Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

    Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

    By Umi FatehahOctober 6, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta. - GAMBAR HIASAN TR N TOAN/UNSPLASH

    CUACA Malaysia yang panas meningkatkan keperluan kita terhadap air. Setiap kali keluar rumah, pasti kebanyakan masa kita ada botol air di tangan atau dalam kereta. Bagaimanapun botol air yang dibiarkan berjam-jam atau berhari-hari dalam kereta yang suhunya panas tidak semestinya sihat untuk diminum.

    Plastik dan haba – bukan pasangan ideal 

    Kita perlu tahu jenis plastik yang digunakan. Sebahagian besar botol air komersial diperbuat daripada PET (polyethylene terephthalate) iaitu bahan yang ringan, kukuh dan direka untuk kegunaan sekali sahaja. 

    Ia selamat pada suhu bilik tetapi tidak lagi apabila terdedah kepada haba tinggi seperti dalam kereta yang berjemur di bawah matahari.

    Suhu dalam kereta boleh meningkat dengan cepat. Mungkin, dalam masa 30 minit ia boleh melebihi 60°C hingga 70°C. 

    Pada tahap suhu tersebut, struktur kimia plastik mula terurai sedikit demi sedikit dan melepaskan bahan kimia tertentu ke dalam air. 

    Antara bahan yang dikenal pasti termasuk antimoni dan bisphenol A (BPA) – dua bahan yang sering dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.

    Bagaimana bahan kimia ini boleh menjejaskan tubuh

    Walaupun jumlah bahan kimia yang dilepaskan mungkin kecil, ia tetap membawa kesan apabila terdedah berulang kali dalam jangka masa panjang.

    BPA, contohnya, dikenali sebagai pengganggu endokrin boleh meniru hormon semula jadi dalam badan dan mengacau keseimbangan sistem hormon manusia. Kesan jangka panjang termasuklah:

    • Gangguan fungsi hormon dan kesuburan
    • Risiko obesiti dan diabetes
    • Ganggu perkembangan janin dan kanak-kanak
    • Peningkatan risiko kanser payudara dan prostat

    Sementara itu, antimoni, sejenis logam berat boleh menjejaskan hati dan paru-paru jika termakan dalam kuantiti tinggi. 

    Walaupun botol plastik tidak akan serta-merta menjadi racun apabila dipanaskan, gabungan pendedahan berulang dan suhu tinggi boleh meningkatkan risiko jangka panjang.

    Beberapa kajian antarabangsa telah meneliti fenomena ini. Kajian University of Florida mendapati bahawa apabila botol plastik dibiarkan di dalam kereta panas selama beberapa hari, jumlah bahan kimia yang dilepaskan meningkat selaras dengan suhu dan tempoh pendedahan.

    Sementara itu, laporan dalam Environmental Pollution Journal menunjukkan bahawa suhu sekitar 70°C mempercepatkan pelepasan bahan toksik seperti antimoni ke dalam air walaupun parasnya masih di bawah tahap berbahaya yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

    Namun, penyelidik mengingatkan kesan jangka panjang tidak boleh diabaikan terutamanya bagi individu yang sering mengulangi amalan tersebut.

    Tanda-tanda air tidak lagi sesuai diminum

    Walaupun tidak semua perubahan dapat dilihat dengan mata kasar, ada beberapa tanda yang boleh anda perhatikan:

    • Air terasa pelik atau berbeza berbanding biasa.
    • Botol berubah bentuk akibat haba (menjadi lebih lembut atau kecut).
    • Terdapat bau plastik yang ketara apabila dibuka.
    • Botol sudah lama, calar atau kabur pada permukaannya.

    Jika anda mendapati salah satu tanda ini, sebaiknya jangan minum air dari botol berkenaan. 

    Berikut beberapa cara mudah untuk kekal selamat dan terhidrat:

    • Gunakan botol bukan plastik – Pilih botol keluli tahan karat (stainless steel) atau kaca yang tidak bertindak balas dengan haba.
    • Simpan di tempat teduh – Jika perlu tinggalkan air dalam kereta, letakkan di bawah tempat duduk atau dalam beg berpenebat haba.
    • Elak penggunaan semula botol sekali guna – Botol jenis ini direka untuk kegunaan sementara bukan untuk diisi berulang kali.
    • Pastikan label “BPA-free” jika tetap mahu guna botol plastik.
    • Tukar botol secara berkala – Jangan tunggu sampai retak atau berubah warna.

    Meneguk air dari botol yang tertinggal dalam kereta mungkin nampak seperti perkara kecil, tetapi ia sebenarnya melibatkan reaksi kimia yang halus dan berpotensi berbahaya.

    Walaupun anda tidak akan jatuh sakit serta-merta, risiko kesihatan jangka panjang tidak boleh diambil ringan. – RELEVAN

    air botol featured kereta kesihatan minum

    Artikel berkaitan

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.