TELEFON pintar ibarat teman karib dan menjadi sebahagian daripada kehidupan. Manusia hari ini tidak boleh lagi hidup tanpa alat elektronik ini. Malah ada yang menyatakan, telefon pintar dan capaian Internet adalah ciptaan yang merevolusikan dunia seperti kereta dan kapal terbang.
Bagaimanapun masalah dengan alat ini, jangka hayatnya tidak panjang jika tidak dijaga dengan betul. berikut ialah punca yang diam-diam makan bateri telefon.
- Mod getaran untuk notifikasi
Telefon juga ‘letih’ seperti manusia. Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan di EverydayPhone, David Steele, notifikasi bergetar sentiasa membuat telefon bekerja lebih keras. Seperti manusia telefon juga perlu berehat untuk mengelakkan ‘burnout’.
- Anda mempunyai aplikasi ini dalam telefon
Aplikasi yang paling banyak memakan bateri termasuk Snapchat, Google Maps, Netflix dan Facebook. Kajian The Guardian menunjukkan, membuang aplikasi Facebook dari telefon boleh menjimatkan sehingga 20 peratus hayat bateri.
- Skrin telefon terlalu terang
Mencerahkan skrin telefon pintar pada tahap tertinggi boleh menyebabkan bateri tidak tahan lama. Pasang mod “adaptive brightness” (kecerahan sesuai) atau turunkan kecerahan ke tahap paling rendah serta kurangkan masa skrin menyala untuk menjimatkan tenaga.
- Tabiat letak telefon di bawah bantal
Meletakkan telefon di bawah bantal ketika tidur boleh memendekkan hayat telefon kerana haba terkumpul. Jika telefon dicas atau mempunyai kecacatan, ia juga boleh menjadi risiko kebakaran.
- Telefon masih dicas walaupun bateri sudah penuh
Mengecas telefon walaupun bateri penuh boleh merosakkan bateri akibat haba tinggi. Masalah ini lebih memudaratkan jika menggunakan kabel tiruan atau berkualiti rendah.
- Aplikasi lokasi dan media sosial selalu aktif
Aplikasi seperti Google Maps atau Facebook sentiasa mengakses lokasi dan data sehingga bateri cepat berkurang. Mematikan fungsi lokasi bila tidak diperlukan boleh menjimatkan tenaga telefon anda. -RELEVAN


