Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berapa jauh ranggi Loloq boleh pergi?

    Berapa jauh ranggi Loloq boleh pergi?

    By August 2, 20247 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HASMI HASHIM (kiri) bersama Takahara Suiko. - GAMBAR KU SYAFIQ/RELEVAN

    LOLOQ cakap pada Hasmi Hashim, lama dulu, yang kalau dia letak semua liriknya atas meja, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan runtuh. 

    Saya syak, bukan hanya DBP akan runtuh. Persatuan sastera, syarikat surat khabar, kedai buku, dewan konsert, semuanya roboh menyembah tanah apabila dipersembahkan koleksi lirik Loloq yang lengkap.

    Sebab saya perasan dalam forum itu, apabila dipisah-pisahkan lirik Loloq, susah juga nak cari yang betul-betul boleh buat pecah kepala. 

    Hasmi memetik lirik Bila Bulan Berwarna Biru nyanyian Arab dan Aidit. Hafiz Hamzah mencelah, “perumpamaan sebegitu biasa dibuat penulis sajak, apa yang istimewanya?” Betul juga.

    “Asalnya / Memang dulu aku tak percaya / Sehingga aku jumpa Sakinah / Cinta boleh mencair segala / Biar keras bagai teras buana”. 

    Puitis, berlapis makna, dua baris terakhir merupakan renungan yang dalam tentang dunia tapi tidaklah sampai pecah kepala.

    “Tak tersedar menyeresapi / Ke pusar keinsanan / Membibitkan titis-titis / Sepekat warna darah dan dosa”.

    Lebih puitis, kalau mahu difalsafahkan boleh difalsafahkan, penggunaan metafora dan simile yang langka. Tapi masih, kepala tak pecah. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Kewartawanan muzik: Kontang, mati atau kita saja yang sudah putus harap?

    Tapi jika dikumpulkan semua lirik Loloq dan melihatnya sebagai sebuah pancaran pemikiran, ketika itu otak kita meledak dari dalam, kranium terpecah dan daging bersepai ke lantai.

    Kita boleh cari bermacam kelemahan (yang ada kalanya remeh) pada lirik-lirik Loloq secara tunggal sebab mungkin ia tidak sepatutnya dilihat sebegitu. Karya Loloq ialah pancaran pemikirannya. 

    Koleksi liriknya seperti sebuah buku puisi yang tebal. Buku itu yang lebih mustahak dinilai, bukan lirik-liriknya secara tunggal.

    Menjadi muda, banyak tanya

    Saya menahan diri untuk menyampaikan pandangan sebab saya bukan panel. Cukuplah bertanya soalan.

    Tak salah untuk penonton mengemukakan pandangan dalam forum, malah digalakkan. Tapi saya nak bina disiplin untuk tidak bercakap kalau orang tak tanya. 

    Lebih penting lagi, saya juga mahu latih diri untuk lebih banyak mencari soalan berbanding jawapan. Saya perasan, apabila membaca dan jumpa hal-hal menarik, saya teruja mahu cerita pada orang atau menulis pandangan. 

    Umur saya baru 31 tahun. Belum tua. Orang muda patut lebih banyak bertanya daripada  tergesa memberi pandangan.

    Jadi, sepanjang forum, saya mendengar dan dua kali bertanya. Satu, saya tanya Takahara Suiko. Bagi dia, apa yang Loloq ada yang penulis generasinya tak ada? Taka cakap, rangkaian dan kesempatan berkarya untuk orang.

    Taka generasi “indie”, semua barang buat sendiri. Ada kelebihannya yang tersendiri tetapi peluang melebarkan bakat itu yang kurang.

    ARTIKEL BERKAITAN: Keistimewaan lirik dan peribadi Loloq 

    Kedua, waktu M. Nasir akhirnya mahu buka mulut pada hujung acara, saya berani-berani julurkan kepala dan tanya, kenapa Balada Seorang Teman lebih ketuhanan berbanding peribadi?

    M. Nasir senyum-senyum kemudian Hasmi mencelah. M. Nasir bukan panelis jadi dia tak perlu jawab, lebih kurang begitu celahnya. Ada benda yang Hasmi tahu yang saya tak tahu. Tak apa, saya suka jadi naif dalam acara sebegitu. Orang muda perlu naif dan banyak tanya.

    Cerita peribadi, wujud nurbisa

    Forum yang saya maksudkan di atas bertajuk Ranggi Rangga Ranggu: Angkat Bicara Liriknya Loloq yang diadakan pada 31 Julai di Kedai Buku Riwayat, Jalan Tun H.S. Lee. 

    Panelisnya penulis lirik Awan Nano yang orang pernah kata akan ganti Loloq, Hasmi Hashim atau nama penanya Buddhi Hekayat serta penyanyi-pencipta dan pendepan kugiran The Venopian Solitude, Takahara Suiko. Moderatornya, provokator budiman yang terlalu berbudi malam itu, Hafiz Hamzah.

    ANTARA penonton forum Ranggi Rangga Ranggu: Angkat Bicara Liriknya Loloq. – GAMBAR KU SYAFIQ/RELEVAN

    Ramai yang datang malam itu. Riwayat penuh dari depan sampai belakang. Saya nak beralih untuk ambil gambar pun susah.

    Oh ya, Datuk M. Nasir juga hadir bersama isteri, Datin Marlia Musa dan anak mereka, Suci Musalmah yang baru bergraduasi. 

    Sedikit catatan: rasanya hanya empat penonton dapat duduk kerusi ada sandar malam itu, iaitu M. Nasir, Marlia, Suci dan saya. Saya dapat sebab tuan kerusi keluar pada awal acara. Bila masuk balik orang dah ramai, dia berdiri saja di belakang.

