filem sebegitu. Tidak salah…
Umi Fatehah
INSURANS ialah produk kewangan yang memberikan ketenangan fikiran dan perlindungan terhadap kerugian, kerosakan atau kecurian. Anda boleh melindungi hampir semua benda dan kebiasaannya sebab utama orang mendapatkan insurans adalah bagi melindungi orang tersayang dan harta. Contohnya, anda menginsuranskan rumah, kereta dan telefon. Anda juga boleh melindungi kesihatan dan juga boleh menginsuranskan nyawa agar diri dan ahli keluarga akan terjaga jika sesuatu perkara buruk seperti kemalangan berlaku. Rata-rata ramai yang mempunyai kesedaran untuk membeli insurans tetapi tidak cukup pengetahuan dalam pembelian insurans yang sesuai. Berikut, Relevan senaraikan tiga perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli insurans menurut perkongsian daripada penulis blog…
ADAKAH anda, ahli keluarga atau kenalan mempunyai masalah sukar untuk membuang barang yang sudah tidak digunakan? Ia boleh menjadi pakaian lama, beg kertas beli belah mahupun bekas makanan. Barang-barang tersebut akhirnya disimpan, dikumpul sehingga menjadi longgokan yang memakan ruang di rumah. Keadaan ini dipanggil sebagai hoarding atau tabiat mengumpul. Ia mungkin tidak mendatangkan apa-apa masalah, tetapi sekiranya ia menjadi keterlaluan, itu sudah menjadi salah satu simptom kecelaruan (disorder) sehingga mengganggu rutin kehidupan seharian diri sendiri dan juga orang sekeliling. Orang yang mengalami masalah kecelaruan tabiat mengumpul mungkin tidak melihatnya sebagai masalah, jadi usaha untuk memujuk mereka menjadi lebih baik dan…
JIKA diimbas kembali, pembentangan Belanjawan 2023 yang dilakukan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu ada menyentuh beberapa perkara berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Salah satunya ialah mengenai penangguhan bayaran balik PTPTN. Inisiatif ini dilakukan bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan. Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam dengan beberapa syarat. Permohonan penangguhan ini juga sudah boleh dibuat mulai 1 Mac sehingga 30 Jun 2023. Kelulusan pula hanya diberikan sekali sahaja. Syarat kelayakan memohon penangguhan bayaran balik PTPTN Peminjam yang dalam tempoh membayar balik. Peminjam yang mempunyai…
GABUNGAN E-Hailing Malaysia (GEM) Wilayah Utara menggesa kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah harga tambang e-hailing di negara ini. Pengerusinya, Zabidi Bahador berkata beberapa syarikat besar industri e-hailing bersaing sesama sendiri untuk menarik pengguna dengan berlumba-lumba menurunkan harga tambang tanpa memikirkan kos-kos tanggungan semasa pemandu. “Persaingan dan perang harga antara syarikat penyedia e-hailing dalam negara menyebabkan pemandu menjadi mangsa apabila harga tambang diturunkan tanpa mengira kos yang perlu ditanggung mereka. “Hal ini menyebabkan perolehan keuntungan (profit margin) pemandu semakin mengecil. Keadaan ini memberi kelebihan kepada syarikat penyedia e-hailing untuk memanipulasi dan menindas pemandu jika kawal selia…
SETELAH 30 hari berpuasa pada bulan Ramadan dan disambut dengan penuh berkat, kini sudah sampai giliran bulan Syawal pula untuk disambut sebagai kemenangan setelah berjaya berpuasa dan beribadah. Namun begitu, pasti ada yang tidak dapat berpuasa penuh pada bulan Ramadan yang lalu atas faktor seperti haid, nifas atau musafir. Hari-hari yang tidak berpuasa itu pula perlu diganti atau dibayar fidyah. Artikel Relevan sebelum ini ada menjelaskan panduan qada’ dan cara kiraan bayaran fidyah puasa. Bagi artikel kali ini pula, Relevan akan menjelaskan lebih lanjut mengenai adakah perlu segera menggantikan puasa. Menurut Mufti Wilayah, anda dibolehkan untuk menggantikan puasa pada bila-bila…
HARI Raya Aidilfitri yang disambut setahun sekali merupakan peluang terbaik untuk kita semua mengeratkan hubungan kekeluargaan dan juga meraikan bersama sahabat handai dengan budaya kunjung-mengunjung. Selain itu, turut dirindui ialah keenakan aneka juadah raya yang pastinya membuatkan sesiapa sahaja tidak menolak untuk menjamahnya walaupun sedang berdiet. Bukan setiap hari kita boleh menikmati keenakan rendang, kuah kacang dan kuih muih hari raya. Oleh itu, sesiapa sahaja tidak mampu menahan godaan untuk menikmati juadah tersebut sehingga ada yang makan berlebihan. Sehubungan itu, pada kali ini Relevan kongsikan tujuh petua untuk kembali menjaga pemakanan selepas terlebih makan ketika hari raya. Minum air panas…
SETIAP tahun, bulan Syawal pasti menjadi bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam bagi meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan nafsu, lapar dan dahaga. Namun begitu, setiap kali bulan Syawal jugalah ramai di antara kita yang terlajak berbelanja sehinggakan terpaksa menggunakan wang simpanan. Ada juga yang terpaksa berhutang kerana mahu kelihatan bergaya. Sebenarnya tidak salah pun untuk beraya dengan perasaan yang gembira, tetapi ia menjadi salah sekiranya berbelanja boros sehingga menggunakan wang simpanan atau wang kecemasan. Tetapi, apakan daya, baju sudah dibeli, duit juga sudah digunakan. Jadi sekarang apa yang perlu dibuat ialah untuk membina semula wang simpanan. Sebelum melakukan…
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat untuk membuat perancangan sewajarnya untuk sambutan Aidilfitri. Menurut beliau, sekiranya 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan itu. Walau bagaimanapun, kata beliau, sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Sabtu, 22 April, maka hari kelepasan am tambahan adalah pada Jumaat, 21 April. Pasti ramai yang di antara kita sudah mula merangka apa yang perlu dibawa pulang ke kampung dan jam berapa mahu bertolak bagi mengelak kesesakan…
TEMPOH hari, seorang pengguna Twitter membuat ciapan berkaitan pesanan untuk orang yang bakal datang beraya di rumah. Menerusi ciapan itu, ramai pengguna Twitter lain berkongsikan pesanan masing-masing. Kebanyakan pesanan yang dikongsikan juga berkaitan dengan adab menziarahi rumah orang untuk beraya. Justeru itu, Relevan himpunkan beberapa pesanan yang dikongsikan oleh pengguna di Twitter buat perhatian orang ramai sebagai peringatan untuk diri kita sendiri. Beritahu awal sebelum datang ke rumah Seperti bulan Ramadan yang disambut selama sebulan, Aidilfitri juga begitu. Kita sering menyebutkan kalam “raya kan sebulan” untuk terus menikmati Aidilfitri dengan meriah. Walaupun Aidilfitri disambut selama sebulan, ia tidak bermakna kita…