Facebook Twitter
    Trending
    • Punca terkejut semasa tidur
    • Cara elak duit habis sebelum masanya
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025
    • Kewangan

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Punca terkejut semasa tidur

    Punca terkejut semasa tidur

    By AMAL HAYATI FAUZIDecember 23, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PERNAHKAH anda berasa seperti sedang terjatuh ketika hampir tertidur, lalu terjaga secara tiba-tiba? Kejadian ini menurut istilah perubatan dipanggil Hypnic Jerk. Menurut Sleep Foundation, fenomena ini adalah normal dan dialami hampir setiap individu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup ketika tidur.

    Apa itu Hypnic Jerk ?

    Hypnic Jerk atau nama saintifiknya Hypnagogic Jerk, merupakan sentakan otot yang berlaku secara tiba-tiba ketika tidur. Keadaan ini sering digambarkan sebagai rasa seperti terjatuh serta tangan atau kaki menendang secara tiba-tiba.

    Bagaimana Hypnic Jerk dirasai ?

    Hypnic Jerk tergolong dalam kategori myoclonus iaitu pengecutan otot secara pantas dan tidak terkawal. Kebanyakan masa ia tidak menyakitkan, malah terkejut seakan-seakan terhantuk atau rasa tidak selesa.

    Antara pengalaman yang biasa dihadapi ketika mengalami gangguan ini termasuk perkara berikut.

    • Rasa seperti sedang terjun
    • Lihat kilatan cahaya
    • Dengar bunyi dentuman
    • Bayangan mimpi atau halusinasi

    Kebiasaannya, gangguan ini membuatkan seseorang mudah terkejut dan tersedar daripada tidur. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina dan umur. Bagaimanapun menerusi perkongsian Sleep Foundation, orang dewasa paling kerap merasai Hypnic Jerk.

    Punca Hypnic Jerk

    Walaupun punca sebenarnya masih belum dikenal pasti sepenuhnya, pakar percaya Hypnic Jerk terjadi disebabkan oleh kawasan otak yang sama mengawal refleks terkejut.

    Terdapat teori lain menyatakan Hypnic Jerk merupakan tindak balas fizikal terhadap mimpi yang berlaku ketika mula tidur. Otak salah tafsir keadaan ini sebagai jatuh, lalu melakukan reaksi perlindungan tanpa sedar.

    Faktor-faktor berlakunya risiko Hypnic Jerk adalah seperti di bawah:

    • Kafein

    Kajian mendapati pengambilan kopi dalam tempoh enam jam sebelum tidur boleh menyebabkan risiko gangguan tidur.

    • Senaman berat pada waktu malam

    Banyak kebaikan senaman, namun jika terbiasa lakukan senaman berat pada waktu malam risiko untuk mendapat gangguan tidur itu tinggi.

    • Kurang tidur

    Tidak cukup waktu tidur akibat insomnia boleh menyebabkan anda mudah terbangun saat tidur.

    Cara untuk mengurangkan risiko gangguan tidur
    • Amalkan tidur pada awal waktu.
    • Kurangkan pengambilan kopi terutamanya pada waktu petang dan malam.
    • Lakukan senaman atau meditasi pada waktu siang hari. -RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025
    Artikel Terkini

    Punca terkejut semasa tidur

    December 23, 2025

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.