    Forum malam itu tidak berlangsung seperti yang Hasmi mahu. Lebih banyak perbincangan tentang peribadi Loloq berbanding karyanya.

    Hasmi tak perlu jadi idealis. Ulasan karya Loloq – baik betul atau menyeleweng – sudah banyak boleh dibaca. Apabila ada acara tentang Loloq, hampir pasti, orang mahu dengar kisah yang belum didengar.

    Loloq baca buku apa? Waktu bersembang dia bagaimana? Siapa kawan-kawannya? Dia suka minum air apa?

    Orang lebih suka korek cerita peribadi sosok besar macam Loloq. Mahu tak mahu, Hasmi perlu perah memori dan memainkan semula kenangan sepanjang mereka berkawan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Maksud lirik Nur Nilam Sari, bukan lagu untuk arwah isteri pertama M. Nasir

    Hasmi memang kawan rapat Loloq walaupun rapatnya itu hanya pada 10 tahun terakhir usia arwah. Dia naik teksi sekali, beli pen sekali, bekerja sekali, buat macam-macam hal sekali. 

    Sebab itu, kehadiran Taka penting. Saya berani jamin, Taka bukan pemuja Loloq. Mungkin ada gaya penulisan Loloq yang dicedok tapi itu secara tak sengaja, bukan sebab dia mengidolakan Loloq. Taka datang bawa perspektif yang jauh, menyeimbang perspektif dekat Hasmi.

    Kalau perspektif dekat Hasmi itu bisa, Taka jadi nurbisa.

    Mendung lirik, epitome bertakhta

    Malique buat lapangan hip hop Malaysia mendung selama lima tahun. Dari terbit album OK (2008) sampai Joe Flizzow mencerahkan langit dengan album Havoc (2013).

    Maksudnya, Malique datang dengan gaya penulisan lirik hip hop yang sangat tinggi piawainya. Penyanyi rap lain susah nak menyerlah sebab tak mampu menulis macam Malique.

    Album Havoc oleh Joe Flizzow datang dengan pengisytiharan, lagu rap boleh jadi lebih santai dan tak perlu intelektual sangat. Lapangan hip hop jadi makin subur selepas 2013.

    Apa yang Malique buat selama lima tahun, Loloq buat selama kira-kira 40 tahun. Dan kiraannya belum berhenti. Entah berapa lama lagi mendung paksaan lapangan penulisan lirik Malaysia akan berlangsung.

    M. Nasir dalam rancangan Di Sebalik Lagu mengiktiraf S. Amin Shahab sebagai pemula gaya penulisan lirik mendalam dan berlapis makna. Loloq mungkin terkemudian tapi dia yang paling menyerlah.

    ARTIKEL BERKAITAN: Belajar dari lirik 10 lagu yang tak menang AJL 

    Gaya penulisan itu menamatkan dominasi gaya galau bersastera 1980-an yang dipelopori nama-nama seperti Habsah Hassan, Juwie, Zaihasra dan lain-lain. Gaya S. Amin dan Loloq lebih lebar tema, ranggi dan bersahaja tapi mendalam.

    Itu epitome lirik Melayu. Letaknya di puncak, menggapai kayangan. Sampai sekarang takhtanya belum terusik.

    Selepas gaya itu, hanya ada satu gaya lirik yang menyerlah pada pemerhatian saya, iaitu gaya renyam yang dipelopori pemuzik alternatif seperti Radhi OAG, Fathullah Luqman Yusuf, Mohd. Jayzuan dan Aidil Rusli (Couple). Tapi capaiannya tak jauh, maka belum dapat sentuh takhta gaya Loloq.

    Legasi ranggi, gentayang haruman

    Berbalik kepada karya Loloq sebagai sebuah pancaran pemikiran. Saya fikir, itu haluan ulasan karya Loloq yang perlu diusahakan selepas ini. Dah banyak ulasan pekat tafsir tasawuf pada lirik-lirik tunggalnya, kita perlu bergerak pada perbincangan lain.

    Hasmi mencetuskan nama Sekolah Pemikiran Luncai untuk melihat lirik-lirik gaya Loloq sebagai satu kumpulan karya. Lebih penting lagi, peranan unsur ranggi (rugged) yang ada pada Loloq dan rakan-rakan di sekelilingnya (M. Nasir, Nasir Jani dan sesiapa lagi yang dirasakan sesuai).

    M. NASIR tak jawab soalan saya malam itu. – GAMBAR KU SYAFIQ/RELEVAN

    Dan ranggi menjadi persoalan terbesar malam itu, baik dalam atau luar forum. Siapa penyambung legasi ranggi Loloq? Sejauh mana ranggi Loloq boleh terus hidup melangkaui usia jasadnya?

    Saya ada jawapan tetapi ia tidak muktamad. Belum difikir habis, sekadar lintasan fikiran yang bertahan lama.

    Saya fikir, ranggi Loloq akan terus hidup bergentayang selagi karyanya diambil peduli. Selagi orang bercakap, selagi orang takjub malah selagi orang taasub, rangginya wujud macam gas, macam haruman, belum berjasad.

    Jasadnya nanti lahir apabila ada orang yang cukup faham tentang rangginya Loloq. Dari lantai falsafah hingga kayangan potensinya.

    Cuma, ranggi Loloq mungkin akan terjelma dalam bentuk yang berbeza. Mungkin kita sukar nak terima. 

    Malah, saya semacam yakin, legasi ranggi Loloq akan disambung bukan dalam jalur muzik. – RELEVAN

    Previous ArticleTerlalu banyak sangat wang sampai tak tahu nak buat apa?
    Next Article Memilih waktu terbaik untuk bersenam

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.