Umi Fatehah

HARI ini sudah 26 Jun 2024. Pasti ramai yang sudah menerima gaji. Sudah selesaikan semua komitmen seperti sewa rumah, bulanan kereta, yuran dan sebagainya? Jangan lupa juga untuk masukkan sejumlah daripada gaji dalam simpanan.  Baik, sekarang ada berapa baki gaji yang tinggal? Kebiasaannya, anda pasti membelanjakan baki tersebut untuk membeli-belah barangan kehendak, bukan? Apa kata bulan ini kita cuba lakukan cabaran 30 hari tanpa beli-belah.  Jangan panik, cabaran ini termaktub kepada hal-hal kehendak sahaja. Kalau ada item keperluan yang perlu dibeli, silakan.  Sejak akhir-akhir ini, barang-barang keperluan dan kehendak semakin mahal. Disebabkan itu, ramai yang sedang cuba untuk kurangkan perbelanjaan. …

Read More

ADA rancangan nak pergi healing di sungai hujung minggu nanti? Sekali sekala, seronok juga buat aktiviti bersatu dengan alam.  Setelah bekerja di hadapan komputer dari pagi hingga lewat petang, ada baiknya cuci mata dan otak dengan melihat kehijauan pokok dan berendam dalam air sungai yang dingin.  Sebelum itu, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian.  Dulu, orang-orang tua selalu berpesan supaya elakkan pergi ke sungai dan air terjun ketika musim hujan atau selepas hujan. Ini kerana kepala air mudah berlaku di kawasan-kawasan seperti itu. Tambahan pula cuaca kita sekarang tidak boleh diagak, mula-mula panas tapi tidak lama selepas itu,…

Read More

KEHILANGAN haiwan peliharaan ibarat kehilangan sebahagian daripada jiwa kita. Mereka bukan sekadar haiwan tetapi sudah menjadi keluarga. Makan, tidur, bahagia dan sedih semuanya mereka ada di sisi. Walaupun kadang-kadang menjengkelkan dan duit gaji habis beli makanan dan pasir, mereka tetap setia.  Sakitnya kehilangan haiwan peliharaan yang juga ahli keluarga ini boleh menyebabkan kemurungan. Perasaan ini sering disalah erti dan diambil remeh oleh orang yang tidak ada haiwan peliharaan. Hanya yang pernah atau sedang mengalaminya sahaja boleh faham. Adalah wajar untuk berasa sedih, terkejut dan marah selepas kehilangan haiwan kesayangan. Cara mengalami dan menghayati perasaan sedih juga berbeza bagi setiap orang. …

Read More

“DIE for arts!” jerit Sadiq Saufi kepada isterinya, Nina.  Dialog itu bukan hanya diucap sebagai skrip teater Persiapan Seorang Aktor arahan Dr. Syahrul Musa. Ia perasaan yang raw, vulnerable dan hidup dalam diri hampir semua pejuang teater independen.  Sadiq yang dimainkan Aloy Paradoks terlalu obses dengan seni lakonnya sehingga hidup menjadi semakin susah dan menyedihkan. Dia terlalu asyik mendalami watak Hamlet yang malang dan sering ditimpa ujian. Minat Sadiq terhadap teater dan penggunaan lakonan berkaedah (method acting) sedikit sebanyak mengganggu kehidupan seharian dan isterinya perlu memainkan peranan penting untuk membantunya menjalani kehidupan.  Isterinya, Nina yang dimainkan Fazleena Hishamuddin tanpa lelah…

Read More

SEDANG dilema mahu pilih kerjaya yang sesuai dengan minat atau yang menawarkan gaji tinggi? Pastinya ramai mengalami situasi yang sama. Setiap orang mempunyai minat yang berbeza. Kalau pilih kerjaya berdasarkan minat, kita kerja dengan rasa seronok. Produktiviti juga boleh meningkat kerana tugasan yang diterima bersesuaian dengan minat.  Pilih kerjaya berdasarkan gaji pula, ia bermakna anda akan memilih kerjaya yang menawarkan ganjaran lumayan walaupun kurang bersesuaian dengan minat.  Dilema antara minat dengan gaji ini normal. Bergantung kepada situasi dan taraf kehidupan, mungkin ada beberapa faktor perlu ditimbang sebelum memilih laluan kerjaya yang bersesuaian. Berikut, Relevan kompilasikan panduan yang dikongsi oleh Indeed…

