Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Masakan berminyak Khairul Aming dan misi kurus

    Masakan berminyak Khairul Aming dan misi kurus

    By April 6, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KHAIRUL AMING banyak berkongsikan video masakan yang memberi inspirasi kepada ramai orang.- Kredit foto: Instagram Khairul Aming

    SETIAP kali tiba Ramadan, video masakan daripada figura seperti Khairul Aming antara yang dinanti-nantikan.

    Mana tidaknya, ia secara tidak langsung membantu suri rumah mendapatkan idea memasak juadah berbuka puasa selama 30 hari.

    “Hari-hari masak, buntu juga cari idea masakan. Nasib baik ada video masakan Khairul Aming.”

    Itu antara luahan yang kerap kali didengar dalam kalangan ibu-ibu mahupun orang bujang ketika berbicara mengenai masakan juadah berbuka.

    Dengan teknik suntingan video yang menarik dan resipi-resipi yang menyelerakan telah melonjakkan nama Khairul Aming di platform media sosial sehingga menerima ratusan ribu tanda suka.

    Namun, di sebalik populariti yang diraih, baru-baru ini Khairul Aming menerima komen kurang enak yang mengatakan masakannya itu kurang sihat dan banyak minyak, dikhuatiri boleh merudumkan kesihatan negara.

    Tidak melatah dengan kritikan tersebut, Khairul Aming berkata, jika dia kurangkan minyak atau menggantikan bahan lain untuk masakan, ia akan menjejaskan keaslian rasa dan pastinya tidak sedap. Nanti kalau tidak sedap, orang akan marah pula.

    Jelasnya, dia menunjukkan realiti cara masakan sebenar makanan yang disediakan di kedai. Kita tidak sedar sebab tidak memasaknya sendiri.

    Khairul Aming berkata, selepas melihat resipi yang ditunjukkan itu terpulang kepada individu itu sendiri untuk mengurangkan atau menukar kepada bahan lebih sihat.

    Dia bersetuju bahawa kesihatan itu nombor satu. Oleh itu, dia berusaha untuk menurunkan berat badan.

    Empat bulan lalu beratnya adalah 113 kilogram (kg) dengan tinggi 184 sentimeter (cm) manakala Jisim Indeks Tubuh (BMI) juga kategori obesiti. Kini dia telah berjaya menurunkan 13kg.

    Dua tahun lepas dia buat journey Aming nak sihat, memang menjadi sihat dan kurus, tetapi lepas itu berat naik lebih tinggi sebelum mula diet dahulu.

    Sebabnya, dia membenci makanan tempatan, hanya makan makanan sihat, rebus dan tanpa minyak sehingga menjadi sengsara dan tertekan kerana tidak boleh makan makanan sekeliling kita.

    Menyedari perubahan itu, dia menukar cara makan secara sihat, tetapi pada sama enjoy diri dengan makanan Malaysia yang sedap. Cuma kawal kuantiti dan akhirnya berjaya menurunkan berat badan.

    Perkara ini menyedarkan kita bahawa tidak salah jika mahu makan yang enak-enak, tetapi perlulah berpada-pada dan kawal kuantiti.

    Begitu juga, proses menurunkan berat badan hendaklah dijalani dengan seronok dan bukannya tertekan serta menolak nikmat makanan Malaysia yang sangat sedap. Bagi mereka yang hendak menurunkan berat badan, ambil peluang berpuasa di bulan Ramadan.

    Pun begitu, jangan pula kita iftar berlebihan, makan yang banyak ketika moreh dan sahur. Jaga kuantiti pengambilan makanan supaya misi kurus berjaya. Bolehlah bergaya dengan badan yang lebih langsing hari raya nanti.- RELEVAN

    Previous ArticleDiplomasi panda: Seekor duta yang kerjanya makan, tidur dan berguling sepanjang hari
    Next Article 106,000 orang di Malaysia dijangka jalani dialisis pada 2040

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.