Facebook Twitter
    Trending
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    • Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    • Pantang larang selepas cabut gigi
    • Elak makanan ini jika sedang haus
    • Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    By AMAL HAYATI FAUZIFebruary 18, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’. - GAMBAR HIASAN KOSMO! / FAIZ ALIF ZUBIR

    Trend “masjid hopping” semakin popular dibicarakan, terutama apabila tibanya Ramadan. Selain beribadah, aktiviti ini memberi peluang untuk menghayati keindahan seni bina serta sejarah Islam di Malaysia. Berikut 10 masjid tercantik yang boleh dimasukkan dalam senarai jelajah anda.

    1. Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan

    Masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan ini sering digelar binaan masjid tercantik di Malaysia. Mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada tahun 2019, ia mampu menampung sehingga lima ribu jemaah dalam satu masa.

    Masjid ini dilengkapi dengan tiga dewan solat, perpustakaan, dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah serta kediaman kakitangan. Keindahan reka bentuknya turut menjadikannya lokasi tumpuan pelawat dari luar negara.

    1. Masjid Putra, Putrajaya

    Antara mercu tanda Putrajaya, masjid ini dinamakan sempena Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Seni bina masjid inspirasi gabungan budaya Timur Tengah dan tradisional Melayu ini siap dibina hampir 30 dekad lalu iaitu pada tahun 1999.

    Lokasi strategik masjid ini yang bersebelahan dengan Dataran Putra dan menghadap Tasik Putrajaya sering menjadi lokasi fotografi kerana kubah merah jambunya yang ikonik.

    1. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

    Terkenal dengan julukan Masjid Negeri Selangor, ia merupakan antara masjid terbesar di Malaysia. Dirasmikan pada tahun 1988, masjid ini popular dengan kubah biru yang besar serta ruang solatnya yang amat luas.

    1. Masjid Cina Melaka, Melaka

    Masjid ini unik dengan seni binanya berunsurkan budaya Cina yang lengkap dengan pagoda dan kaligrafi. Reka bentuknya diinspirasikan daripada masjid-masjid di Beijing, Shanghai dan Xi’an, menjadikannya lokasi yang sangat istimewa untuk dikunjungi.

    1. Masjid Zahir, Kedah

    Terletak di tengah bandar Alor Setar, Masjid Zahir merupakan masjid negeri Kedah yang dibina sejak tahun 1915. Ia terkenal dengan satu kubah utama dan lima kubah kecil berwarna hitam yang melambangkan Rukun Islam.

    Masjid bersejarah ini juga dikenali sebagai Masjid Diraja kerana kedudukannya berhampiran dengan istana.

    1. Masjid Terapung, Pulau Pinang

    Dikenali sebagai Masjid Terapung, ia dibina di atas tiang di kawasan laut Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Ketika air pasang, masjid ini kelihatan seolah-olah terapung di atas air.

    Inspirasi seni bina dari negara Timur Tengah dan tempatan menjadikannya tempat ibadah bagi orang Islam yang tenang dan indah dengan pemandangan laut.

    1. Masjid Kristal, Terengganu

    Kebanggaan negeri Terengganu, Masjid Kristal terkenal dengan binaan kaca dan keluli yang moden. Pantulan cahaya pada struktur kristalnya menjadikan masjid ini memukau pandangan terutama pada waktu malam.

    1. Masjid Muhammadi, Kelantan

    Masjid yang terletak di tengah bandar Kota Bharu ini memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan Islam di negeri Kelantan.

    Digelar “Masjid Besar” oleh penduduk tempatan, ia menjadi pusat pengajian agama dan melahirkan ramai tokoh ulama terkenal.

    1. Masjid Lapan Kubah, Terengganu

    Masjid ini tersohor dengan panggilan “Masjid Russia” kerana reka bentuknya yang berwarna-warni dan mirip bangunan di Moscow. Keunikan lapan kubahnya menjadikan ia antara masjid paling fotogenik di kawasan Pantai Timur.

    1. Masjid Sultan Iskandar, Johor

    Terletak di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru, masjid ini dinamakan sempena Almarhum Sultan Iskandar Johor. Reka bentuknya yang moden dan elegan menjadikannya antara masjid baharu yang menjadi tumpuan di selatan tanah air. – RELEVAN

    Previous ArticleMasih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar

    Artikel berkaitan

    Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar

    February 18, 2026

    Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

    February 16, 2026

    Pantang larang selepas cabut gigi

    February 16, 2026

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026
    Artikel Terkini

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026

    Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar

    February 18, 2026

    Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

    February 16, 2026

    Pantang larang selepas cabut gigi

    February 16, 2026

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.