Read More

DIET yang sihat memerlukan lemak yang mencukupi. Diet dengan pengambilan lemak yang tidak mencukupi boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan.  Pakar pemakanan juga mengesyorkan supaya peratusan tenaga daripada lemak tidak melebihi 10 peratus. Kalau berlebihan juga tak bagus. Permintaan global untuk lemak boleh makan (edible fats) telah meningkat sekitar tiga peratus setiap tahun, didorong pertumbuhan populasi dan perubahan diet orang ramai.  Mereka yang berpendapatan rendah sebelum ini cenderung untuk kurang makan lemak kerana mereka tidak mampu; harga lemak, umumnya, lebih mahal.  Apabila minyak sawit memasuki perdagangan global lemak boleh makan sekitar 1980-an, keadaan mula berubah. Lebih ramai orang miskin mampu meningkatkan…

Read More

PADA 17 Jun ini, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Peristiwa setiap 10 Zulhijjah itu biasanya disambut dengan ibadah korban yang sunat dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah ini dilaksanakan oleh umat Islam bagi mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Sehingga ke hari ini, umat Islam akan mengorbankan binatang sembelihan seperti lembu, kambing atau unta pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Walaupun telah menjadi amalan lazim, satu perkara ini pasti menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat: bolehkah menggunakan daging…

Read More

DALAM budaya masyarakat kita, membeli dan memiliki kereta sendiri ibarat satu perkara yang melambangkan status diri. Disebabkan itu, ramai yang membeli kereta mahal-mahal atau tidak setaraf dengan gaji hanya untuk bermegah diri. Ramai anak muda di Malaysia jatuh muflis atas faktor beli kereta dan tidak mampu membayar semula pinjaman.  Kereta itu satu keperluan tetapi kereta yang mewah itu hanya kehendak. Anda hanya perlukan ‘alat’ untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.  Jadi, untuk mengelak daripada jatuh muflis kerana salah pilih kereta, berikut Relevan kongsikan cara pengiraan untuk membeli kereta yang bersesuaian dengan tangga gaji berdasarkan perkongsian Agensi…

Read More

PIHAK Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia (PBKD) meluluskan Vaksin Denggi Qdenga untuk pencegahan demam denggi yang kini boleh didapati di kebanyakan hospital dan klinik swasta di seluruh negara. Pengeluar vaksin berkenaan, Takeda Malaysia berkata vaksin tersebut adalah untuk demam yang berpunca daripada kesemua empat serotip virus denggi. Jelas mereka, vaksin tersebut sesuai untuk individu berusia empat tahun dan ke atas. “Pencegahan denggi yang efektif memerlukan pelbagai pendekatan. Kebolehdapatan Qdenga adalah tambahan yang penting kepada strategi pencegahan dan pengurusan denggi secara bersepadu di Malaysia pada masa ini.  “Kami komited untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pakar kesihatan bagi memastikan ketercapaian Qdenga…

Read More

MEMBELI kereta pertama sebagai graduan baharu mempunyai beberapa pandangan yang bercanggah. Ada yang kata tidak perlu lagi dan ada juga yang berkata tidak ada salahnya. Sebenarnya, ia terpulang kepada sama ada kereta itu menjadi keperluan atau tidak. Apabila graduan sudah mula bekerja, pasti ada yang buntu memikirkan kenderaan untuk perjalanan ulang-alik ke tempat kerja. Kalau tempat kediaman berdekatan dengan pengangkutan awam, mungkin anda masih belum memerlukan kereta. Atau bagi yang menetap bersama keluarga, ada yang boleh menghantar dan menjemput. Bagi kedua-dua situasi ini, anda masih belum memerlukan kereta sendiri. Tetapi, sekiranya rumah jauh dari pengangkutan awam dan tidak ada orang…

Read More