Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    • Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026
    • Pendidikan

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    By AMAL HAYATI FAUZIFebruary 25, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi. - GAMBAR HIASAN CANVA

    MASIH ada negara yang memiliki sumber asli yang melimpah tetapi tergolong dalam negara termiskin di dunia. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku sedangkan kekayaan alam sepatutnya menjadi pendorong kemakmuran sesebuah negara ?

    Laporan terbaharu oleh Global Finance menyenaraikan negara-negara termiskin dunia bagi tahun 2025 berdasarkan KDNK per kapita, iaitu ukuran yang menilai tahap pendapatan serta kuasa beli rakyat.

    Menurut laporan itu, hasil kekayaan bumi negara tidak dapat dinikmati secara adil oleh rakyat kerana isu rasuah, perang, ekploitasi luar, pentadbiran dan ekonomi lemah.

    Berikut ialah 10 negara termiskin dunia yang sebenarnya kaya dengan hasil bumi mengikut data yang dikumpulkan oleh Global Finance pada tahun 2025.

    1. Sudan Selatan

    • KDNK per kapita: RM2,828
    • Jumlah penduduk: 15.5 juta
    • Sumber hasil bumi: rizab minyak

    Walaupun memiliki rizab minyak yang besar, ketidakstabilan politik menjejaskan pembangunan ekonomi negara ini.

    1. Burundi

    • KDNK per kapita: RM4,011
    • Jumlah penduduk: 13.7 juta
    • Sumber hasil bumi: Mineral dan pertanian

    Ekonomi Burundi banyak bergantung pada sektor pertanian, namun kekangan infrastruktur dan pelaburan mengehadkan pertumbuhan negaranya.

    1. Republik Afrika Tengah

    • KDNK per kapita: RM5,249
    • Jumlah penduduk: 5.2 juta
    • Sumber hasil bumi: Berlian, emas, kayu balak dan pertanian

    Negara ini kaya dengan galian berharga, namun isu konflik bersenjata yang berpanjangan membantutkan kemajuan ekonomi.

    1. Yaman

    • KDNK per kapita: RM6,615
    • Jumlah penduduk: 42 juta
    • Sumber hasil bumi: Minyak

    Perang yang berlarutan di Yaman memberi kesan besar terhadap pengeluaran minyak serta kestabilan ekonomi.

    1. Mozambique

    • KDNK per kapita: RM6,824
    • Jumlah penduduk: 34 juta
    • Sumber hasil bumi: Gas asli dan arang batu

    Mozambique mempunyai potensi besar dalam sektor tenaga terutamanya gas asli. Namun begitu, cabaran pentadbiran dan kemiskinan masih ketara.

    1. Malawi

    • KDNK per kapita: RM7,018
    • Jumlah penduduk: 24 juta
    • Sumber hasil bumi: Pertanian, sumber air, mineral dan tenaga

    Ekonomi Malawi sangat bergantung kepada pertanian, menjadikannya terdedah kepada perubahan iklim.

    1. Republik Demokratik Congo

    • KDNK per kapita: RM7,437
    • Jumlah penduduk: 109 juta
    • Sumber hasil bumi: Rizab mineral, kuasa hidro dan pertanian

    Negara ini antara yang terkaya dengan sumber mineral seperti kobalt dan tembaga. Bagaimanapun, politiknya yang kacau bilau menyebabkan Congo menghadapi pelbagai krisis darurat seperti kebuluran dan penyakit wabak.

    1. Somalia

    • KDNK per kapita: RM7,567
    • Jumlah penduduk: 19 juta
    • Sumber hasil bumi: Rizab minyak, mineral dan tenaga baharu

    Ancaman kedaulatan negara ini menyukarkan pembangunan ekonomi walaupun potensi sumber asli besar.

    1. Liberia

    • KDNK per kapita: RM7,917
    • Jumlah penduduk: 5.6 juta
    • Sumber hasil bumi: Pertanian dan mineral

    Liberia turut memiliki sumber semula jadi yang melimpah, namun kesan sejarah perang masih membelenggu pembangunan negara ini.

    1. Madagascar

    • KDNK per kapita: RM8,063
    • Jumlah penduduk: 32 juta
    • Sumber hasil bumi: Mineral, pertanian, marin dan tenaga

    Walaupun kaya dengan biodiversiti dan sumber mineral, Madagascar berdepan cabaran kemiskinan luar bandar dan infrastruktur terhad. – RELEVAN

    Previous ArticleCara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    Artikel berkaitan

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026

    Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

    February 16, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.