Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

    5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

    By Umi FatehahDecember 16, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BERSARA sering dianggap fasa kehidupan yang lebih tenang, tiada tekanan kerja, masa lebih fleksibel dan peluang untuk berehat selepas bertahun-tahun mencari rezeki. Namun, realitinya tidak semudah itu.

    Ramai pesara di Malaysia terkejut apabila mendapati simpanan yang disangka mencukupi mula menyusut lebih awal daripada jangkaan. Puncanya bukan kerana boros tetapi disebabkan kos-kos tersembunyi yang jarang diberi perhatian ketika masih bekerja.

    Menurut perkongsian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), terdapat beberapa perbelanjaan yang sering membebankan kewangan pesara jika tidak dirancang lebih awal.

    1. Kos perubatan dan penjagaan kesihatan

    Semakin meningkat usia, semakin banyak perhatian perlu diberikan kepada kesihatan. Ketika bersara, kos perubatan sering menjadi perbelanjaan paling besar dan berpanjangan.

    Antara perbelanjaan yang lazim termasuk rawatan susulan di klinik atau hospital, pengambilan ubat harian untuk penyakit kronik serta penggunaan alat bantuan kesihatan seperti tongkat, kerusi roda atau alat bantu pendengaran.

    Lebih mencabar, premium insurans atau takaful kesihatan biasanya meningkat seiring usia. Jika perlindungan hanya difikirkan selepas bersara, kosnya mungkin terlalu tinggi atau lebih buruk, permohonan perlindungan ditolak atas faktor kesihatan.

    Ambil insurans atau takaful kesihatan ketika masih sihat dan mula wujudkan tabung khas untuk perbelanjaan kesihatan. Perancangan awal boleh mengelakkan simpanan persaraan terhakis akibat kos rawatan.

    2. Perbelanjaan harian yang masih tinggi

    Ramai beranggapan kos sara hidup akan menurun selepas bersara. Namun, realitinya perbelanjaan harian tetap berjalan seperti, sebaliknya ada yang meningkat.

    Keperluan asas seperti barangan dapur, bil utiliti, ubat-ubatan ringan dan penyelenggaraan rumah masih perlu ditanggung setiap bulan. Bagi sesetengah pesara, lebih banyak masa di rumah juga bermaksud lebih banyak perbelanjaan kecil yang tidak disedari.

    Tanpa pemantauan bajet yang rapi, perbelanjaan harian ini boleh mengurangkan simpanan dengan cepat.

    3. Tanggungan keluarga yang berterusan

    Persaraan tidak semestinya bermaksud tanggungjawab kewangan berakhir. Di Malaysia, ramai pesara masih memikul tanggungan keluarga sama ada secara sukarela atau kerana keadaan memerlukan.

    Antaranya termasuk membantu anak yang belum bekerja, menyara cucu di bawah jagaan atau menanggung yuran pengajian dan keperluan kecemasan ahli keluarga. Walaupun niat membantu itu mulia, ia boleh menjadi beban jika tidak dirancang dengan teliti.

    Tanpa kawalan, bantuan kewangan yang berterusan berisiko menjejaskan simpanan persaraan sendiri.

    Berbincanglah secara terbuka dengan ahli keluarga tentang kemampuan kewangan anda. Utamakan kestabilan diri sendiri supaya bantuan yang diberikan lebih mampan dalam jangka panjang.

    4. Kecemasan yang tidak dijangka

    Tiada siapa kebal daripada kejadian luar jangka walaupun selepas bersara. Situasi seperti sakit mengejut, kerosakan rumah yang memerlukan kos besar atau kehilangan insan tersayang boleh berlaku tanpa amaran.

    Tanpa dana kecemasan, satu kejadian sahaja sudah cukup untuk mengganggu keseluruhan pelan persaraan yang dibina selama bertahun-tahun.

    Sediakan dana kecemasan sekurang-kurangnya bersamaan tiga hingga enam bulan perbelanjaan hidup. Dana ini bertindak sebagai pelindung kewangan agar simpanan persaraan tidak terus terjejas.

    5. Kos tidak dijangka dan kesan inflasi

    Walaupun dirancang sebaik mungkin, bajet persaraan masih terdedah kepada kebocoran kecil yang berlaku dari semasa ke semasa. Inflasi pula secara perlahan-lahan menghakis kuasa membeli anda.

    Kos seperti pembaikan rumah, kenaikan harga barang asas dan bantuan kewangan luar jangka kepada kenalan atau saudara sering tidak dimasukkan dalam perancangan awal. Lama-kelamaan, perbelanjaan ini boleh melebihi bajet bulanan yang ditetapkan.

    Rancang bajet yang fleksibel dan pertimbangkan kaedah 50/30/20 untuk mengurus perbelanjaan. 50 peratus keperluan, 30 peratus kehendak dan 20 peratus simpanan atau kecemasan. – RELEVAN

    Previous ArticleAdakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    Next Article 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.