Facebook Twitter
    Trending
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    • SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

    5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

    By Umi FatehahNovember 12, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda. - GAMBAR HIASAN BRANDS PEOPLE/UNSPLASH

    MAKANAN yang diambil setiap hari dianggap satu keperluan. Tiada yang hidup tanpa makanan. Bagaimanapun, ada makanan yang berisiko merosakkan jantung, otak, dan salur darah sekali gus meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit kronik lain.

    Menurut Medium, berikut ialah lima jenis makanan yang boleh menjejaskan kesihatan anda secara senyap dan makanan alternatif yang lebih baik untuk tubuh.

    1. Minyak bijian (seed oils)

    Kandungan lemak trans dalam minyak biji dan marjerin antara punca utama kerosakan salur darah.

    Makanan bergoreng seperti kentang goreng, ayam goreng dan makanan segera yang menggunakan minyak jenis ini boleh merosakkan endothelium – lapisan dalam salur darah. 

    Apabila lapisan ini rosak, plak lemak lebih mudah terkumpul, menjadikan arteri semakin sempit dan kaku seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

    Tip: Periksa label makanan dan elakkan bahan seperti “partially hydrogenated oils.” Gunakan minyak zaitun, minyak kelapa dara atau minyak avocado sebagai alternatif yang lebih sihat.

    1. Garam tersembunyi dalam makanan diproses

    Ramai mengaitkan garam dengan makanan ringan seperti kerepek atau jeruk tetapi hakikatnya, roti, sup dalam tin dan sos segera juga mengandungi natrium yang tinggi.

    Pengambilan natrium berlebihan meningkatkan pengekalan air (water retention) dalam badan dan meningkatkan isipadu darah serta tekanan dalam salur darah. Ini menjelaskan mengapa pengambilan garam berlebihan sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.

    Tip: Hadkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2,300 mg sehari atau sekitar 1,500 mg sehari untuk jantung yang lebih sihat.

    1. Minuman bergula

    Kajian menunjukkan pengambilan terlalu banyak gula mempunyai 38 peratus risiko lebih tinggi untuk mati akibat penyakit jantung. 

    Lebih ‘mengerikan’, cukup dengan satu gelas minuman bergula sehari sudah boleh meningkatkan risiko penyakit jantung sebanyak 15 peratus.

    Gula berlebihan menyebabkan:

    • Rintangan insulin (punca utama diabetes)
    • Keradangan pada arteri
    • Pengumpulan lemak di sekitar jantung

    Anda disarankan untuk menggantikan minuman bergula dengan air kosong, air berkarbonat tanpa gula atau teh tanpa gula. Ia bukan sahaja mengurangkan risiko penyakit malah membantu mengawal berat badan.

    1. Daging diproses

    Daging seperti bacon, sosej, hot dog dan daging sejuk (deli meat) mengandungi tahap natrium dan bahan kimia seperti nitrat serta advanced glycation end products (AGEs) yang tinggi.

    Menurut laporan itu, pengambilan hanya 50 gram sehari (lebih kurang satu batang hot dog) sudah boleh meningkatkan risiko strok hingga 15 peratus, selain menaikkan risiko diabetes dan kematian akibat penyakit jantung.

    Penggantian kepada daging segar tanpa bahan pengawet seperti ayam panggang, ikan bakar atau sumber protein tumbuhan seperti tauhu dan kekacang.

    1. Karbohidrat dan bijirin terproses

    Diet yang terlalu tinggi karbohidrat halus termasuk dalam nasi putih dan makanan bergula boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular hingga 52 peratus dalam sesetengah populasi.

    Makanan sebegini menyebabkan:

    • Lonjakan insulin yang mendadak
    • Keradangan dalam badan
    • Pengumpulan lemak viseral di bahagian perut, yang sangat berbahaya kepada jantung

    Sebagai penyelesaian, pilih makanan karbohidrat kompleks seperti beras perang, oat, quinoa atau roti gandum penuh yang membantu menstabilkan gula dalam darah dan memberi tenaga lebih lama. 

    Mengurangkan makanan bergoreng, diproses dan bergula serta menggantikannya dengan pilihan yang lebih semula jadi dapat membantu melindungi jantung, otak dan saluran darah.

    Perubahan kecil pemakanan harian dan tidak mengambil makanan tertentu terlalu banyak memberi kesan besar dalam jangka panjang. Pilihlah makanan yang menyihatkan kerana kesihatan yang baik itu mahal harganya. – RELEVAN

    Previous ArticleBangun pagi rasa lemau? ini mungkin puncanya
    Next Article Bahaya ketagihan permainan dalam talian

    Artikel berkaitan

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026

    Jangan simpan ini dalam kereta!

    February 9, 2026
    Artikel Terkini

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.