Facebook Twitter
    Trending
    • Elak makanan ini jika sedang haus
    • Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang

    Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang

    By Umi FatehahDecember 30, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    SETIAP kali menjelang tahun baharu dan sesi persekolahan bakal bermula, ramai pelajar mula memasang azam. Ada yang berjanji mahu belajar bersungguh-sungguh, menjadi pelajar cemerlang malah ada juga mahu berubah menjadi lebih berdisiplin. 

    Namun persoalannya, berapa ramai yang berjaya menunaikan azam tersebut? Hakikatnya, azam tahun baharu sebagai pelajar sering gagal bukan kerana pelajar malas tetapi kerana azam itu terlalu umum dan tidak realistik. 

    Ramai pelajar menetapkan azam berdasarkan emosi, bukan realiti. Selepas cuti panjang, semangat berkobar-kobar namun apabila tugasan sekolah mula bertimbun, ujian datang bertalu-talu dan jadual harian kembali padat, azam yang dibuat mula dilupakan. 

    Selain itu, ada juga pelajar yang menetapkan terlalu banyak azam dalam satu masa. Mahu skor semua subjek, mahu aktif kokurikulum, mahu kurus, mahu jadi pengawas, mahu popular, akhirnya semuanya separuh jalan. Ini menyebabkan pelajar cepat berasa kecewa dan menganggap diri sendiri gagal.

    Bagi mengelakkan azam tinggal sekadar angan-angan, pelajar disarankan menetapkan azam yang kecil tetapi boleh dilaksanakan secara konsisten. Antara contoh azam yang sesuai ialah:

    1. Ulang kaji pelajaran sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari

    Tidak perlu belajar berjam-jam sehingga memenatkan diri. Tempoh singkat tetapi dilakukan secara konsisten setiap hari membantu pelajar memahami topik dengan lebih baik serta mengelakkan tekanan apabila peperiksaan semakin hampir.

    1. Menyiapkan kerja sekolah pada hari yang sama

    Menangguh kerja sekolah hanya akan menyebabkan tugasan semakin bertimbun. Dengan menyiapkannya pada hari yang sama, pelajar dapat melatih diri supaya lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan tidak tertekan di kemudian hari.

    1. Persiapkan beg dan buku sekolah pada waktu malam

    Azam kecil ini membantu pelajar memulakan hari persekolahan dengan lebih tenang. Selain mengelakkan tertinggal buku atau alat tulis, persediaan awal juga mengurangkan rasa cemas dan kelam-kabut pada waktu pagi.

    1. Berani bertanya soalan dalam kelas

    Ramai pelajar berasa malu atau takut dianggap lemah apabila bertanya. Namun, dengan berani mengemukakan soalan, pelajar dapat memahami pelajaran dengan lebih jelas serta membina keyakinan diri untuk berkomunikasi.

    1. Mengurangkan penggunaan telefon

    Penggunaan telefon yang berlebihan boleh mengganggu fokus dan waktu rehat. Contohnya, pelajar boleh berazam hanya menggunakan telefon selepas semua kerja sekolah siap atau mengehadkan masa skrin sebelum tidur supaya minda lebih segar keesokan hari.

    1. Datang ke sekolah tepat pada masanya setiap hari

    Walaupun kelihatan mudah, azam ini memberi kesan besar terhadap sikap dan disiplin pelajar. Datang awal membantu pelajar lebih bersedia untuk belajar serta menghormati masa guru dan rakan sekelas.

    1. Mengulangkaji nota selepas tamat sesi pembelajaran

    Membaca semula nota pada hari yang sama membantu pelajar mengukuhkan ingatan terhadap apa yang dipelajari. Cara ini juga memudahkan ulang kaji pada masa hadapan tanpa perlu belajar dari awal.

    Sebagai pelajar, azam tahun baharu bukan untuk membebankan diri atau membuktikan sesuatu kepada orang lain. Ia sepatutnya menjadi panduan kecil untuk membantu kita membina tabiat yang lebih baik dari hari ke hari. Tidak perlu terlalu banyak azam, cukup beberapa matlamat sahaja agar ia mampu dilaksanakan secara konsisten.

    Perlu diingatkan juga bahawa perubahan tidak berlaku dalam masa sehari. Ada hari kita bersemangat, ada hari mungkin penat dan tersasar. Apa yang penting, pelajar tidak berputus asa dan terus berusaha memperbaiki diri walaupun sedikit demi sedikit. – RELEVAN

    Previous Article10 pekerjaan permintaan tinggi 2026
    Next Article Berwaspada bila susut berat badan

    Artikel berkaitan

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026
    Artikel Terkini

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.