Facebook Twitter
    Trending
    • Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba
    • Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru
    • Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?
    • Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan
    • Pantau glukosa walaupun ketika beraya
    • Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini
    • Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya
    • 3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026

      3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

      March 19, 2026

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026
    • Kewangan

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026
    • Pendidikan

      Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

      March 25, 2026

      Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

      March 24, 2026

      Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

      March 23, 2026

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

    Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

    By AMAL HAYATI FAUZIMarch 25, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba. - GAMBAR HIASAN CANVA

    CUACA panas yang melanda negara ketika ini boleh memberi kesan serius terhadap kesihatan. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), keadaan panas ketika ini berpotensi mencetuskan pelbagai penyakit berkaitan haba, daripada simptom ringan hingga keadaan yang boleh mengancam nyawa.

    Antara tanda awal yang sering dialami termasuk sakit kepala, keletihan, kurang fokus, pening, kekejangan otot serta rasa loya. 

    Jika tidak ditangani dengan segera, keadaan ini boleh menjadi lebih serius seperti masalah dehidrasi sehingga menyebabkan pitam atau hilang kesedaran diri.

    Golongan berisiko perlu lebih berjaga-jaga

    Suhu tinggi memberi risiko lebih besar kepada golongan tertentu seperti warga emas, kanak-kanak serta individu yang mempunyai penyakit sedia ada. 

    Bagi mereka yang tidak biasa dengan cuaca panas juga lebih mudah terdedah kepada masalah seperti keletihan haba (heat exhaustion) dan strok haba (heat stroke).

    Cara lindungi diri daripada keletihan dan strok haba

    Menerusi perkongsian oleh Hospital Pantai, berikut ialah amalan yang boleh membantu melindungi diri ketika cuaca panas:

    1. Kekal hidrasi
      Banyakkan minum air dalam sehari. Cecair yang mencukupi membantu badan mengawal suhu demi mengelak dari terkena strok haba.
    2. Pakai baju dengan fabrik bersesuaian
      Gunakan pakaian berwarna cerah, longgar dan ringan bagi membantu aliran pengudaraan pada badan.
    1. Elakkan aktiviti berat ketika cuaca panas
      Hadkan aktiviti fizikal pada waktu tengah hari. Sebaiknya, lakukan aktiviti pada awal pagi atau lewat petang kerana suhu cuacanya lebih rendah.
    2. Luangkan masa di tempat yang teduh
      Jika perlu melakukan aktiviti di luar, pastikan anda kerap berehat di kawasan berbumbung atau berhawa dingin.
    3. Guna pelindung matahari
      Lindungi kulit daripada sinaran matahari dengan pelindung matahari (sunscreen) yang mengandungi sekurang-kurangnya SPF 30. Ulang sapuan setiap dua jam.
    4. Saling memantau kesihatan orang tersayang
      Beri perhatian lebih terutamanya kepada kanak-kanak dan warga emas kerana badan mereka lebih sensitif terhadap suhu cuaca. Pastikan mereka berada di persekitaran yang selesa dan tidak terdedah lama kepada haba.
    5. Jangan tinggalkan individu dalam kenderaan
      Elakkan meninggalkan sesiapa di dalam kereta yang diparkir, walaupun untuk tempoh singkat. Ini kerana suhu dalam kenderaan boleh meningkat dengan cepat dan membahayakan nyawa.

    Bertindak segera jika alami simptom

    Sekiranya anda atau individu di sekeliling menunjukkan tanda-tanda strok haba seperti pening melampau, kekeliruan atau pengsan, segera dapatkan bantuan perubatan. Lebih baik cegah sebelum terlambat.

    Cuaca panas mungkin tidak dapat dielakkan, namun dengan langkah pencegahan yang betul, risiko terhadap kesihatan dapat dikurangkan khususnya ketika musim perayaan. Oleh itu, utamakan keselamatan diri dan orang tersayang sepanjang musim panas ini. – RELEVAN

    Previous ArticleIftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    Artikel berkaitan

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    March 25, 2026

    Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

    March 24, 2026

    Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    March 23, 2026

    Pantau glukosa walaupun ketika beraya

    March 23, 2026

    Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

    March 23, 2026

    Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

    March 19, 2026
    Artikel Terkini

    Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

    March 25, 2026

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    March 25, 2026

    Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

    March 24, 2026

    Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    March 23, 2026

    Pantau glukosa walaupun ketika beraya

    March 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.