Umi Fatehah

DALAM pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, falsafah pendidikan perlu terus diterapkan dalam pendidikan tinggi. Menurutnya, kerajaan akan melakukan beberapa inisiatif agar mutu pendidikan boleh ditingkatkan. Antaranya ialah peningkatan mutu bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menguasai bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris.  Beliau juga menggesa agar universiti-universiti dalam negara pantas memperkenalkan disiplin baharu yang membuka ruang penerokaan pemikiran dan teknologi baharu.  Pimpinan universiti dan para ilmuan pula perlu diberi ruang dan kebebasan untuk menggagaskan pembaharuan ke arah kemantapan dan peningkatan mutu. Bagi merealisasikan matlamat pemerkasaan mutu pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan RM18 bilion untuk 2025 berbanding…

Read More

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 berkata, keutamaan kerajaan kekal untuk memastikan ruangan pembelajaran yang selesa, selamat dan bermakna untuk anak-anak menimba ilmu.  Untuk itu, Kementerian Pendidikan diberi peruntukan tertinggi dalam sejarah, iaitu sebanyak RM64.1 bilion berbanding RM58.7 bilion tahun sebelumnya. “RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara manakala RM1 bilion khusus untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur. “Ia termasuk di sekolah kebangsaan, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas OKU,” jelasnya. Selain itu, dana sebanyak RM1 bilion pula…

Read More

BELANJAWAN 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi yang mampan serta peningkatan taraf hidup rakyat Malaysia.  Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif penting yang disokong oleh beberapa penunjuk prestasi utama (KPI).  KPI itu menjadi panduan utama dalam mengukur sejauh mana keberkesanan belanjawan dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi, sosial dan persekitaran. Berikut merupakan tujuh KPI yang akan menilai keberkesanan Belanjawan 2025. Kedudukan antara 30 ekonomi terbesar dunia Pada 2024, Malaysia berada pada kedudukan ke-36 ekonomi terbesar dunia mengikut penilaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). KDNK negara berada pada paras…

Read More

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa insentif menarik sebagai usaha memelihara rakyat dari sudut kerjaya dalam Belanjawan 2025. Salah satunya, kerajaan bersetuju meneruskan pemberian Elaun Sara Hidup kepada siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Ia malah ditingkatkan kepada RM530 sebulan berbanding RM430 pada tahun sebelumnya. Selain itu, kerajaan turut mengambil berat tentang wanita dan akan meneruskan pemberian insentif untuk menggalakkan kaum wanita kembali bekerja. “Purata wanita memegang jawatan lembaga pengarah dalam 100 syarikat teratas yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah pada kadar 32.2 peratus setakat 10 Oktober. “Meskipun sasaran 30 peratus…

Read More

BELANJAWAN 2025 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim menggariskan beberapa pelan dan inisiatif dari sudut pendidikan untuk masa depan generasi muda rakyat Malaysia. Menurut Anwar, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dimulakan secara permulaan dengan konsep baharu melibatkan peruntukan RM50 juta ringgit kepada Kementerian Pertahanan bagi lepasan kadet sekolah.  Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi beruniform lain turut terlibat menjayakan PLKN 3.0 menggunakan prasarana sedia ada dengan kerjasama Akademi Kenegaraan. Di samping itu, kerajaan cakna dan akan memastikan kebajikan serta pendidikan anak-anak autistik berada pada tahap terbaik. Justeru itu, kerajaan mengambil inisiatif untuk memenuhi kebajikan pendidikan untuk anak-anak…

Read More

BELANJAWAN kali ini menghamparkan usaha dan visi kerajaan berkaitan pendapatan rakyat.  Dalam pembentangan pada 18 Oktober, kerajaan menyatakan bahawa penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa. Untuk itu, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa bermula 1 Februari 2025. Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja.  Umpamanya, gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran dicadangkan pada RM2,290, Jurutera Mekanikal (RM3,380) dan Profesional Pereka Kandungan Kreatif (RM2,985). Selanjutnya, Dasar Gaji Progresif…

Read More

BELANJAWAN 2025 menunjukkan kerajaan mendengar dan mengambil maklum rungutan tentang kos sara hidup yang disuarakan rakyat. Lantaran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang tertinggi pernah diberikan kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat. “Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas.  “Kerajaan juga akan meneruskan pelaksanaan Payung Rahmah pada tahun hadapan dengan peruntukan RM300 juta berbanding RM200 juta pada tahun sebelumnya,” katanya. Dalam pada itu, Jualan Rahmah akan diperkukuh bagi menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap bulan. …

Read More

PERSATUAN Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) meraikan ulang tahunnya yang ke-7 seiring dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia di Sime Darby Convention Center pada 15 Oktober. Pengasas dan presiden MIASA, Anita Abu Bakar berkata organisasi kecil itu telah menjadi salah satu peneraju utama dalam kesedaran dan advokasi kesihatan mental di Malaysia. “Perjuangan kami bukan hanya untuk memberikan sokongan kepada individu yang bergelut dengan masalah kesihatan mental tetapi juga memecahkan stigma yang selama ini menyelubungi isu kesihatan mental di Malaysia. “Namun, stigma mengenai isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat dan tempat kerja masih wujud,” katanya. Perjuang hak bekerja dan kesihatan mental…

Read More

DALAM beberapa tahun kebelakangan ini, berlaku perubahan ketara dalam cara orang membelanjakan wang.  Daripada melabur dalam barangan material seperti peralatan baharu, pakaian atau hiasan rumah, semakin ramai memilih untuk menggunakan wang hasil titik peluh mereka bagi mengumpul pengalaman dan mencipta memori. Sama ada melancong ke destinasi impian, menghadiri konsert atau festival, atau menikmati hidangan mewah (fine dining), ramai yang kini tidak lagi menumpu kepada mengumpul harta benda. Fenomena ini – dikenali sebagai Ekonomi Pengalaman – secara asasnya mengubah perspektif kita tentang nilai dan makna kehidupan yang memuaskan. Namun, apa yang mendorong peralihan ini? Apakah implikasi kewangan, emosi dan jangka panjang…

Read More

DALAM era kecerdasan buatan (AI) yang semakin maju, pakar menjangkakan bahawa teknologi akan mengambil alih kebanyakan pekerjaan manusia. Setiap hari, kita lihat mesin menjadi semakin canggih hingga mampu menganalisis data yang rumit dan menjalankan tugas dengan pantas. Namun, di sebalik kebimbangan tentang masa depan pekerjaan manusia, ada satu perkara yang sering dilupakan: soft skills atau kemahiran insaniah ialah aset berharga yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana robot. Hanya manusia yang mampu memiliki dan menguasai kemahiran insaniah. Walaupun AI boleh melakukan banyak perkara dengan kecekapan luar biasa, kemahiran insaniah seperti komunikasi, empati dan kreativiti tetap menjadi tunjang utama di tempat kerja.…

Read More