Facebook Twitter
    Trending
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    • Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    By AMAL HAYATI FAUZIFebruary 23, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan. - GAMBAR HIASAN CANVA

    DALAM bulan yang penuh keberkatan ini, terdapat beberapa waktu istimewa yang sangat digalakkan untuk berdoa kepada Allah SWT. Rebutlah peluang ini agar setiap doa yang dipanjatkan lebih hampir untuk dimakbulkan.

    1. Waktu sahur

    Sahur sering dianggap sebagai waktu mengisi perut atau sarapan sebelum memulakan hari dengan berpuasa. 

    Namun sebenarnya, waktu sahur termasuk dalam satu per tiga malam terakhir iaitu waktu mustajab untuk berdoa sesuai dengan suasananya yang tenang dan hening, memudahkan hati untuk lebih khusyuk bermunajat.

    1. Hari Berpuasa

    Setiap detik ketika berpuasa juga termasuk dalam waktu mustajab berdoa. Ini kerana sepanjang hari menahan diri daripada makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa merupakan satu ibadah.

    Tidak kira ketika bekerja, belajar atau berehat, ambil kesempatan untuk panjatkan doa dalam hati atau secara lisan. Jadikan ia sebagai amalan berterusan setiap hari di bulan mulia ini.

    1. Sebelum waktu iftar

    Detik sebelum berbuka puasa merupakan waktu paling mustajab untuk berdoa.

    Sebelum suapan pertama, ambillah beberapa saat untuk berdoa. Mohonlah kebaikan dunia dan akhirat, kerana waktu ini antara saat yang dimakbulkan doa oleh Allah SWT.

    1. Waktu antara azan dan iqamat

    Waktu di antara azan dan iqamat juga merupakan saat istimewa untuk berdoa. Pada ketika ini, doa seorang hamba tidak ditolak.

    Justeru usai sahaja menjawab azan, ambil peluang untuk memanjatkan doa sebelum mendirikan solat.

    1. Ketika bersujud dalam solat

    Sujud merupakan saat paling hampir seorang hamba dengan Penciptanya. Oleh itu, amalkan doa ketika bersujud.

    Namun begitu, doa ketika sujud hendaklah dilakukan mengikut adab dan ketetapan solat. Bagi yang mampu, berdoa dalam bahasa Arab adalah lebih utama. 

    Manakala bagi yang belum mampu melafaz dalam bahasa Arab, berdoa dalam hati tanpa juga sudah memadai demi menjaga kesempurnaan solat.

    1. Hari Jumaat

    Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan merupakan waktu afdal berdoa. Apatah lagi jika ia jatuh dalam bulan Ramadan, kelebihannya menjadi berlipat kali ganda.

    Perbanyakkanlah doa khususnya pada waktu-waktu yang dianjurkan seperti selepas solat Asar hingga sebelum azan Maghrib berkumandang.

    1. Satu per tiga malam terakhir

    Satu per tiga malam terakhir ialah waktu paling utama untuk berdoa, termasuk sepanjang bulan Ramadan. 

    Waktu ini secara umumnya bermula selepas tengah malam hingga sebelum masuk waktu solat Subuh.

    Selain berdoa, inilah masa terbaik untuk menunaikan solat tahajud, berzikir dan bertaubat.

    1. Malam Lailatul Qadar

    Antara keistimewaan terbesar Ramadan ialah kehadiran Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan sebagaimana disebut dalam Surah al-Qadr ayat 3.

    Pada malam yang penuh kemuliaan ini, pintu rahmat dan keampunan dibuka seluas-luasnya dan doa yang dipanjatkan pada malam tersebut sangat besar harapannya untuk dimakbulkan.

    Justeru, tanamkan azam untuk memperbanyakkan doa dan ibadah khususnya pada sepuluh malam terakhir Ramadan agar peluang berharga ini tidak terlepas begitu sahaja. – RELEVAN

    Previous Article10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    Artikel berkaitan

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026
    Artikel Terkini

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.