Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi

    Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 8, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEHIDUPAN selepas pandemik Covid-19 meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia terutama membabitkan hal kewangan. Ramai mula cakna mengenai kepentingan membina tabung kecemasan dan mendapatkan perlindungan insurans. Ini merupakan satu perkembangan positif yang menunjukkan kesedaran masyarakat mengambil berat tentang kewangan mereka untuk jangka masa panjang.

    Bagaimanapun, dalam kesibukan menyimpan duit poket wujud kebimbangan mengenai kecenderungan ‘terlebih berjimat-cermat’. Perkara tersebut timbul kerana ada segelintir individu sanggup memperuntukkan jumlah yang besar bagi insurans. 

    Menurut pensyarah kanan Universiti Taylors, Dr. Lee Chee Loong, banyak kebaikan insurans sebagai pelindung kewangan, namun perbelanjaan berlebihan dalam aspek ini boleh menjejaskan simpanan dan menampung keperluan harian. 

    Beliau memperkenalkan satu panduan mudah bagi membantu individu mengurus kewangan yang dikenali sebagai peraturan 70-20-10. 

    “Peraturan ini berfungsi untuk membahagikan pendapatan anda kepada tiga kategori utama iaitu 70 peratus bagi keperluan asas, 20 peratus untuk simpanan dan matlamat masa depan, 10 peratus lagi untuk perlindungan insurans.

    “Peruntukan 10 peratus untuk insurans seharusnya dijadikan panduan utama. Jika ejen insurans menawarkan lebih daripada jumlah itu bermakna anda perlu menilai semula keputusan itu. Insurans penting, tetapi ia bukan punca anda hilang simpanan,” katanya.

    Beliau berkata, peraturan itu membantu untuk mengimbangi sikap jimat-cermat dan menikmati hasil titik peluh dari pekerjaan. Amalan ini dapat mengurangkan tekanan kewangan dan pada masa sama menstabilkan kewangan untuk masa depan.

    “Pengurusan kewangan umpama penjagaan kesihatan. Jika ia diurus dengan baik, maka kewangan anda juga akan terjamin untuk jangka masa panjang.

    “Perlindungan kewangan bukan soal insurans semata-mata, ia merangkumi gaya hidup anda juga. Simpanan yang diurus dengan baik membolehkan seseorang  sentiasa hidup selesa tanpa sebarang tekanan kewangan,” katanya. -RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.