Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    By AMAL HAYATI FAUZIDecember 17, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang. GAMBAR HIASAN UTUSAN

    SETIAP kali hujung tahun, sekolah pasti sibuk dengan penganjuran hari kecemerlangan. Ia merupakan majlis tradisi yang diadakan untuk meraikan usaha dan kejayaan pelajar sepanjang tahun. Suasananya meriah dengan kehadiran ahli keluarga, guru dan rakan seperjuangan demi merayakan pelajar yang menerima pengiktirafan.

    Namun di sebalik sorakan kegirangan menyelubungi majlis, ada wajah-wajah yang mengimpikan perasaan sama apabila dipanggil nama untuk naik ke pentas menerima anugerah. Hakikatnya, bukan semua mempunyai tuah untuk merasai detik emas itu. Bagaimanapun, tiada anugerah bukan bererti gagal buat selamanya. 

    Bak kata legenda dunia, mendiang Nelson Mandela pernah berkata, “Saya tidak gagal. Saya hanya menang atau belajar”. Kiasan ini bermaksud, tiada istilah kegagalan, sebaliknya anggap tahun ini sebagai batu loncatan untuk memperbaiki diri dan penguat semangat. Siapa tahu tahun-tahun akan datang bakal menjadi milik anda?

    PELBAGAI BENTUK ANUGERAH DIBERIKAN PARA PELAJAR

    Di kebanyakan sekolah, hari kecemerlangan tidak lagi berpandukan pencapaian akademik semata-mata. Penghargaan turut diberikan dalam pelbagai kategori termasuk anugerah sahsiah terpuji, kepimpinan, kehadiran penuh dan penglibatan aktif seperti tokoh kokurikulum.

    Sekolah mula melihat bakat dan tidak hanya mengukur dari markah peperiksaan semata-mata. Ini kerana, terdapat pelajar yang mungkin kurang dari segi akademik walaupun sudah bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran. Dalam pada itu, mereka mempunyai kelebihan lain seperti aktif bersukan atau wakil sekolah untuk pelbagai pertandingan.

    Setiap individu pasti mempunyai kelebihan dan bakat tersendiri. Dengan adanya pelbagai kategori ini membuktikan bahawa setiap pelajar boleh mencungkil bakat yang ada supaya impian naik ke atas pentas sekurang-kurangnya sekali seumur hidup tercapai.

    MASIH BOLEH BERJAYA WALAU TANPA ANUGERAH

    Belum pernah menerima sebarang anugerah di sekolah tidak menentukan nilai atau harga diri seseorang. Buktinya, ramai individu hebat tidak pernah berdiri di atas pentas ketika zaman persekolahan, tetapi langsung berjaya melakar nama setelah melangkah ke menara gading atau bidang kerjaya masing-masing. Oleh itu, tanamkan dalam diri satu azam untuk terus berusaha dan tidak putus asa demi membuktikan impian anda juga boleh menjadi kenyataan. Seperti kata pepatah Melayu, “genggam bara api, biar sampai jadi arang”.

    AMBIL PENGAJARAN DARI TAHUN INI

    Sudah hampir masuk tahun baru, ambil peluang untuk cermin diri sendiri dan perbaiki kelemahan dan kekurangan yang anda belajar dari tahun ini. Jika keputusan peperiksaan tidak seperti yang diharapkan, berkemungkinan besar anda perlu kenali teknik pembelajaran yang sesuai. 

    Kadangkala, disipilin diri seperti pengurusan masa dan ulang kaji pelajaran secara konsisten juga memainkan peranan. Refleksi diri penting untuk lebih mengenali diri agar dapat bina strategi lebih efektif pada tahun akan datang.

    Gunakan pengalaman tahun ini sebagai langkah permulaan mengatur semula matlamat baharu. Tetapkan hasrat yang realistik dan berusaha lebih tekun. Sokongan daripada ibu bapa, guru dan rakan turut memainkan peranan untuk anda lebih bersemangat.

    REZEKI TIDAK PERNAH SALAH ALAMAT

    Setiap individu mempunyai perjalanan tersendiri. Oleh itu, jangan kecewa terlalu awal kerana rezeki pasti tertulis tepat pada waktunya nanti. Waktu ini merupakan masa terbaik untuk bina tabiat positif iaitu berusaha secara berterusan dan bersungguh-sungguh dalam apa jua keadaan.

    Mungkin terselit perasaan iri dengan rakan yang dipanggil nama semasa hari kecemerlangan. Penting untuk tidak membandingkan diri dengan orang lain kerana ia hanya akan membuat kita berasa lebih kecil. Sebaliknya, titipkan rasa bangga dan jadikan sebagai inspirasi untuk menjadi lebih baik.

    Percaya bahawa setiap usaha dilakukan dengan ikhlas tidak akan pernah sia-sia. Kunci untuk kejayaan sememangnya memerlukan kesabaran dan usaha yang tinggi. Harus diingat masa anda juga akan tiba, kerana rezeki tidak pernah salah alamat.

    Previous Article7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    Next Article Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.