Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Benih Penyelesaian: Memahami isu kualiti dan pembekalan benih padi (Bahagian 1)

    Benih Penyelesaian: Memahami isu kualiti dan pembekalan benih padi (Bahagian 1)

    By NURFITRI AMIR MUHAMMAD dan FATIMAH MOHAMED ARSHADJune 12, 2023Updated:June 12, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WALAUPUN monopoli diberikan kepada beberapa pembekal, petani masih menerima benih yang buruk, berhampas malah ada yang sudah ada bubuk. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BENIH, apa jua jenis, tanaman mahupun atau perilaku sosial, adalah permulaan kepada segala-segalanya. 

    Benih padi akan menentukan hasil tuai, lantas pengeluaran padi dan beras. Pengeluaran padi dan beras bukan sahaja menentukan pendapatan petani malahan keterjaminan makanan negara.

    Bayangkan jika benih ini kosong tanpa isi. Kesemua rantaian kesan tadi akan terjejas, kecuali pembekal benih yang meraih untung atas kealpaan dan kehalobaan. 

    Keluhan petani kita ke atas benih padi kosong dan tidak bermutu yang dibekalkan oleh segelintir pembekal lantikan  kerajaan mengundang rasionalisasi ke atas perilaku yang tidak bertanggungjawab ini. 

    Pokoknya, mengapakah kerajaan memandang enteng kepada isu benih kepada petani? Benih kealpaan ini akan membuahkan kerugian besar kepada petani, keterjaminan makanan dan akan terus melemahkan industri yang sudah lama parah ini. 

    Industri beras kita kian lumpuh tetapi di negara lain seperti Vietnam dan Thailand, industrinya terus maju menerajui pasaran beras dunia. Maju mundur, semuanya bermula daripada benih. 

    Keterlibatan petani

    Di kedua negara tersebut, koperasi dan petani turut terlibat dalam agihan baja dan input. 

    Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) telah mencadangkan pasaran benih dibuka supaya ia lebih bersaing untuk menggalakkan pengeluaran benih berkualiti dan dijual pada paras harga persaingan. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Memahami jaminan bekalan makanan dan kedaulatan makanan 

    Menurut PeSAWAH, ia perlu dibuka kepada petani, pengusaha, koperasi serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). 

    Petani terutamanya adalah pengeluar benih yang berpengalaman kerana mereka berhadapan dengan pokok padi seharian selama bertahun-tahun. Sekilas padi dipandang, mereka tahu sihat-sakit pokok padi itu. 

    Maka memang tepat supaya petani dibenarkan menjadi pembekal padi selain peserta yang bukan petani. 

    Niagakan kualiti padi

    Impak positif jika petani dibenarkan menjadi pembekal adalah: 

    • menggalakkan petani berusaha menjadi pembekal padi yang terbaik 
    • menyuburkan inovasi varieti padi
    • dapat membekalkan secara cekap kepada jiran-jiran atau rakan-rakan sedekat maka mengurangkan kos mencari benih
    • merancakkan industri benih padi menjadi dinamik dan bertumbuh daripada hanya 11 pembekal yang ada sekarang ini. 

    Cuma, ekosistem pemutuan yang cekap menggunakan peranti digital perlu dicipta untuk memudahcarakan proses ini. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Petani Bukan Pemalas: Menyelami dilema pembekal makanan utama negara

    Pesawah menunjukkan kematangan berbanding dengan penggubal polisi kita. Mereka tahu faedah persaingan, iaitu menggalakkan inovasi dan kualiti, menyediakan pilihan kepada pesawah, ketersediaan bekalan lebih terjamin dan kedua-dua pihak pembekal serta petani akan saling mengawasi antara satu dengan lain. 

    Oleh itu, jika pembekal menawarkan kualiti yang buruk, petani akan beralih kepada pembekal yang lain. Dalam jangka masa panjang, apabila “kualiti padi” yang diperniagakan, maka industri benih menjadi dinamik dan sangat bermutu. 

    Hakikat benih berbubuk

    Landasan hujah membataskan bilangan pembekal benih adalah untuk memastikan kualiti benih. Dengan melantik beberapa pembekal yang ditanggap berpengalaman, maka dijangka benih yang dibekalkan adalah berkualiti setelah ia mematuhi standard Skim Pengesahan Benih Padi Jabatan Pertanian. 

    Setelah diluluskan, benih padi tersebut akan dibungkus di kilang oleh syarikat pengeluar menggunakan beg khas yang dinamakan sebagai ‘beg biru’ oleh petani. Beg biru ini mestilah mempunyai peratus percambahan minimum sebanyak 85 peratus. 

    Benih padi ini dinamakan sebagai benih padi sah yang dijual pada harga kawalan RM35 satu beg (20 kilogram). Untuk setiap beg yang dihasilkan, syarikat pengeluar boleh menuntut subsidi daripada kerajaan sebanyak Rm20.60. 

    Namun hakikatnya, petani masih lagi mendapat benih yang buruk, berhampas malah ada yang sudah ada bubuk (kutu beras).

    Pihak penguatkuasa selalu menyalahkan petani kononnya tidak berhati-hati ketika membeli dan membeli benih padi lama. 

    Namun, soalan sebenar seharusnya ditanya kepada pihak pengeluar yang sudah mendapat keistimewaan monopoli ini. Mengapa mereka tidak memastikan hanya benih berkualiti yang dijual oleh ejen-ejen mereka? 

    Kes ini tidak berhenti pada hal kualiti sahaja, malah petani juga merungut bahawa mereka sering kali dipaksa membeli benih padi dengan harga yang lebih tinggi kerana bekalan benih tidak mencukupi sedangkan jadual pengaliran air sudah bermula.

    Kadangkala, mereka terpaksa memulakan tanaman padi lewat kerana varieti benih padi yang mereka mahukan tidak kunjung tiba. 

    Memantau kualiti adalah mudah dengan syarat teknologi dan ekosistem pemantauan disediakan dengan cekap. Namun apa yang dapat dilihat ketika ini, ekosistem pemantauan lemah malah syarikat juga tidak mahu melabur dalam penggunaan teknologi. – RELEVANy

    Benih Penyelesaian ialah siri artikel yang ditulis oleh Felo Laboratori Kajian Polisi Pertanian dan Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Fatimah Mohamed Arshad dan Ketua Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM), NurFitri Amir Muhammad. Siri artikel ini membincangkan masalah dan penyelesaian isu benih padi di Malaysia. Nantikan bahagian kedua artikel ini di Relevan.

    Previous ArticleSherpa hero di pergunungan tinggi, ada kelebihan genetik
    Next Article Benih Penyelesaian: Memahami isu kualiti dan pembekalan benih padi (Bahagian 2)

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.