Facebook Twitter
    Trending
    • 6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia
    • Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?
    • Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026
    • Kewangan

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026
    • Pendidikan

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    By Umi FatehahJanuary 15, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    RAMBUT beruban sering dikaitkan dengan proses penuaan yang berlaku secara semula jadi. Ia menjadi peringatan usia semakin meningkat dan tubuh tidak sekuat dahulu.

    Menurut laporan The Conversation, penyelidikan saintifik terkini mendapati rambut beruban mungkin disebabkan pelbagai faktor termasuk stres dan faktor usia.

    Laporan itu juga menyatakan perubahan menjadi petunjuk tubuh sedang melakukan tindakan perlindungan semula jadi untuk mencegah kanser.

    Apa kaitan rambut beruban dengan kanser?

    Kajian ke atas tikus memberi gambaran menarik tentang bagaimana tubuh menguruskan kerosakan sel – satu proses yang memainkan peranan besar dalam penuaan dan kanser.

    Dalam proses penuaan, kerosakan sel terjadi secara perlahan, menyebabkan fungsi sel menjadi lemah dan tidak stabil. Dalam kes kanser, sel yang rosak dan tidak diperbaiki boleh membiak secara tidak terkawal lalu membentuk tumor.

    Apa yang mengejutkan, kajian ini mendapati kehilangan warna rambut mungkin berkait rapat dengan cara tubuh menyingkirkan sel berisiko sebelum ia menjadi kanser.

    Peranan sel stem penghasil pigmen

    Dalam folikel rambut kita terdapat sel khas dikenali sebagai sel stem melanosit. Sel inilah yang bertindak sebagai tempat penyimpanan kepada sel penghasil pigmen (melanosit) yang memberi warna kepada rambut dan kulit.

    Dalam keadaan normal, sel stem akan melalui kitaran aktif, rehat dan pembaharuan, selari dengan kitaran pertumbuhan rambut. Proses ini memastikan bekalan pigmen sentiasa mencukupi dan rambut kekal berwarna sepanjang tempoh muda dan dewasa.

    Namun, setiap hari sel-sel dalam tubuh kita terdedah kepada pelbagai bentuk kerosakan DNA sama ada akibat sinaran ultraviolet, bahan kimia atau hasil sampingan metabolisme badan sendiri. Kerosakan inilah yang meningkatkan risiko penuaan dan kanser seperti melanoma (kanser kulit).

    Bila DNA rosak, sel “mengorbankan diri”

    Menurut kajian yang dilaporkan oleh The Conversation, apabila sel stem melanosit mengalami kerosakan DNA serius khususnya kerosakan jenis double-strand break, sel ini akan melalui proses yang dinamakan seno-differentiation.

    Secara ringkas, sel stem tersebut berhenti menjadi “sel simpanan” dan berubah menjadi sel pigmen biasa, lalu tidak lagi terlibat dalam proses pembaharuan rambut. Apabila simpanan sel stem ini berkurang, rambut yang tumbuh selepas itu kehilangan pigmen dan mula menjadi kelabu atau putih.

    Menariknya, proses ini bukan kegagalan tubuh tetapi satu langkah keselamatan. Dengan menyingkirkan sel yang berpotensi membawa mutasi berbahaya, tubuh mengurangkan risiko sel tersebut berubah menjadi sel kanser.

    Dalam erti kata lain, setiap helai rambut beruban boleh dianggap sebagai pengorbanan kecil demi melindungi tubuh secara keseluruhan.

    Bila mekanisme ini gagal, risiko melanoma meningkat

    Namun, cerita ini tidak semudah itu. Kajian tersebut juga mendapati bahawa tidak semua kerosakan DNA mencetuskan proses perlindungan.

    Apabila sel stem melanosit terdedah kepada bahan kimia penyebab kanser atau sinaran UV yang kuat, sel-sel ini kadangkala tidak menjalani seno-differentiation.

    Sebaliknya, isyarat daripada persekitaran sekeliling menggalakkan sel rosak itu terus membiak dan memperbaharui diri walaupun membawa kerosakan genetik.

    Keadaan ini mewujudkan persekitaran berisiko tinggi untuk pembentukan melanoma. Para saintis menyifatkan situasi ini sebagai nasib bertentangan iaitu sel yang sama berpotensi melindungi tubuh (dengan menyebabkan rambut beruban) atau membuka laluan kepada kanser, bergantung kepada keadaan dan isyarat molekul di sekelilingnya.

    Rambut beruban bukan pelindung tetapi petunjuk

    Perlu diingat rambut beruban bukanlah perisai yang melindungi seseorang daripada kanser. Sebaliknya, ia adalah kesan sampingan kepada mekanisme perlindungan sel yang sedang berfungsi dengan baik.

    Sebaliknya, apabila mekanisme kawalan ini gagal atau dimanipulasi oleh karsinogen, sel rosak boleh terus hidup dan akhirnya mencetuskan kanser. Ini juga membantu menjelaskan mengapa risiko kanser meningkat seiring pertambahan usia.

    Walaupun penemuan ini menarik, The Conversation menegaskan kajian ini masih berasaskan eksperimen ke atas tikus. Penyelidikan lanjut terhadap manusia diperlukan untuk memastikan sama ada sel stem melanosit manusia bertindak dengan cara yang sama.

    Perbezaan biologi antara spesies, gaya hidup manusia dan faktor genetik menjadikan gambaran sebenar lebih kompleks dan berlapis.

    Penemuan ini membuka ruang baharu dalam kajian penuaan dan kanser. Dengan memahami isyarat yang menentukan sama ada sel rosak akan berhenti berfungsi atau terus membiak, saintis berpotensi membangunkan rawatan yang membantu tubuh mencegah kanser secara semula jadi.

    Lebih daripada soal rupa

    Rambut beruban bukan sekadar tentang penampilan atau usia yang semakin meningkat. Ia adalah kisah tentang evolusi, adaptasi dan kecekalan sistem dalaman tubuh manusia.

    Di sebalik helaian rambut putih yang sering kita cuba sembunyikan, mungkin tersimpan satu mesej penting. Kadangkala, perubahan kecil pada tubuh berlaku sebagai langkah perlindungan terhadap risiko yang lebih besar. – RELEVAN

    Previous ArticleMangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    Next Article Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    Artikel berkaitan

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026
    Artikel Terkini

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.